UMNO Jaringkan Gol Sendiri !!!

Kini parti petualang rakyat sedang mengedarkan VCD fitnah terhadap Ketua Pembangkang. Tujuan utama hal ini dilakukan adalah untuk menjatuhkan maruah tokoh yang sangat-sangat mereka takuti itu.

Perkiraan yang salah ini memakan diri mereka sendiri. Ini kerana kehadiran VCD itu menandakan ada insan keparat yang diupah oleh UMNO untuk membuat kerja jijik itu.

UMNO sudah semakin terdesak untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka. Dengan berbuat demikian, semakin ramai rakyat Malaysia yang membenci mereka. Usahlah menggunakan taktik tak semenggah itu untuk mengabui mata rakyat yang sudah cerdik sekarang ini. Mereka sedang hidup dalam era globalisasi, bukan macam tahun 60-an dan 70-an dulu.

Mereka buat macam-macam tuduhan untuk mengaibkan MB Kedah. Akhirnya terbongkar bahawa mereka menyokong rakyat yang tidak mahu bayar ansuran rumah yang hanya berjumlah RM100 sebulan. Sokongan merekalah yang menyebabkan kerajaan negeri Kedah terpaksa menanggung hutang yang banyak kepada kerajaan persekutuan. Sekarang tembelang mereka sudah pecah. Makan diri sendirilah nampaknya.

Dulu mereka yang dakwa Kedah dah maju. Bila dapat ke Pakatan Rakyat, terus Shafie Afdal kata mundur. Walau macam mana afdal pun dia perlu lihat tempat dia sendiri. Hebat sangatkah Sabah tu? Basmilah dulu miskin tegar di Sabah yang jumlahnya paling ramai di Malaysia ni. Royalti minyak sesen pun tak masuk ke kocek golongan miskin tegar ni. Apa ceritanya? Rasuah, salah guna kuasa, kroni, nepotisme, dan macam-macam lagi. Bila orang Kedah marah, dia buat mesyuarat perhubungan UMNO Kedah di Semporna. Banyak mana pula habis duit rakyat di situ? Dalam keadaan rakyat dihimpit kos sara hidup yang semakin tinggi, pemimpin UMNO buang duit kerana mesyuarat sahaja.

Fitnah terhadap Lim Guan Eng nampaknya sudah terhenti. UMNO termangu-mangu sendirian kerana sekali lagi gagal mencapai matlamat. Depa kata Lim Guan Eng tak baguih, Transparency International dan Ketua Audit Negara kata dia baguih. Rakyat nak percaya UMNO ke? Tiada kemungkinan langsung.

UMNO/BN kata Pakatan Rakyat manipulasi angka untuk tunjuk bagus. Ini satu lagi tuduhan yang bebal macam kaldai. Rakyat tidak akan percaya cakap orang tak siuman macam mereka. Rakyat sudah dapat angka yang disahkan oleh Ketua Audit Negara. Takkanlah Ketua Audit Negara pun bohong juga. Pasal dia tak bohonglah UMNO/BN sakit perut. Negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih baguih daripada negeri-negeri yang UMNO/BN perintah. Terkulat-kulatlah UMNO/BN macam Pak Pandir.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks