Perdana Menteri bercakap tak pakai otak


Alasan biasa kerajaan bila diberikan usul untuk membantu rakyat seperti menurunkan harga minyak dan memberikan air percuma ialah "Kalau bagi air percuma dan turunkan harga minyak, negara akan bangkrap". Namun bila kerajaan negeri Selangor benar-benar memberikan air percuma kepada rakyat Selangor, mengapa Selangor tak bangkrap?

Sebelum ini dianjurkan debat Perdana antara Shabery Chik dan Anwar Ibrahim berkenaan isu menurunkan harga minyak, pada masa itu kerajaan juga memberikan alasan yang sama, sekiranya kerajaan mengikut cadangan Anwar Ibrahim menurunkan harga minyak, nescaya Malaysia akan bangkrap. Tapi selepas perdebatan itu berlangsung, ternyata kerajaan telah menurunkan harga minyak berikutan tekanan oleh Anwar Ibrahim dan rakyat, dan Malaysia juga terbukti tidak bangkrap.



Kali ini sekali lagi Perdana Menteri, Najib memberikan alasan yang sama, sekiranya Pakatan Rakyat menjalankan cadangan 100 hari Pakatan Rakyat, maka negara Malaysia akan muflis seperti Greece. Inilah alasan biasa kerajaan bila diberikan cadangan untuk mendahulukan rakyat, maka mereka akan kata tak boleh! Kalau buat juga nanti negara Bangkrap!

Di sini jelas sekali Perdana Menteri Najib yang selalu mengatakan hanya dia dan kerajaan BN sahajalah yang pandai memerintah, menunjukkan kebodohannya sendiri. PM seolah-olah tidak melihat pun apa sebenarnya rancangan 100 hari pakatan rakyat. Kerana itulah negeri Sabah yang dulu merupakan negeri kedua terkaya di Malaysia kini jatuh ke angka tercorot negeri paling miskin di Malaysia seperti yang diumumkan oleh bank dunia baru-baru ini.

Apakah 10 azam 100 hari Pakatan Rakyat?

  1. Mengheret semua perasuah ke muka pengadilan
  2. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  3. Mengstruktur semula pinjaman PTPTN
  4. Memperkenalkan akta kebebasan maklumat
  5. Memberikan perkhidmatan WiFi percuma
  6. Memperbanyakkan dialog agama untuk mengelakkan ketegangan antara kaum
  7. Memperkukuh institusi agama selaras dengan artikel 3 perlembagaan
  8. Menjadikan Polis dan SPRM sebagai badan yang betul-betul bebas
  9. Menaikkan kadar bantuan kepada warga tua
  10. Meningkatkan pendapatan purata isi rumah kepada RM 4, 000 sebulan

Anda pembaca yang saya hormati semua, anda lihat baik-baik sepuluh azam 100 hari Pakatan Rakyat ini, adakah dengan melaksanakan rancangan ini akan menjadikan Malaysia muflis? Daripada 10 azam, hanya dua yang melibatkan penggunaan wang, iaitu menaikkan bantuan kepada warga emas dan memberikan perkhidmatan WiFi percuma.

Meningkatkan bantuan untuk warga emas bukan hal besar, dan tidak melibatkan penggunaan wang yang banyak, Adakah pemberian WiFi percuma akan menyebabkan negara bangkrap? Sistem Jalur Lebar sememangnya sudah ada di Malaysia, hanya perlu mengubahnya dari berbayar kepada percuma. Adakah negara akan bangkrap?


ReJaM© "Apa yang pasti nama-nama top yang didakwa melakukan jenayah akan diheret ke muka pengadilan! "

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks