Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:
1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.


1 comments:
Berikut adalah testimoni saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Lord Felix membantu saya memulihkan kehidupan saya setelah saya berada di ambang kematian. Saya telah disingkirkan selepas kira-kira dua tahun setengah, akibat dikhianati oleh ramai ahli Illuminati. Selama bertahun-tahun, saya hidup dalam keadaan terdesak dan mengalami kehancuran kewangan. Namun, pada suatu hari, semasa melayari internet, saya terjumpa satu hantaran oleh ahli Illuminati terkemuka, Lord Felix, yang menyatakan bahawa dengan menyertai Illuminati, seseorang boleh menjadi terkenal, kaya, dan berjaya dalam hidup. Saya menghubunginya, menjelaskan situasi saya, dan mengikuti proses pendaftaran yang disarankannya. Saya membuat bayaran untuk upacara permulaan (inisiasi) dan telah diterima masuk ke dalam Illuminati World Order. Selepas itu, saya menerima segala panduan dan dimaklumkan bahawa ahli baharu akan diberikan ganjaran wang tunai sebanyak $2,000,000 setelah selesai upacara tersebut. Dengan bantuan Lord Felix, saya telah diterima sepenuhnya sebagai ahli Illuminati. Nasihat saya ialah: jika anda pernah diperdaya oleh penipu sebelum ini, cubalah berurusan dengan Lord Felix. Ini adalah peluang terbaik untuk anda menjadi insan yang anda impikan pada masa hadapan. Hubungi beliau melalui WhatsApp di talian +2348168034022.
Catat Ulasan