1 Malaysia: Another morning glory? — Tunku Abdul Aziz



MAY 8 — An old English friend of mine, the late Humphrey Ball, the Malacca lawyer, once described Malaysia, his adopted country, as a morning glory — a reference to “a climbing plant with flowers shaped like trumpets that open in the morning and close in late afternoon.”

Having lived among us for so long, he was used to putting up with our little foibles, and if he was irritated by them, he kept his feelings very much to himself. Humphrey was the quintessential English gentleman.
We were having breakfast and it was a lovely morning and the city looked splendid. In between another cup of tea and a round of toast and marmalade, he surveyed the Kuala Lumpur skyline from the veranda of the Selangor Club and declared that from his experience, many of the state of the art concrete and stainless steel structures that were jostling for breathing space in the ever expanding concrete jungle of Malaysian towns and cities would go the way of all the other buildings he had seen in this country — in wreck and ruin within a few years.
“You know, Tunku, Malaysia is not unlike the morning glory,” he intoned.
Humphrey was, of course, right. We are good at building with the help of legions of exploited foreign labour. Maintenance is not part of the equation and we see this not only in the state of our buildings but also our suburban roads.
We neglect to repair a small hole as soon as it appears in the road until it becomes big enough to maim or kill a motorcyclist or damage a car. The Government, both Federal and State, is lucky that suing the authorities for negligence has not become a common feature of Malaysian life.
This is because the overwhelming majority of our people are ignorant of their rights. The time is not too far away when, as in the US and other developed countries, the authorities will be held legally accountable for their actions — in this instance, their lack of action.
Humphrey’s morning glory best describes our general attitude and approach to civic or public duty and responsibility. We undertake a government construction project with a lot of trumpeting and enthusiasm, but we seldom ever complete it successfully.
We see hundreds of such monuments to crony capitalism and entrenched, systemic corruption in every state of the nation. This is what happens when governance is driven by political rather than rational considerations. When meritocracy is on the backburner instead of in the driver’s seat, this is to be expected.
Datuk Seri Najib Razak may mean well in what he says about policy reforms, but will he be allowed the freedom to act effectively? Present indications are that he will be allowed to talk about his vision of a united and prosperous Malaysia ad infinitum.
His rival and other powerful political minders know that there is not much harm done to existing policies that benefit the party as long as they control and curtail his actions. He may not know it, but he has already caught the morning glory disease of beginning with a bang and ending with a deafening whimper.
Najib must wish he had not spent so much public money that is needed more urgently elsewhere to launch his 1 Malaysia, which looks destined for an early demise, like the morning glory of Humphrey’s evocative analogy. 1 Malaysia will forever remain a puerile offering of a confused mind that is best forgotten before the nation is subjected to further ridicule.
Please do not get me wrong. I have, all my life, promoted racial unity and integration, the acceptance instead of tolerance of cultural diversity, long before Najib even thought about these unifying elements.
But my version of 1 Malaysia is one that provides equal opportunity for all, based on the principles of justice and fair play.
My 1 Malaysia is a Malaysian Malaysia where all citizens are treated equally and discrimination in any shape or form is outlawed.
My 1 Malaysia is Middle Malaysia where extremism in economic, social, and political terms is totally expunged, and where the notion of racial supremacy is killed as soon as it rears its ugly head.
My 1 Malaysia will be free of the contradictions such as we see in our existing policies that favour a particular section of the Malaysian community to the detriment of sustainable overall development.
For the life of me I cannot see Najib delivering on my order. Can you, my fellow Malaysians? — mysinchew.com
Ahad, 2010 Mei 09
Read Full...

PRK Sibu : Mampukah BN menang?



8 MEI — Penulis tiba di bandar Sibu pada pukul 3 pagi setelah memandu selama enam jam dari Kuching, Sarawak.

Suasana bandar yang lengang menyambut ketibaan penulis. Situasi itu boleh dikaitkan dengan senario politik orang Cina Foochow yang mendominasi bandar Sibu, menjadikan ia bandar perniagaan dan perdagangan sibuk pada siang hari.
Tidak siapa yang tahu apa tersirat dalam hati mereka sama ada mahu mengekalkan calon Barisan Nasional (BN) atau memilih calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk Pilihan Raya Kecil (PKR) Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.
Sebelum bergerak ke Sibu, penulis sempat bertemu rakan baik, Leong yang merupakan seorang ahli perniagaan Foochow dari Sibu.
Beliau memiliki beberapa projek besar seperti pembinaan sekolah, empangan dan jalan raya.
Secara terus-terang, beliau berkata BN mampu menang. Namun, katanya apa yang menjadi kebimbangan adalah perpecahan dalaman Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), parti komponen BN.
Katanya, perpecahan itu menimbulkan kebosanan kepada masyarakat Cina di Sibu dan boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan kepada parti yang memperjuangkan kaum Cina di negeri ini.
Itu pendapat beliau sebagai seorang ahli perniagaan. Bagaimana pula dengan pendapat orang bawahan?
Mungkin pendapat pemandu teksi boleh diambil kira memandangkan pergaulannya yang tidak terbatas dan melangkaui pelbagai jenis kasta manusia.
Seorang rakan yang datang sehari awal sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Sibu pada Ahad lalu berkata, daripada empat pemandu teksi yang ditanya, tiga memberitahu BN akan menang.
Pada pilihan raya umum negeri yang lalu, SUPP seperti kehilangan taringnya apabila lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan kepada parti itu bertukar menjadi milik pembangkang.
Ini menimbulkan tanda tanya sama ada SUPP masih relevan untuk kaum Cina atau sebaliknya. Jika tsunami di Semenanjung menjejaskan parti-parti komponen BN yang mewakili kaum-kaum tertentu, nampaknya tsunami yang sama boleh melanda Sarawak dalam diam.
PRK Parlimen Sibu amat penting untuk melihat sama ada kaum Cina Sarawak menolak BN seperti yang berlaku di Semenanjung terutama selepas PRK Hulu Selangor atau masih setia dengan parti kerajaan itu.
Jika bercakap mengenai calon pula, Robert Lau Hui Yew atau Robert Junior dari BN ialah calon yang masih muda berbanding Wong Ho Leng dari DAP yang juga Pengerusi DAP Sarawak.
Jika kedua-dua calon itu ditukarkan kepada produk, secara mudah sudah tentulah Ho Leng mempunyai karisma yang lebih besar dan mudah dijual di pasaran berbanding produk jenama baru.
Namun jangan lupa, jurujual memainkan peranan dalam memasarkan produk dan Hui Yew mempunyai kelebihan.
Dengan Najib sebagai “jurujual”, maka sudah tentu pengguna tidak perlu berfikir panjang untuk membuat pilihan.
Tetapi seperti kata seorang penganalisis politik, Dr. Jeniri Amir yang mengumpamakan Hui Yew dan Ho Leng sebagai produk, akhirnya kuasa membeli terletak di tangan pengguna.
Tidak semua pengguna mempunyai cita rasa yang sama. Seperti Sungai Rajang, kita tidak tahu dasarnya berarus deras atau sebaliknya. Apa yang pasti, airnya sentiasa keruh. — Utusan Malaysia
Read Full...

Provokasi Tak Mampu Halang Ribuan Rakyat Johor Dengar Amanat Anwar



Oleh Sidiqin Omar
JOHOR BAHRU 9 Mei - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Johor agar tidak takut untuk meninggalkan Umno dan Barisan Nasional kerana ramai daripada pengasasnya itu telah meninggalkan parti apabila melihat penyelewengan dan salahguna kuasa yang berlaku.
"Bahkan presiden pertama Umno, Dato Onn Jaafar, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, dan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn turut meninggalkan parti dan melawan Umno," kata Anwar pada ceremah di Plentong Jumaat lalu.
Anwar berkata walaupun Johor dikatakan kubu kuat Umno namum beliau optimis dengan kemenangan Pakatan Rakyat di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti melihat kepada gelombang sokongan rakyat kepada Johor yang semakin meningkat.
Ia berdasarkan sokongan serta sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terhadap program anjuran Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini yang dahagakan maklumat terkini mengenai situasi politik dan ekonomi negara.
"Dengan izin Allah, kalau Selangor boleh kita tawan, tidak mustahil Johor pun boleh tumbang kepada kita. Yang penting kita istiqamah dan teguh dengan perjuangan," tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Walaupun program ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Kempas dan Plentong diganggu polis dan provokasi daripada Pemuda Umno, namun ia tidak menghalang lebih 6,000 rakyat mendengar amanat Anwar dalam lawatan sehari beliau ke Johor untuk menemui pucuk pimpinan KEADILAN negeri serta rakyat.
Turut sama dalam ceramah yang diadakan termasuk Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, Yang Dipertua PAS Negeri Johor, Datuk Dr Mahfuz Omar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Chua Meng serta Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Anuar Saleh.
Dalam program di Taman Dahlia, Kempas, Anwar terpaksa memendekkan jadual beliau di situ selepas dinasihatkan pihak polis atas faktor keselamatan.
Pemuda Umno dikatakan datang ke majlis ceramah dan melakukan provokasi dengan membuat bising bagi menganggu perjalanan program.
Pihak polis jelas menunjukkan sikap berat sebelah apabila menahan Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat atas alasan menganjurkan perhimpunan tanpa permit.
Gangguan yang sama turut dilakukan oleh Pemuda Umno di Markaz PAS Taman Saujana, Plentong dengan bersorak dan menghamburkan kata-kata kesat, membakar mercun dan membaling objek ke arah orang ramai.
Tindakan kasar dan biadap Pemuda Umno itu hampir mencetuskan pergaduhan namun berjaya ditenangkan oleh petugas yang mengawal keselamatan.
"Ribuan yang hadir tanpa upah ini membuktikan ledakan suara rakyat Johor cuba dimusnahkan oleh gerombolan yang semakin gusar dan cemas.
"Kita akan teruskan ikhtiar untuk sampaikan maklumat kepada rakyat walaupun banyak halangan yang menduga kita.
"Tuan-tuan jangan layan provokasi mereka di luar sana. Kita patut berasa simpati kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan.
"Inilah akibatnya apabila pemimpin yang zalim terus memperbodoohkan rakyat. Anak-anak kita rosak kerana perbuatan mereka," kata Anwar kepada ribuan penyokong.
Beliau berkata ketakutan pimpinan Umno-BN kini semakin ketara.
Fitnah, dakwaan yang dilakukan dan usaha untuk menggantungnya dari Parlimen hanya akan menjadikan rakyat semakin jijik dengan tindakan Umno-BN.
 Persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak mampu dijawab, tetapi menggunakan kuasa majoriti yang ada untuk membungkam pandangan lain, kata Anwar.
Antara isu yang dikupas beliau termasuk isu keselamatan negara, pentadbiran yang pincang, kehakiman serta isu jenayah yang semakin meningkat.
 Anwar turut menyarankan anggota keselamatan supaya bersikap rasional dengan tidak membuta tuli mematuhi arahan tetapi melaksanakan tanggungjawab mengikut undang-undang.
"Paling baru kes Aminulrasyid. Arwah ditembak dan kini dalam siasatan. Kes Kugan dan Beng Hock belum selesai, datang pula kes terbaru. Macam mana kita nak yakin dengan keselamatan negara kita?" soal beliau lagi.
Read Full...

PRK Sibu : Anwar Seru Pengundi Sibu Tolak Rasuah, Kronisma BN



Oleh Faizal Ezzany
SIBU 9 Mei - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat Sibu dapat membantu calon Pakatan Rakyat dari DAP memenangi pilihan raya kecil Sibu kali ini agar gegala rasuah yang diamalkan oleh Barisan Nasional di Sarawak dapati di banteras.
"Saya datang ke Sibu bagi membantu calon kita dari DAP, jadi saya harap penduduk di Sibu dapat bersama saya memberi kemenangan kepada calon kita, Wong Ho Leng.
"Kemenangan calon Pakatan Rakyat bermakna kita  bersama membantu banteras rasuah yang sudah menjadi darah daging pemimpin Umno-Barisan Nasional.
"Umno memang tidak pernah serius untuk mengatasi rasuah kerana pemimpin mereka yang menghalalkan rasuah. Kita lihat kes pembelian kapal selam, berapa banyak rasuah pemimpin tertinggi Umno ambil, tapi mereka sifatkan itu bukan rasuah tapi komisyen.
"Mereka ingat rakyat Malaysia boleh diperbodohkan tak boleh bezakan antara rasuah dengan komisyen," kata beliau ketika berucap di hadapan tiga ratus penyokong dari kaum Cina di Jalan Market Street di sini malam tadi.
Anwar menjelaskan kepada pengundi Cina bahawa Sarawak sebuah negeri yang kaya tetapi rakyat tidak dapat menikmati kekayaan tersebut.
"Malam ini saya akan beritahu kenapa Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya tetapi rakyat tidak dapat menikmati kekayaan tersebut.
"Setiap pemimpin Umno-BN yang berkuasa mereka hanya pentingkan poket dan keluarga mereka sahaja, mereka akan merampas harta rakyat selagi mereka memerintah. Ini boleh dibuktikan dengan pemerintahan Tan Sri Taib Mahmud, siapa yang kaya Taib Mahmud atau rakyat," tanya beliau.
Ketua Pembangkang juga berkata kemenangan calon Pakatan Rakyat akan dapat membantu menjadikan negeri Sarawak menjadi lebih baik daripada kerajaan BN.
"Kita perlu jaga negeri ini agar menjadi lebih baik dan untuk jadikan ia baik kita perlu pastikan kemenangan calon DAP. Saya mahu Sarawak menjadi negeri yang hebat dan lebih baik lagi jika dibandingkan semasa pemerintahan BN.
"Rakyat Sibu boleh bandingkan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan negeri di bawah BN. Lihat pemimpin mana yang kaya. Kita bukan cakap kosong tapi ini boleh dibuktikan. Inilah landasan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat iaitu kita tidak akan ambil hak rakyat malah kita kembalikan hak itu kepada rakyat.
"Ingat prinsip Pakatan Rakyat 'Negeri Kaya Rakyat Senang' tapi BN negeri kaya rakyat susah. Saya harap rakyat Sibu gunalah peluang yang ada ini untuk lakukan perubahan demi kebaikan yang kita inginkan," kata Anwar lagi.
Read Full...

Ketua Agama Islam...??? Layakkah...???



Jika seorang suami digelar sebagai Ketua Keluarga, si suami wajib menunjukkan tauladan dan memberi bimbingan kepada isteri dan amanahnya. Paling cekai pun wajib tahu untuk menjadi Imam Solat  kepada isteri dan ahli keluarganya.

Kalau si suami tak boleh menjadi Imam Solat dan hanya tahu nak "Mamam si isteri sahaja"... lu pikir la... sendiri.... 

Bagaimana pula dengan puak2 perkasa yang kononnya mempertahankan Sultan Selangor kononnya, apakah diorang layak di gelar sebagai Ketua Keluarga...???? Wallahuaklam... sendiri tepuk dada.. sendiri jawap la...


Jika ini tauladan yang ditunjukkan, barulah layak digelarkan sebagai Ketua Agama Islam. Jangan sedap pada nama sahaja... tetapi kosong. Gua bukan nak mengutuk... hanya sekadar nak mengetuk minda kepada mereka2 yang bergelar "Insan" yang mahu berfikir... dan tidak taksub membutakhinzir kepada sesiapa sahaja yang bergelar Pemimpin. Inilah tuntutan Agama Islam dalam memilih Pemimpin.

Penghormatan bukannya boleh di beli dengan wang ringgit, bukannya kerana perasaan takut kepada Pemimpin, bukannya boleh di paksa tetapi Penghormatan akan datang dengan caranya yang tersendiri.

Secara terus terang gua nyatakan di sini, Gua tak berminat dengan Institusi Raja2 nih, apabila melihatkan gambar2 tersebut, hati gua menjadi lembut dan sayu. Syumulnya Islam...

Daulat Tuanku... 
Semoga tabah menghadapi segala permasalahan kini.
Daulat Tuanku...

p/s: Lu orang agak2.... Najib Razak boleh ke... jadi seperti atau mencontohi Insan dalam gambar tu...????
Read Full...

JALAN KE JELEBU MACAM DI GAZA



DI TEMBAK OLEH ZIONIST ISREAL



DI TEMBAK OLEH AJEN ISREAL




SEORANG LAGI KENA TEMBAK OLEH POLIS


Mohd Azizi Aziz, 17, telah ditembak polis.

Mohd Azizi daripada Paroi dekat sini ditembak pada perut dan menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar di sini.

Seorang anggota polis digantung tugasnya kerana menembak seorang remaja dalam kejadian kejar-mengejar di Jalan Jelebu di sini, awal pagi tadi.

KAH KAH KAH…

woit…. INI FALUJAH KE ATAU DAH JADI GAZA…. kah kah kah

woit… SATU ISREAL…. SUDAH JADI SATU MALAYSIA….kah kah kah..

nota:
semenjak ajen perisek isreal dapat
memasang peralatan komputer di pdrm
kelihantan semakin banyak warga di tembak.

apakah rashia program yang telah dipasang oleh
ajen isreal ini?

untuk lebih faham – sila cari dan tonton filem
manchurian candidate 1962 arahan john frankheimer.

TT.
Read Full...

"Polis Barua UMNO" Sebabkan Suhaizan Dilokap




Gara-gara menggunakan perkataan “polis barua Umno”, Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kayat ditahan dalam lokap sepanjang malam tadi.

Beliau dilepaskan tengah hari ini selepas ditahan lebih sembilan jam di Balai Polis Johor Baru Utara.

Segala-galanya tercetus selepas beliau mempertikaikan tindakan polis membuat sekatan jalan di Taman Dahlia, Kempas Johor Baru malam tadi ketika ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mengapa perlu begitu ramai anggota polis membuat sekatan jalan raya di sini?

“Adakah kerana yang memberi ceramah itu pembangkang maka mereka (polis) membuat sekatan jalan raya?” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut beliau, kehadiran sebegitu ramai anggota polis di kawasan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas sesak selain mengganggu perjalanan ceramah.

“Sebelum ini kita pernah buat ceramah di kawasan ini tetapi tidak ada pula begitu ramai anggota polis yang mengawal, mengapa keadaan itu berlaku sekarang?” katanya.

Beliau berkata, sekatan jalan raya itu bermula pada pukul 7 petang dan ia melibatkan laluan-laluan utama di Taman Dahlia.

“Sepatutnya mereka (polis) kekang jenayah bukannya penceramah.

“Kalau dulu sekatan ini digunakan untuk menghalang komunis daripada masuk kampung untuk mendapatkan bekalan.

“Tapi itu semua sudah berlalu dan sudah tidak perlu lagi dibuat pada zaman sekarang kecuali untuk menangkap penjenayah,” katanya.

Suhaizan berkata, berang dengan kehadiran sebegitu ramai anggota polis beliau telah melabelkan mereka sebagai “barua” Umno dalam ucapannya.

“Saya memang tidak berpuas hati dengan situasi tersebut dan dalam ucapan saya memanggil polis seperti barua Umno.

“Tindakan saya itu menyebabkan lapan anggota polis naik ke pentas lalu menangkap saya sebelum masukkan saya ke dalam lokap di Balai Polis Johor Baru Utara malam tadi,”
katanya yang telah dilepaskan kira-kira pukul 12 tengah hari ini dengan jaminan polis.

Tambahnya, ketika ditahan kira-kira sembilan jam beliau mendapat kerjasama yang baik dengan anggota polis.
Read Full...

PRK Sibu: Gambar-Gambar Sekitar Hari Penamaan Calon - Lensa Topeng Perak.






























































Read Full...

Ekonomi Orang Melayu Masalah Nasional ...tapi siapa yang menipu dan memperbodohkan melayu...!!!




BUTTERWORTH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata masalah ekonomi orang Melayu bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang tetapi juga di peringkat nasional.
Beliau berkata disebabkan keadaan di Pulau Pinang sedikit mencabar, masalah itu dilihat lebih meruncing di negeri itu.
"Sehingga timbul satu persepsi seolah keterbelakangan kedudukan ekonomi Melayu adalah fenomena Pulau Pinang, ia sebenarnya adalah fenomena nasional juga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk 'Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10): Implikasi Pada Melayu dan Bumiputera Pulau Pinang pada Konvensyen Ekonomi Melayu anjuran Umno Pulau Pinang di sini hari ini.
Nor Mohamed berkata masalah utama orang Melayu ialah tahap pendapatan yang rendah berbanding kaum lain.
"Pendapatan yang rendah adalah akibat daripada tahap pembangunan tenaga manusia kita yang lebih rendah, pencapaian tahap pendidikan kita lebih rendah, serta tahap kejayaan keusahawanan kita yang juga lebih rendah," katanya.
Selain itu masalah yang perlu ditangani ialah usaha untuk melahirkan lebih ramai golongan menengah Melayu di Pulau Pinang bagi mengelakkan wujudnya ketidakseimbangan antara Melayu berjaya dan yang tidak berjaya.
Beliau berkata keadaan ketidakseimbangan itu telah menyebabkan wujudnya penstrataan di kalangan orang Melayu di negeri ini ketika ini.
"Kita perlu pastikan ada mobiliti ekonomi dan sosial berlaku bagi membentuk golongan menengah Melayu yang ramai, ke arah mencapai matlamat negara maju," katanya.
Oleh itu, Nor Mohamed berkata usaha berterusan perlu dilakukan dalam membina 'talent base Melayu' yang bertaraf dunia.
"RMK-10 akan meletakkan asas kepada usaha mewujudkan sistem persekolahan berprestasi tinggi, anak-anak akan dibimbing dari awal persekolahan sehingga ke tahap pendidikan yang lebih tinggi," katanya. -BERNAMA
Sabtu, 2010 Mei 08
Read Full...

Wanita PAS Kelantan tuntut kerusi Timbalan Pesuruhjaya IV



KOTA BARU, 8 Mei — Dewan Muslimat PAS Kelantan mahu jawatan Timbalan Pesuruhjaya IV diisi oleh wanita sebagai memartabatkan peranan wanita sebagai tenaga penting dalam parti.
Usul itu dikemukakan dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri, di sini hari ini.
Ketika ini PAS Kelantan mempunyai tiga jawatan Timbalan Pesuruhjaya, iaitu Timbalan Pesuruhjaya I disandang oleh Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub; Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Husam Musa; dan Timbalan Pesuruhjaya III, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata usul itu akan dibentangkan dalam muktamar agung PAS Kelantan bulan depan untuk mendapatkan persetujuan anggota parti di peringkat pucuk pimpinan parti peringkat negeri dan pusat.
“Ia bukan bertujuan untuk merampas hak golongan lelaki, tetapi sebagai mengangkat martabat golongan wanita yang mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya berbanding lelaki dalam senario politik sekarang dan masa depan, terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
“Usul ini akan dibawa ke peringkat muktamar negeri bila ia diluluskan dalam perbahasan pada muktamar hari ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian muktamar dewan itu.
Siti Zailah berkata peranan wanita dalam parti itu telah terbukti khususnya dalam pilihan raya.
Oleh itu, katanya, beliau mahu pucuk kepimpinan melihat golongan muslimat mempunyai peranan yang penting dalam memacu perkembangan dan pembangunan masa depan parti dari peringkat akar umbi ke peringkat pucuk pimpinan.
“Jika di peringkat Parlimen suara wanita dianggap penting untuk membincangkan soal dasar kerajaan dan parti, maka tidak ada sebab wanita di peringkat negeri (tidak) diberi hak yang sama,” katanya. — Bernama
Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks