Potong bajet pelajaran, lebihkan Permata Negara : Bukti cinta Najib terhadap Rosmah?

Tahun 2010 dianggap sebagai tahun paling malang buat warga pendidik di negara ini apabila pelbagai peruntukan dipotong oleh Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Umno dan Barisan Nasional; Mohd Najib Abdul Razak.

Ramai pihak melihat alasan Perdana Menteri seperti pengurusan berhemah, perbelanjaan jimat dan pelbagai lagi ungkapan beliau perlu dinilai semula.

"Semua slogan dalam institusi pendidikan negara ini disebutkan bertujuan mengabui mata rakyat," kata seorang guru yang enggan dikenali.

Tambah beliau, antara langkah perbelanjaan yang dikatakan berhemah oleh kerajaan BN ialah membatalkan beberapa program di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan lain-lain.

"Termasuk antara 'perbelanjaan berhemah' itu ialah pengurangan kursus untuk guru, tidak boleh menuntut elaun, dan beberapa lagi pemotongan yang melibatkan hampir semua institusi pendidikan di seluruh negara.

Namun, tambah beliau, pada masa yang sama, isteri kedua Najib, Rosmah Mansor menerima peruntukan RM100 juta dalam bajet 2010 selain kemudahan lain.

Baru-baru ini, akhbar arus perdana melaporkan Rosmah bersama program 'Permata Negara' anjurannya telah mengadakan Kursus Pengenalan Permata untuk Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di salah sebuah hotel, di Bangi, Selangor.

Era Pakatan difahamkan, Permata Negara ini akan diambilalih oleh KPM bermula tahun depan.

"Belanjawan peruntukan untuk program Permata Negara boleh diadakan pula dan ia diadakan di hotel pula, namun, daripada di suatu segi lain, kursus untuk para guru dikurangkan atas alasan berjimat cermat," tambah beliau.

Sumber yang bekerja sebagai guru itu berkata, peruntukan untuk para guru yang berkursus itu telah dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang,

"Kami dapat nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari, semua itu atas alasan berjimat cermat, tetapi bagaimana pula dengan isteri Najib?" soal beliau lagi. -erapakatan Read Full...
Segala tuduhan yang dilemparkan umno-BN terhadap Lim Guan Eng kononnya Kerajaan PR tidak membela agama Islam di Pulau Pinang dilihat lebih kepada serangan politik membabi buta.

Jika hendak dibandingkan Lim Guan Eng dengan Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang beragama Islam dan lebih Melayu, Lebih bagus lagi Lim Guan Eng dalam pemberian bantuan ke arah kesejateraan rakyat negeri masing-masing.

Lim Guan Eng yang bukan Islam pun mengerti untuk memberi bantuan terhadap sekolah-sekolah agama, saguhati kepada huffaz Al-Quran dan sebagainya dan peruntukan perkembangan agama Islam di Pulau Pinang juga ditambah berbanding ketika BN memerintah dahulu kala.

Tetapi bagaimana pula di Melaka yang diperintah oleh Umno-BN. Makin menindas guru agama ada lah. Perkembangan Islam di negeri itu dipinggirkan apabila penarikan elaun guru takmir bermula Januari 2010, rm40 telah dipotong dan berbaki rm10 sekali mengajar.

Saya baru buat kenyataan akhbar tentang isu penarikan elaun guru agama (takmir ) masjid-masjid Melaka.

Ini berdasarkan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jaim dan telah diserahkan seorang sahabat kepada saya sebelum berceramah bersama Ketua Pemuda PAS Pusat tempoh hari.

Pada asalnya setiap guru takmir diberikan sebanyak rm50 setiap kali mengajar (rm40 dari Jakim, rm10 dari Jaim ) tetapi bermula Januari 2010, rm40 telah dipotong dan berbaki rm10 sekali mengajar .

Kerajaan Melaka tidak ambil tindakan drastik untuk selamatkan sektor agama seperti Ali Rustam segera keluarkan duit RM5.7 juta untuk selamatkan Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor ( YBK ) yang tak ada kena mengena dengan rakyat negeri Melaka.

Saya sudah menjangka Ali Rustam dari awal lagi tidak berminat dengan perkembangan agama walau pun beliau Pengerusi Maim, baginya industri pelancongan perlu diutamakan kerana mendatangkan duit.

Jadi saya menyeru guru - guru agama agar bermuhasabah diri dan jangan tertipu.

Kepada pemuda Umno yang suka berdemo, bila lagi nak buat demonstrasi di Melaka? Cuba kita fikir dengan akal yang waras, Ali Rustam yang riuh rendah mendakwa dirinya pejuang Melayu dan Islam, tiba-tiba menghalang perkembangan Islam, menidakkan elaun untuk guru Takmir.

Tetapi Lim Guan Eng yang bukan Melayu dan bukan Islam pun mengerti tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat di bawah pimpinannya tidak kira siapa dia.

Sekarang terbukti dengan jelas siapa sebenarnya yang memundurkan orang Melayu di negara kita, siapa sebenarnya yang menghalang perkembangan syiar Islam di negara kita ini daripada tertegak. Jawabnya ialah Umno-BN.

Perkembangan Islam tidak dibantu tetapi program hiburan dihulurkan bantuan, Shah Rukh Khan dikalungkan penghargaan.

Kepada yang masih lagi sokong Umno-BN tu, buka mata luas-luas, lihat siapa sebenarnya Umno di sebalik topeng Melayu dan Islamnya itu. 50 tahun lebih memerintah, tetapi Melayu masih mundur, syiar Islam dihalang hasil daripada lamanya Umno-BN memerintah. Read Full...

pilihan raya ke 13 sudah hampir

Selepas Kelantan dan Pulau Pinang diserang bertubi-tubi, kini giliran pimpinan PAS pula yang diserang. Serangan ini pula betul-betul permainan media kerana lain yang dikatakan oleh pimpinan PAS, lain pula yang disiarkan oleh media.

Yang menjadi sasaran nampaknya adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan terbaru Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kalau selama ini Bernama agak dilihat profesional dalam membuat laporan manakala akhbar Sinar Harian nampak sedikit adil dalam menyiarkan laporan untuk Pakatan Rakyat. Namun, kedua-duanya ada agenda tersendiri dan datang dengan nada yang sama, pecahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Berita Bernama yang melaporkan kononnya Presiden PAS, Abdul Hadi membantah campurtangan Australia dalam isu perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, nampak sangat cuba untuk melagakan Presiden PAS itu dengan para penyokong Anwar.

Ini kerana, kalau diperhatikan, jelas Abdul Hadi ketika ditanya oleh wartawan adakah beliau membantah campurtangan Australia, Abdul Hadi menjawab tidak.

Saya kutip balik transkrip perbualan antara wartawan dan Abdul Hadi pada 19 Februari lalu di Kuala Terengganu:-

Wartawan: "Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?"

Abdul Hadi: "Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat."

Memang menjadi sikap PAS menolak sebarang campurtangan asing ke atas negara ini sebagai sebuah negara yang berdaulat. Tetapi dalam masa yang sama, adakah kenyataan dan memorandum anggota Parlimen Australia dan ucapan pemimpin mereka meminta Malaysia mengkaji balik dakwaan ke atas Anwar itu campurtangan atau tidak.

Namun, sebagaimana dikatakan Abdul Hadi, kalau sistem keadilan kita sendiri sudah lemah, sudah tentu ada campurtangan asing.

Selepas menyiarkan Abdul Hadi membantah campurtangan Australia, akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan pula kenyataan Nik Aziz menyokong kenyataan para MP Australia itu. Berita muka depan bertajuk "Agenda halang Anwar" itu kelihatan positif kepada Pakatan Rakyat namun ia mempunyai racun yang berbisa.

Kenapa? Bagi saya kerana akhbar berkenaan mahu menonjolkan perbezaan pendapat dua tokoh besar PAS iaitu Abdul Hadi dengan Nik Aziz. Sebelum ini, Abdul Hadi 'bantah' sekarang Nik Aziz 'sokong'. Padahal jelas, Abdul Hadi juga berkata dia tidak bantah. Yang mengatakan Abdul Hadi bantah adalah media.

Akhbar Sinar Harian mula diterbitkan di Kelantan. Apabila ia diterbitkan, para penyokong PAS di Kelantan bagaikan dituba dengannya apabila masing-masing berebut-rebut membeli dan memuji akhbar itu apabila berita-berita mereka disiarkan.

Namun, menjelang pilihan raya 2008, tiba-tiba meletup Nik Aziz membuat kenyataan "Saya haramkan akhbar ini masuk ke pejabat saya". Ia berlaku selepas akhbar berkenaan membuat serangan yang bukan-bukan terhadapnya termasuk menyiarkan laporan apa yang belum berlaku lagi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Hari ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas akhbar Sinar Harian, semalam (21 Februari) kerana menyiarkan berita yang tidak tepat terhadapnya.

Katanya, berita nasional di muka surat N7 dengan tajuk besar ‘Saya kini dalam dilema’ dan sub tajuk ‘kesal dianggap ‘tangan ghaib’ PAS, punya kuasa singkir pesaing; Tuan Ibrahim’ , sebagai tidak tepat dan tersasar.

Menurutnya, laporan akhbar berkenaan bukan sahaja tidak betul, malah memasukkan kenyataan palsu yang direka-reka.

“Saya tidak menyebut perkataan sebagaimana yang disiarkan, lebih-lebih lagi kenyataan kononnya saya berada di dalam dilema, saya tidak berada di dalam dilema pun,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyurat Badan Perhubungan PAS Pahang di pejabatnya, dekat sini, semalam.

Akhbar berkenaan menyiarkan berita kononnya beliau berada di dalam dilema kerana ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘tangan ghaib’ yang mempunyai kuasa menyingkir sesiapa sahaja termasuk pesaingnya pada pemilihan jawatan parti.

Sebelum ini, akhbar Umno, Utusan Malaysia juga membuat berita yang jauh sama sekali dari konteks sebenar apa yang dicakapkan Abdul Hadi. Berita itu berbunyi "Umno mula alami perubahan yang baik - Hadi"

Akhbar Umno jelas mengambil kenyataan itu dalam konteks yang salah ketika menyiarkan berita itu dalam keluarannya semalam, 18 Februari.

Jelas ia semacam bertujuan untuk melagakan Abdul Hadi dengan para pemimpin PAS yang lain kononnya Abdul Hadi bersedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk dalam isu perkongsian kuasa dan kerajaan perpaduan, iaitu tema yang selalu diperkenakan terhadap Abdul Hadi.

Di Pulau Pinang sebelum ini, Lim Guan Eng diserang bertubi-tubi. Sasarannya adalah memencilkan beliau dari orang Melayu yang sensitif dengan Islam khasnya pimpinan dan penyokong PAS. Ia juga bersifat 'double edge' atau gergaji mata dua...tarik makan, sorong pun makan.

Apabila pimpinan PAS membela Lim Guan Eng, mereka akan menyerang PAS sebagai kuda tunggangan DAP. Apabila PAS tidak membela, Lim Guang Eng akan terasing. Namun, sebagaimana biasa para pimpinan PAS tidak memikirkan hal itu sangat, bagi mereka yang benar perlu dibela dan semangat setiakawan sangat menebal di kalangan pimpinannya. Lalu mereka berbondong-bondong membela Lim Guang Eng dan kadang-kadang dilihat sebagai berlebihan. Lalu Umno pula berkata, memang sah PAS kuda tunggangan DAP sebagaimana fitnah yang dikenakan ke atas Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin di Perak.

Semua ini bagi saya hanya bunga-bunga atau tanda-tanda pilihan raya sudah dekat. Jadi bersedialah menghadapi pilihan raya yang akan penuh dengan permainan media kerana bunga-bunganya sudah jelas kelihatan....Posted by blograkyat marhaen Read Full...

Isu royalti K'tan: Tok Pa bela Ku Li

Pengedaran surat layang yang memburuk-burukkan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana menggunakan platform pembangkang untuk menyuarakan pandangan berhubung isu royalti minyak, tidak sepatutnya berlaku, kata pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed

"Saya tidak bersetuju kerana memang terdapat perbezaan pendapat antara pemimpin tetapi ia boleh dibincang dan diperdebatkan melalui fakta sebenar," katanya.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata demikian selepas majlis penyerahan cek RM800,000 kepada Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK), Datuk Kamaruddin Mat Zin.

Jumlah tersebut adalah untuk tujuan membayar elaun imam dan kakitangan masjid di Kelantan.

Tengku Razaleigh telah menyatakan pendiriannya mengenai royalti petroleum melalui platform pembangkang pada 28 Januari lalu di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan.

Veteran Umno Kelantan yang juga bekas Pengerusi Petronas, dilaporkan berkata rakyat Kelantan berhak untuk mendapat royalti minyak.

Kenyataannya menimbulkan kekeliruan kerana Tengku Razaleigh adalah individu yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 1975 di bawah Akta 144 (Akta Kemajuan Petroleum 1974).

Kenyataan Tengku Razaleigh itu dilihat bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti.

Kerajaan pusat sebelum ini bersetuju membayar wang ihsan RM20 juta untuk dinikmati rakyat Kelantan mulai bulan depan.

Bayaran itu merupakan lima peratus daripada hasil pengeluaran gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301, yang berdekatan dengan perairan negeri itu, sejak Mei 2008.

Tahun lalu, kerajaan PAS Kelantan menuntut bayaran royalti RM2 bilion dari kerajaan pusat bagi operasi cari gali minyak di perairannya.

Bagaimanapun, menurut kerajaan pusat, Kelantan tidak layak untuk mendapat royalti kerana dua telaga minyak yang dipertikaikan itu terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairan negeri itu.

Sementara itu, Bernama juga melaporkan bahawa Mustapa sedih apabila dianggap mengkhianati rakyat Kelantan kerana tidak memihak kepada kerajaan negeri yang diteraju PAS dalam menuntut royalti minyak.

Beliau diminta mengulas mengenai ceramah-ceramah yang diadakan penyokong PAS yang antara lain menyifatkan beliau sebagai pengkhianat dan menderhaka kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti minyak tersebut.

Mustapa menegaskan kerajaan persekutuan juga tidak pernah menganak tirikan Kelantan dalam agihan peruntukan pembangunan sepanjang negeri itu ditadbir PAS sejak 20 tahun lepas.

Katanya, beliau telah melakukan yang terdaya mengikut keupayaannya sebagai anggota kerajaan persekutuan sejak 1996 dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan meskipun mereka ditadbir oleh parti PAS.

"Sebagai anak jati Kelantan, saya sanggup meluluskan peruntukan berpuluh juta ringgit bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan warga jabatan-jabatan persekutuan.

Beliau memberi contoh antara projek pembangunan yang pernah diluluskannya ialah pembangunan Medan Tuan Padang bernilai RM1 juta, Pasar Siti Khadijah (RM3.3juta) dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan bernilai RM5 juta.

"Saya amat sedih dan dukacita jika dalam begini saya masih dikatakan sebagai rakyat yang derhaka dan mengkhianati rakyat Kelantan kerana semata-mata tidak menyokong kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan kerajaan negeri ini," kata Mustapa yang juga ahli parlimen Jeli.

Mengenai isu royalti itu, Mustapa berkata beliau telah membantu rakyat Kelantan mendapat wang ihsan yang bakal diagih pada Mac ini.

"Soal tuntutan kerajaan negeri untuk mendapatkan wang royalti itu tidak berbangkit lagi, yang pastinya rakyat akan mendapat faedah melalui wang ihsan, cuma kaedahnya berbeza," katanya.

Malah katanya peruntukan yang diberi kepada kerajaan negeri Kelantan adalah berkali ganda lebih banyak berbanding kutipan hasil yang diserah kepada kerajaan pusat. Read Full...

Orang Kampung Bantah Belanjawan Pendidikan Dipotong

Lebih 500 penduduk berhimpun di perkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Permatang Pauh di Pulau Pinang hari ini membantah tindakan pemerintah Umno-BN memotong belanjawatan Kementerian Pelajaran sehingga 20 peratus menyebabkan kesengsaraan kepada pelajar dan ibu-bapa miskin.
Penduduk memilih untuk berhimpun di sekolah ini, yang disalahguna kerajaaan BN untuk program politik Juara Rakyat.
Ibu-bapa marah kerana pemotongan belanjawan itu telah menyebabkan pendidikan anak-anak mereka terencat. Skim Bantuan Tuisyen Pelajar Miskin, Bantuan Seragam Unit Beruniform, Bantuan Makanan Asrama, Rancangan Makanan Tambahan, elaun murid berkeperluan khas dan bantuan sukan dan ko-kurikulum telah dimansuh atau dikurangkan.
Namun tiada seorang wakil Umno turun menemui warga miskin ini. Sebaliknya kedatangan mereka disambut oleh ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan.
Desakan kuat daripada Pakatan Rakyat menyebabkan Umno akhirnya akur dan terpaksa membatalkan program tersebut apabila penyokong melaungkan 'Umno bukan juara rakyat, Umno juara penipu".
"Umno dah lama kalah tapi masih tak sedar diri dan cuba adakan program yang hanya dihadiri beberapa kerat orang saja. Kami tak puas hati mereka dengan senang guna sekolah yang sepatutnya tidak boleh digunakan sebagai tempat politik," kata seorang penduduk Abdul Manap Osman.
Read More
Kit Siang: Umno is the enemy of 1 Malaysia
Posted by RAKYAT MARHAEN

By Neville Spykerman
KUALA LUMPUR, Feb 21 – The DAP urged Datuk Seri Najib Razak today to stop his Umno party’s newspapers from playing the race card if he really wanted the Chinese community to give his administration a chance.
Lim Kit Siang also singled out Umno as the biggest enemy of the prime minister’s 1 Malaysia concept of inclusiveness.
“Najib should ask Umno media like Utusan Malaysia, Berita Harian and government television and radio channels to give him a chance to prove that he is Prime Minister for all Malaysians by ceasing to play the race and religion card.” said party stalwart Lim Kit Siang today.
He cited as an example what he claimed to be the mainstream media’s campaign to demonise Penang Chief Minister Lim Guan Eng as anti-Malay.
The Penang CM and the DAP have been portrayed by some of Umno’s newspapers as being anti-Malay.
The state administration was alleged to have cancelled its official procession to mark Prophet Muhammad’s birthday. This was denied by Guan Eng.
The state’s local authorities have also been accused with targeting Malay traders for enforcement action despite statistics showing otherwise.
Lim said it was obvious the race card was being used by Umno newspapers against the DAP.
The Ipoh Timur MP was responding today to the prime minister’s appeal to the Chinese community in Malaysia to give the Barisan Nasional government a chance to prove itself, which he made at the national Chinese New Year celebrations at the Pandamaran New Village in Klang, last night.
Lim said Najib seemed oblivious to what was being done by Umno’s newspapers and media organisations.
He said the only conclusion that could be reached was that Najib was not serious or fully committed to 1 Malaysia otherwise he would not have allowed the Umno media to continue to exploit race and religion for political gains.
“It’s no exaggeration to say that the biggest enemies of Najib’s 1 Malaysia come from within Umno and Barisan National (BN).”
He pointed out that even leaders of BN component parties, such as MCA, Gerakan, MIC or the Sabah and Sarawak parties, do not have the political conviction or courage to tell Najib to stop the irresponsible politics of race and religion.
“If Najib cannot even ask the Umno-owned media to stop playing the race card, what positive answer can he get from his request to the Chinese community to give his government a chance to prove itself?”
Read More
Pejabat Zamry di Bangunan Perak Darul Ridzuan Terbuka Untuk Orang Ramai
Posted by RAKYAT MARHAEN


MB lantikan Mahkamah iaitu Zamry Kadeer telah mengamalkan konsep pejabat terbuka. Pejabat Menteri Besar dan Exco-exco nya di Bangunan Perak Darul Ridzuan adalah terbuka untuk orang ramai.

Sesiapa saja boleh memasuki pejabat MB dan Exco. Pelawat boleh duduk berbual, minum-minum, yam seng, jadikan tempat pejumpaan dengan rakan-rakan dan masuk menemui Zamry dan Exconya pada bila-bila masa mereka suka.

Pas pelawat tidak diperlukan. Malah kenderaan pelawat juga boleh diletak di tepi jalan paling hampir dengan pejabat MB.

Begitu juga dengan 'petition writer'. Mereka boleh set-up pejabat mereka berhampiran pintu masuk ke bilik Zamry bagi memudahkan orang ramai mengupah mereka menaip surat aduan, surat permohonan balak, lembu dan baja cap dacing, dan juga menaip 'undertaking letter' dan perjanjian pembayaran komisen untuk Zamry dan rakan-rakannya.

Ini bersesuaian dengan kehendak Ketua Penerangan Pemuda UMNO macha Reezal Merican Naina Merican.

Tengok sini......
http://leecopperten.blogspot.com
Read More Read Full...

Ubah masjid untuk orang tua sahaja

SHAH ALAM, 20 Feb: Masjid bukan hanya untuk golongan tua sahaja sebaliknya untuk semua peringkat usia termasuk golongan remaja, tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.

Menurutnya, konsep yang menyatakan masjid hanya untuk kalangan mereka yang sedang ‘tunggu masa mati’ sahaja perlu diperbetulkan segera dengan menggerakkan kegiatan untuk memudahkan anggota masyarakat mendampingi masjid.

Khalid berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Kelab Seni Silat Gayung Malaysia anjuran Pemuda Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, dekat sini pagi tadi.

“Kita pernah mendengar sirah Rasulullah SAW di mana Saidatina Aisyah menyaksikan pemuda bertanding memanah di perkarangan masjid membuktikan bahawa Islam tidak pernah menghalang sukan yang berfaedah.

“Kegiatan mempertahan dan menyelamatkan diri adalah selari dengan matlamat diwujudkan institusi masjid yang berupaya menjaga kesempurnaan perjalanan seseorang Muslim di dalam semua bidang hidup,” tegasnya lagi.

Turut berucap di dalam majlis itu adalah wakil Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Naim Yusri, Nazir Masjid, Haji Badaruddin Dawami dan pengarah program, Adhar Mohamad.

Menurut Penasihat Pemuda Masjid Al-Ehsan, Ustaz Zawawi Jusoh, setakat ini terdapat 100 ahli kelab meliputi peserta berumur enam tahun hingga ke usia pencen di mana acara latihan silat diadakan seminggu sekali pada hari Jumaat malam Sabtu selepas solat Isyak berjemaah.

Katanya, kelab silat ini bermula pada 5 Februari lalu yang dilatih oleh Cikgu Iswan dari Seni Silat Gayung Malaysia dan sesuatu yang menarik di dalam majlis perasmian tadi di mana sebanyak sepuluh pasangan telah menunjukkan kebolehan mereka meskipun baharu sahaja berlatih.

Sementara itu, Haji Badaruddin menzahirkan rasa syukurnya kerana dapat menjayakan program untuk remaja dan orang ramai dengan masjid mempelbagaikan kegiatan untuk memenuhi tuntutan anggota masyarakat.

Katanya, dengan kesediaan remaja dan belia menyertai program seumpama itu, akan mendatangkan manfaat besar kepada diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya kerana mereka akan terselamat daripada gejala sosial.
Dalam hal ini, Saudara Naim mengumumkan Seksyen 24 telah terpilih sebagai tuan rumah untuk diadakan aktiviti kewanitaan secara tetap di sebuah premis terpilih bermula Mac depan.
Read More Read Full...

Lajnah kebajikan perkasakan 'gerak gempur' PRU-13

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Lajnah Kebajikan PAS akan mempertingkat dan memperkasakan gerak kerja mereka ke arah persediaan berdepan pilihanraya umum ke-13.

Siang tadi satu perbincangan meja bulat 'gerak gempur PRU-13' anjuran Lajnah Kebajikan PAS Pusat telah diadakan bertujuan memperkasakan gerak gempur kebajikan PAS di semua peringkat.

Pengerusi Lajnah tersebut, Dr. Lo'lo' Ghazali berkata, lajnah tersebut itu mempunyai tugas semakin beras dengan keadaan politik negara pada waktu ini.

"Dalam PRU-13 yang bakal tiba ini, kita mempunyai tugas berat.

"Kita perlu mengambil semula Perak yang telah dirampas, kita perlu meningkatkan kemenangan di negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh PR." katanya melalui teks ucapan yang dibacakan oleh timbalannya, Brig Jen (B) Abdul Ghani Bin Mahluddin.

Dr Lo'lo' tidak dapat hadir program berkenaan kerana mengikuti program Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di luar negara.

Apa yang penting jelas beliau, PAS perlu dekat dengan hati rakyat, dan lajnah tersebut adalah antara yang terpenting menjayakan matlamat itu.

"Untuk berjaya dalam pilihanraya, kita perlu memenangi hati rakyat, dan tidak ada cara lain untuk memenagi hati rakyat ini melainkan melalui gerak kerja kebajikan" ujar beliau yang juga ahli Parlimen Titiwangsa.

Program tadi juga menjemput Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifli Ahmad, dan juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Nazri Din sebagai pembentang Kertas Kerja.

Seramai lebih kurang 100 orang hadir dalam program tersebut yang terdiri daripada pengerusi dan ajk Lajnah Kebajikan peringkat negeri. Read Full...

Iklan Isu Royalti Minyak Buang Duit

ESOK Umno akan menyiarkan iklan mengenai royalti minyak di akhbar-akhbar arus perdana. Menurut Tok Empat Umno Kelantan, Mustapa Mohamed iklan itu akan menjelaskan mengenai kedudukan royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan Pas Kelantan hari ini. Katanya selepas atau dengan tersiarnya iklan berkenaan rakyat Kelantan akan dapat mengetahui mengenai kedudukan dan status royalti minyak berkenaan.

Tujuan iklan itu disiarkan untuk memberi kefahaman mengenai wang royalti itu yang kini menurut fahaman Mustapa ianya sengaja dikelirukan oleh Pas.

Walaupun iklan itu akan disiarkan esok atau sudah pun dicetak pada masa ini tetapi saya sudah dapat mengagakkan apa yang akan diceritakan dalam iklan berkenaan. Ia tentu sekali mengenai fakta-fakta yang menunjukkan Kelantan tidak berhak menerima royali minyak berkenaan.

Sudah tentu iklan itu akan menjelaskan mengenai kedudukan telaga minyak di perairan Kelantan yang tidak berada dalam zon membolehkan ianya diberikan kepada Kelantan. Tentu juga gambar telaga minyak dan peta menunjukkan jaraknya dari zon Kelantan disertakan.

Selain itu tentu berbagai fakta dan sejarah lagi. Iklan berkenaan adalah untuk mempertahankan tindakan kerajaan Umno untuk tidak memberi duit royalti itu kepada Kelantan. Mungkin juga Umno mengambil pendekatan itu kerana pendedahan dan penjelasan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 28 Januari lalu benar-benar meletakkan Umno dalam keadaan susah.

Tidak dapat disangkal tindakan Tengku Razaleigh duduk atas pentas bersama pemimpin Pas menjelaskan isu berkenaan telah menyebabkan Umno panas punggung kerana Tengku Razaleigh adalah orang paling beroutoriti untuk memperkatakan isu berkenaan.

Saya tidak mahu tahu apakah fakta dan butiran iklan itu benar atau sebaliknya. Tetapi saya yakin iklan itu tidak akan merubah kepercayaan dan pegangan rakyat Kelantan hari ini yang merasakan mereka berhak menerima royalti berkenaan. Ada beberapa sebab kenapa saya mengatakan demikian.

1. Orang atau rakyat Kelantan lebih mempercayai apa yang dijelaskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah daripada apa yang diceritakan oleh Umno dan kerajaan Persekutuan.

2. Orang Kelantan lebih simpati kepada Nik Aziz dalam hal ini berbanding dengan Mustapa Mohamed.

3. Keyakinan orang Kelantan bertambah-tambah lagi apabila mereka 'kapuh' gabungkan kata-kata Nik Aziz dengan kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah.

4. Orang Kelantan lebih percaya wang itu akan sampai kepada rakyat sekiranya ia diuruskan oleh kerajaan Kelantan berbanding dengan Umno dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

5. Orang Kelantan tidak mempercayai dan membenci Umno dalam hal royalti minyak apabila isu itu turut sama dicampur tangan oleh Ibrahim Ali. Kehadiran Ibrahim Ali dalam majlis dan pentas Umno mempertahkan isu royalti minyak menjadikan liabiliti kepada Umno.

Berdasarkan sebab dan faktor-faktor berkenaan usaha Umno menyiarkan iklan berkenaan tidak akan memberi banyak hasil dan manfaat kepada parti berkenaan. Iklan itu tidak lebih daripada cara Umno Kelantan untuk membantu kewangan akhbar-akhbar arus perdanan yang menghadapi suasana ketenatan mengenai kewangan saja.

Saya masih yakin dan percayai isu royalti minyak tidak akan memberi kelabaan banyak kepada mana-mana parti. Jalan paling baik ialah kedua pihak duduk semeja dan berunding. Bahagilah wang royalti itu sama banyak dan masing-masing uruslah duit dan biarlah rakyat jadi pengadilnya siapa yang lebih efektif nanti dalam membantu mereka.

Sudah pasti selepas iklan Umno itu keluar akan dibalas pula oleh iklan oleh kerajaan negeri dan Pas. Al hasilnya kerana kedua pihak keras pedal tak fasal-fasal akhbar yang akan mendapat untung kerana mendapat wang iklan secara kering.
MSO

Berkaitan :
AWAS...!!!! Dengan 4 Penyangak Ini...!!!!
Muka2 kat bawah ni langsung tidak berjiwa Kelantan, boleh harap ke kalau mentadbir dan menguruskan Kelantan ?, tengok muka pun jenis tak boleh harap, jenis songlap ada harapan, tambah2 yang bersongkok tu dia ni keturunan Raja tau, Raja....

Orang lain bersusah payah nak memajukan Kelantan, Eh ! Pas telah ditakdirkan dipilih oleh majoriti pengundi untuk Memerintah Negeri nih, apa nak buat ..... 20 tahun dah rakyat yakin, bahawa Pas boleh dipercayai dan boleh di HARAP berbanding UMNO dan Bghehim ali, ape nak kata ... dah Rakyat yang pilih tak kan Pas nak tolak, samada Rakyat bodoh ke cerdik pilih Pas, lu pikirlah, empat2 ekoq ni tentu paham.

Empat ekoq ni bersusah2 payah pulak nak kondemkan negeri sendiri, bukan nak berpakat supaya Petronas kembalikan 5 % royalty petroleum yang menjadi Hak Kerajaan Negeri.

Kepada anak cucu rakyat Kelantan cam betul2 muka 4 ekoq yang menjadi pengkhianat kepada Rakyat Kelantan nih, toksah pilih lah PUAK2 ni dan cucu cicit mereka untuk mentadbir Kelantan selagi mereka UMNO RASUAH.

Sumber dari Murai Anak EmasDan gua pun tak sabar jugak nak pinjam baca mana2 suratkhabar pencacai parti haramjadah tu esok. Sebabnya ntah apa la yang diorang nak kelentong pasal Royalti Minyak Kelantan ni, sedangkan tuan tubuh badan yang sama2 mengusahakan perjanjian tersebut berpuluh tahun dahulu dah kemukakan semua bukti, masih ada lagi jalan kelentong dari puak penyonglap duit rakyat nih....

Walau pun apa yang dikatakan bukti yang akan dikeluarkan dalam akhbar pencacai esok, yang gua sendiri pun belum baca lagi, namun gua tetap yakin semuanya adalah kelentong dan putar belit dari puak2 umno haramjadah ni..., apa ada hal.... sedangkan Perlembagaan Tubuh Negeri, Mahkamah dan pelbagai lagi diorang boleh ubahsuai mengikut selera tekak dan perut busuk diorang... inikan pula hal Perjanjian Royalti Minyak.... ha..ha..ha.... small matter beb...... small matter bagi puak2 zionis haramjadah ni....

Tunggu akhbar perdana keluaran esok... seperti yang di beritakan di sini... ha..ha..ha...

Ooopppsss.... alamak... berita itu belum keluar lagi... kena tunggu esok siang baru boleh baca... ha..ha..ha.... tapi macam mana Zaid Ibrahim boleh jawap semua fakta2 yang akan keluar esok.... muakakakahhhh.... lembabnya umno nih.... awal2 lagi dah kena cantas.... lu orang boleh baca kat sini... Blog Zaid Ibrahim

p/s: Gua nak berpesan pada lu orang semua supaya jangan beli akhbar perdana... cuma pinjam baca jer kat mana2 restoran sambil bersarapan.... Boikot semua media perdana terutama sekali Utusan Meloya... susah2 sangat baca free jer... secara online... ha..ha..ha... biar semua media perdana tu mampus dan jahanam... cepat sikit... Read Full...

Kesiaaaann Pak Pandir ....!

Peluru canggih ada, tapi tak betul urus. Bila perang, kalaaah juga. Kesiaaann ...!
Lepas tu, kapalterbang ada, tapi tak ada enjin. Kapalselam ada, tapi tak boleh menyelam. PATI pun berpusu-pusu masuk melalui udara dan lautan. Kesiaaann ...!
Memang dah nasib pak pandir ...! Read Full...

Pakatan Rakyat Malaysia Melangkah Ke Putrajaya

Pakatan Rakyat dipercayai kemungkinan menerima nama Pakatan Rakyat Malaysia sebagai “kompromi” jika ia diperlukan untuk mendaftarkan ikatan PAS-PKR-DAP.

Nama Pakatan Rakyat Malaysia disyorkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini bagi mencerminkan identiti nasional negara pada nama tersebut.

“RoS mahu perkataan Malaysia ditambah untuk menggambarkan imej nasional pada Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi The Malaysia Insider.

Bagaimanapun kata beliau pihaknya masih mengharapkan nama asal yang dikemukakan kepada RoS tahun lalu dikekalkan.

“Bagaimanapun kami akan membincangkan (perkara ini),” kata beliau.

Pakatan Rakyat mengemukakan permohonan untuk mendaftar Pakatan Rakyat pada November lalu.

Pakatan Rakyat dibentuk sebagai badan bukan formal pada April 2008 susulan keputusan pilihan raya umum ke-12.

Ia dibentuk dengan ikatan PAS-PKR-DAP.

Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Di Parlimen Pakatan Rakyat mempunyai 80 kerusi sekarang.

Ketika ditanya sama ada ia akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat Isnin ini, Saifuddin berkata ia tidak dijadual untuk dibincangkan.

“Tidak (kita tidak bincang Isnin ini),” katanya.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pihaknya tiada masalah dengan syor RoS tetapi ia perlu dibincangkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat secara mendalam.

“Saya yakin mungkin ia akan dibincangkan minggu depan... mungkin Datuk Zaid Ibrahim ada laporan untuk dibentangkan, kita mungkin membincangkan,” katanya.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata parti itu juga tiada masalah dengan Pakatan Rakyat Malaysia.

Ketika dihubungi kata beliau, nama itu sudah lama disyorkan tetapi belum diluluskan pihak berkuasa. -MI

Ulasan GB

Pakatan Rakyat Malaysia - apa ada pada nama. Yang utama sistem dua parti bakal menjadi kenyataan. PRU13 menyaksikan perlawanan sengit BN vs PRM. Yang penting Pakatan Rakyat Malaysia menggantikan BN di Putrajaya.

3 huruf (P-R-M) lebih kuat dan lebih kukuh dari 2 huruf (B-N). Itu hikmahnya - sepertimana sebuah bangku 3 kaki lebih kuat dari bangku 2 kaki.

ROS bakal pening pula selepas ini. Nak tarik balik atau nak teruskan? Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks