Foto Kemarahan UMNO : Lebih 30,000 hadir.....


FOTO OLEH ABAH ANAS













































 ADAKAH MEREKA NI PENDERHAKA DAN PENGKHIANAT ISLAM....???
Read Full...

Gambar Yang UMNO Takut : Dari Stadium Melawati Shah Alam Lebih 30,000 hadir.































(Bob Lokman turut hadir bersama ribuan rakyat Selangor!..)




(Ucapan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz..)


(Ucapan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang..)


(Ucapan Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibarahim..)
Read Full...

Solat Hajat penuh sesak di Stadium Malawati



SHAH ALAM, 9 Jan: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena  diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul  Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.


Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.


Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap. Read Full...

PETRONAS UNTUNG BESAR RAKYAT MENAHAN LAPAR

Oleh : MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN

Kenyataan Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkenaan keuntungan bersih Syarikat minyak Malaysia iaitu PETRONAS BERJUMLAH 26.5 BILION DALAM TEMPOH ENAM BULAN BERAKHIR 31 MAC 2011 amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. Keuntungan ini telah meningkat sebanyak 18.8 peratus daripada 22.3 bilion yang dicatat pada tempoh sama tahun kewangan lalu. Ia diraihnya daripada pendapatan sebanyak RM115.5 bilion, meningkat 17.6 peratus daripada RM98.2 bilion.

Dalam keadaan rakyat Malaysia gembira dengan berita keuntungan PETRONAS, tiba-tiba hari ini kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol (RON97) dan minyak tanah sebanyak RM0.10 sen setelah dinaikan beberapa kali sebelum ini. Dijangkakan selepas ini akan menyusul pula kenaikan harga barangan lain seperti minyak masak, barang keperluan harian, barang peralatan pembinaan, tariff elektrik dan lain-lain.
Dua situasi ini, iaitu keuntungan PETRONAS dan kenaikan harga petrol membuktikan bahawa slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” sebagai istilah yang paling tepat untuk misi 1Malaysia, apabila keuntungan PETRONAS diumumkan maka diperdengdangkan kepada rakyat bahawa kerajaan mengutamakan pencapaian yang cemerlang. Namun apabila harga petrol dinaikkan maka disinilah rakyat diutamakan dengan mengemukakan pelbagai alasan yang tidak berasas.
Kenaikan harga petrol ini adalah cara terbaru kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, dulu rakyat akan ke pejabat cukai untuk membayar cukai kepada kerajaan tapi kini rakyat akan ke stesyen petrol untuk membayar cukai dengan cara mengisi petrol sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 94-95
94. Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran (cukai) kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?"
95. Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.
Ayat ini menunjukkan Raja Zulkarnain tidak menerima cukai yang hendak diberikan oleh rakyat, tetapi bantuan yang dipinta diberikan tanpa balasan. Jika dilihat dari sudut rakyat yang terdesak, apa salahnya Raja Zulkarnain mengambil cukai daripada mereka? Tetapi Raja Zulkarnain bukan pemimpin umno yang sanggup mengenakan cukai dengan cara menaikkan harga minyak ketika rakyat terdesak untuk menggunakan minyak bagi urusan harian mereka.
Pemimpin Negara sepatutnya adalah individu pertama yang berkorban untuk Negara. Sultan Zahir Bebrus contohnya yang memerintah kerajaan Mamalik di Mesir, sebelum mengutip cukai daripada rakyat, Beliau melelong segala harta kekayaannya bagi menampung kos persenjataan bagi melawan tentera monggol yang kuat dan ganas. Akhirnya kerajaan yang berciri kebajikan ini pertama kali dalam sejarah tentera Monggol dapat dikalahkan.Apakah pemimpin kerajaan Barisan Nasional sanggup berbuat demikian demi kepentingan rakyat?
Saidina Umar R.A pernah mengutus surat pada gabenornya Huzaifah yang berbunyi: "hendaklah kamu mengagihkan rezeki mereka (rakyat)” Huzaifah membalas surat Saidina Umar dengan berkata: “aku telah mengagihkannya tapi ia masih banyak berbaki”. Saidina Umar membalas semula: "harta yang masih berbaki itu ialah harta rakyat yang Allah kurniakan kepada mereka, ia bukan milik umar dan bukan milik keluarga umar(kroni Umar), maka bahagikanlah harta tersebut dikalangan rakyat(subsidi)".
Inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat, walaupun harta masih berbaki. Tetapi Saidina Umar R.A masih mengutamakan kebajikan rakyatnya, umum mengetahui bahawa PETRONAS adalah 100% milik kerajaan, dengan keuntungan sebanyak itu, adakah kerajaan tidak terfikir, alangkah bagusnya keuntungan sedemikian diagih-agihkan sesama rakyat. Salah satu caranya ialah dengan menambah subsidi kepada rakyat, iaitu menurunkan harga minyak.
Saidina Umar R.A sangat arif tentang firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 96:
96. Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa dengan sebab penduduk yang beriman dan bertaqwa maka Allah melimpahkan kurnianya dari hasil bumi dan langit. Justeru itu, rakyat juga berhak berkongsi pendapatan hasil bumi yang melimpah ruah dengan sebab keimanan dan ketaqwaan mereka.Jangan sesekali pemimpin Negara menafikan hak mereka dengan semata-mata untuk mengkayakan beberapa individu tertentu yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri ketaqwaan kepada Allah.
Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas. Perkara ini terjadi semata-mata kehendak kerajaan umno mahu berniaga dan mendapat keuntungan yang besar daripada keperitan rakyat
Ibn Khaldun berkata : “Sesungguhnya perniagaan daripada pihak kerajaan kepada rakyat memudharatkan dan merosakkan pendapatan Negara”. Kata-kata beliau ini boleh dibuktikan dengan fakta dibawah ini:-
Harga minyak bagi Negara yang mengeluarkan minyak seperti Malaysia mengikut nilai RM:
Bil
Negara Pengeluar Minyak
Nilai RM
1.
United Arab Emirates
RM1.22 seliter
2.
Baharin:
RM0.89 seliter
3.
Qatar
RM0.72 seliter
4.
Kuwait
RM0.69 seliter
5.
Libya
RM0.46 seliter
6.
Arab Saudi
RM0.39 seliter
7.
Iran
RM0.36 seliter
8.
Nigeria
RM0.33 seliter
9.
Turkemenistan
RM0.26 seliter
10.
Venezuela
RM0.16 seliter
11.
MALAYSIA
RM1.90 SELITER
RM2.40 SELITER
Inilah akibatnya apabila kerajaan menjadikan hasil Negara sebagai satu perniagaan kepada rakyat. Hasil yang diperolehi bukannya untuk memudahkan kehidupan rakyat, tetapi semakin membebankan rakyat. Sepatutnya sebagai sebuah negara pengeluar minyak yang telah mendapat keuntungan. Kerajaan mestilah menurunkan harga minyak dengan menambah subsidi kepada rakyat, tetapi malang bagi kita apabila kerajaan telah bertindak mengurangkan subsidi.
Seterusnya apabila kenaikan berlaku sudah menjadi satu tradisi pihak kerajaan akan mula masuk ke kampung dan mengedar risalah bahawa kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi yang tinggi untuk rakyat. Sabda nabi SAW: “Apabila umatku melakukan 15 perkara maka akan turun bala: (antaranya ialah)apabila harta negara berpusing di kalangan orang kaya dan pembesar, amanah dianggap satu peluang untuk rebut harta”.
Kenaikan harga minyak ini sebenarnya memberi kesan kepada semua sektor, dikhabarkan bahawa selepas ini akan menyusul pula kenaikan beberapa lagi barang-barang kerpeluan harian. Kenaikan ini sudah pasti menyusahkan golongan miskin dan berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Negara ini. Marilah kita bersatu padu tanpa mengira apa fahaman, apa jua bangsa, apa jua agama untuk bersama-sama menolak Barisan Nasional yang terbukti telah menindas dan mengaburi mata rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13.
Read Full...

Mahasiswa Khuatir Harga Barangan Tidak Terkawal

KUALA LUMPUR 9 JAN : Trend kenaikkan harga barangan runcit yang semakin tidak terkawal menimbulkan kebimbangan dikalangan mahasiswa di negara ini.
Dalam satu kenyataan Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (MPP GMUKM) merasa bimbang serta khuatir dengan keadaan semasa.
"Mahasiswa selaku jurubicara rakyat melihat perkaitan antara harga minyak petrol dan diesel yang dinaikkan bulan lepas adalah tidak berkadar langsung dengan kenaikan barangan runcit rumah ketika ini sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar hari ini," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu merujuk akhbar Berita Harian semalam bertajuk 'Harga bawang melambung, stok minyak masak kurang'.
MPP GMUKM memandang serius isu ini kerana ia melibatkan kepentingan bersama rakyat dan pemimpin di mana secara jelas mengikut Teori Rantaian, apabila minyak petrol dan diesel dinaikkan, maka kos tersebut terpaksa ditanggung oleh pihak peniaga.
Maka, tidak dapat tidak harga jualan barangan runcit rumah terpaksa dinaikkan mengikut keperluan.
"MPP GMUKM yang telah menjalankan kaji selidik sekitar UKM kampus Bangi dan Cheras mendapati majoriti mahasiswa UKM hari ini mengeluh dan mengaku semakin kesusutan kewangan akibat kenaikan harga barangan dan makanan yang mana rata-rata mahasiswa akan makan di kedai," tambah kenyataan itu.
Justeru, apabila harga minyak petrol dan diesel dinaikkan makan harga barangan runcit dinaikkan, maka pengusaha kedai makan turut terpaksa menaikkan harga minuman dan makanan untuk menyerap kos yang ditanggungnya, akhirnya akibatnya jelas terpaksa ditanggung oleh golongan mahasiswa selaku pengguna akhir yang terpaksa akur suka atau tidak.
Tinjauan kaji selidik GMUKM mendapati secara purata, mahasiswa terpaksa membelanja RM5 hingga RM7 untuk satu hidangan tengah hari atau malam manakala RM3 hingga RM4 untuk sarapan.
"Isu ini telah kami utarakan kepada pengurusan universiti. Namun malangnya pihak pengurusan menjawab mereka tidak dapat membantu mahasiswa kerana kontrak dengan pihak kafe-kafe sudah dimeterai.
"Manakala untuk kedai-kedai luar universiti adalah terletak pada pengusaha kedai makan itu sendiri. Apa yang mampu dilakukan oleh pihak pengurusan universiti adalah sekadar menasihati mahasiswa untuk berjimat-cermat dan bersabar," kata kenyataan itu lagi.
Tinjauan GMUKM juga mendapati terdapat segelintir mahasiswa yang mengambil langkah bekerja secara sambilan di luar waktu kelas untuk menampung kos sara hidup di universiti.
MPP GMUKM berpandangan perihal ini tidak perlu kerana sepatutnya pinjaman atau biasiswa yang diperoleh sepatutnya sudah mencukupi.
Ironinya perihal ini disanggah sendiri oleh rakan-rakan mahasiswa yang memaklumkan bahawa duit pinjaman atau biasiswa yang diperoleh sekadar cukup untuk makan dan belanja 'isi minyak', tetapi tidak cukup untuk membeli buku-buku rujukan dan tidak termasuk kos untuk membuat kerja lapangan di luar kelas.
"Justeru itu, kami di peringkat ahli Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (MPP GMUKM) menggesa pihak-pihak terbabit khususnya pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta agensi-agensi di bawahnya untuk segera bertindak segera mengawal inflasi dengan cara mengekang sebarang kenaikan barangan primer seperti minyak gas, minyak masa, gula, tepung serta yang lebih penting minyak petrol dan diesel," ujarnya lagi.
Ini demi menyelamat dan mengekang inflasi yang semakin hari kelihatan semakin tidak terkawal di dalam negara.
Read Full...

Cukai Perkhidmatan Naik, Rakyat Terus Terbeban

SHAH ALAM 1 JAN : Selesaikan dahulu  masalah gaji minima yang membelenggu nasib pekerja di negara ini sebelum menaikkan cukai perkhidmatan yang ternyata cukup membebankan bukan sahaja rakyat miskin bahkan memberi kesan kepada golongan kelas pertengahan.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang dihubungi TV Selangor berkata kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 kepada 6 peratus berkuatkuasa hari ini akan menyebabkan caj hospital,bil elektrik  serta bil-bil perkhidmatan yang lain sekaligus memberikan tekanan kepada rakyat yang kini terbeban dengan kenaikkan harga barangan keperluan.
"Bukan sahaja golongan berpendapatan rendah sahaja merungut tetapi golongan kelas pertengahan turut merungut bahawa harga barang keperluan naik tetapi gaji tidak naik. 
"Menurut laporan Bank Dunia menunjukkan 34 peratus daripada pekerja Malaysia, gaji mereka kurang daripada RM700, iaitu kurang daripada garisan paras kemiskinan di negara kita," katanya.
Tegasnya, dalam keadaan begini apakah tindakan kerajaan dalam membela nasib mereka soal beliau.
"Apa keluarga ini akan buat dalam membela nasib mereka jika harga naik seperti itu.
"Oleh kerana itu, kita hendak satu gaji minima (bukan gaji minima seperti dicadangkan oleh kerajaan untuk pengawal keselamatan). Apa yang kita hendak adalah gaji minima yang berpatutan bagi menyara keluarga mereka," ujar beliau. 
Menurut Charles, gaji minima yang dicadangkan oleh kerajaan daripada apa jumlah yang digunakan bagi menampung keluarga mereka khusus yang tinggal di bandar-bandar.

"Apa yang jelas ialah selepas 53 tahun Barisan Nasional menguruskan ekonomi negara kita, kebanyakkan nasib pekerja di Malaysia masih lagi berada di bawah paras kemiskinan.
"Oleh kerana itu, kita hendaklah adakan konsep baru dalam menetapkan gaji minima,"  katanya.
Sebelum itu, dalam ucapan Bajet 2011 Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, Oktober lalu  mengumumkan kadar cukai perkhidmatan atas semua perkhidmatan bercukai dinaikkan daripada berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.
Cukai perkhidmatan itu turut akan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar yang juga akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011. 
Read Full...

‘Sedangkan Israel pun menghukum Presidennya kerana merogol’

KUALA LUMPUR: Kegagalan membuat siasatan apatah lagi pendakwaan terhadap seorang menteri Kabinet yang didakwa merogol amah Indonesia, menunjukkan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) jauh lebih teruk dari kerajaan Israel.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin hairan kerana kerajaan Umno BN langsung tidak mengambil tindakan, malah tidak membuat sebarang penafian.
“Israel – sebuah negara Zionis pun membawa pemimpin tertinggi mereka ke muka pengadilan, kenapa Umno BN masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap menteri berkenaan?” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas paparan blog Rocky Bru yang menyebut bekas Presiden Israel, Moshe Katsav dihukum penjara 16 tahun atas dua kesalahan merogol dan mencabul kakitangannya.
Beberapa blog menyatakan Moshe terpaksa turun dari kedudukannya akibat wujud pertuduhan berkenaan.
WikiLeaks, portal yang digunakan pimpinan Umno BN untuk menyerang keperibadian Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan seorang menteri terlibat dalam kes rogol tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan hingga ke saat ini.
Mengulas lanjut, Samsul berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera supaya insiden ini tidak memberikan imej buruk kepada negara
Beliau berpendapat, kerajaan Umno BN perlu memberi makluman rasmi berkaitan isu menteri yang didakwa merogol pembantu rumahnya itu, bagi membersihkan nama baik Malaysia.
“Lebih lama kerajaan berdiam diri, rakyat akan ada tanggapan, kita mempunyai dua set undang-undang. Satu untuk pemimpin-pemimpin negara yang lepas bebas dari sebarang dakwaan, dan satu lagi untuk rakyat kebanyakan,” katanya. Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks