Kapal selam KD TAR sudah boleh menyelam






KUALA LUMPUR, Feb 19 — Kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR), yang mengalami kerosakan, telah dibaikpulih sepenuhnya dan dijadual menjalani selaman pertama pada 22 Feb ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya pihak pembekal serta jurutera tempatan telah menjalankan ujian ke atas kapal selam itu dan mendapati ia berfungsi dengan baik dan hanya mengalami kerosakan kecil yang dapat diatasi dalam masa yang singkat.

“Tidak ada sebarang kos dikeluarkan oleh pihak kerajaan kerana ia masih dalam jaminan dan jangan membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Kapal selam itu dikesan mengalami kerosakan teknikal yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam pada 17 Jan lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, khabar angin berkaitan dengan Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan, yang dikatakan pembinaannya tidak mengikut spesifikasi tidak harus digembar-gemburkan.

“Saya akan mengadakan lawatan ke pangkalan udara itu bagi melihat sendiri keadaan sebenar dan diharap semua pihak tidak mengembar-gemburkan berita yang tidak pasti ini sehingga siasatan selesai,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan campur tangan dalam siasatan ke atas projek pangkalan udara itu.
Pangkalan udara itu menjadi kontroversi apabila ada pihak mendakwa pembinaannya tidak mengikut spesifikasi dan dibina oleh kontraktor yang kurang pengalaman sehingga mengakibatkan kerosakan kepada enjin sebuah pesawat Sukhoi. — Bernama
Read More Read Full...

BN Cuba Rosak Reputasi Pemimpin Islam

OLEH : SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Taktik pemusnahan reputasi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah matlamat, elemen liwat digunakan dalam konspirasi kedua bagi meranapkan pengaruh Ketua Umun Parti Keadilan Rakyat (PKR) baik di mata rakyat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa.

Inilah strategi yang digunakan Umno Barisan Nasional bagi memusnahkan hayat politik Anwar dengan cuba memalukan beliau selaku pemimpin Islam tersohor.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yakin Umno BN berharap elemen itu adalah satu-satunya senjata ampuh bagi merobek imej Islam Anwar yang kuat terpasak sekian lama.

“ Satu lagi isu yang kalau kita baca secara teliti, dia (UMNO) punya pandangan, dia kata isu liwat digunakan sebab ini adalah satu cara untuk memburukkan nama baik Datuk Seri Anwar sebab Datuk Seri Anwar nampak di dalam negara dan luar negeri, sebagai seorang pemimpin Islam” kata Charles.

Kata-kata Charles itu merujuk kepada lebih 50 ahli Parlimen Australia yang mendesak kerajaan Malaysia supaya menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Ini menunjukkan strategi itu ibarat senjata makan tuan apabila konspirasi yang didalangi Umno BN itu hanya menonjolkan kelemahan sIstem kehakiman Negara di mata dunia.

“ Jadi itu juga merupakan motif kerajaan Barisan Nasional untuk menggunakan isu liwat. Jadi mereka fikir ini adalah fitnah kepada Datuk Seri Anwar. Oleh itu mereka katakan jangan gunakan saluran mahkamah untuk mematikan seorang pemimpin, yang merupakan pemimpin parti pembangkang” tambahnya lagi.

Charles senada pemimpin DAP, Lim Kit Siang betapa sidang tergempar berhubung konspirasi ini harus diadakan sebelum parlimen kembali bersidang pada 15 Mac ini.

“ Oleh kerana banyak pertikaian dan juga pandangan politik, dalam kes mahkamah Datuk Seri Anwar ada satu golongan yang mengatakan membawa dan golongan yang besar sekali mengatakan bahawa ini adalah satu reka cipta Barisan Nasional dan juga ada isu politik dan sebagainya” .

Rabu lalu satu protes anjuran pemuda UMNO dan gabungan beberapa NGO mengadakan protes di hadapan kedutaan Australia bagi membantah tindakan ahli parlimen dari Australia tersebut.
“ Saya fikir kalau kerajaan UMNO Barisan Nasional mahu membantah mereka ada hak untuk buat protes. Kalau mereka hendak protes, mereka boleh protes tapi bagi saya lebih penting daripada protes, saya rasa mereka harus baca apa yang dikatakan oleh ahli parlimen Australia”.
Read More Read Full...

Kerajaan Pakatan cuci ‘kotoran’ BN

[umno.jpg]

PULAU PINANG, 19 Feb: Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang menyifatkan segala isu yang dibangkitkan di negeri ini merupakan proses pencucian yang terpaksa dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat setelah dikotori oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Ketua Penerangannya, Aida Yusof Rawa berkata, beberapa isu seperti Kampung Buah Pala, perobohan gerai, pengambilan tanah dan lain-lain semuanya terpaksa ‘dicuci’ oleh pemerintah PR setelah BN yangg memerintah sebelum ini meninggalkan kekotoran itu.

“Amat menyedihkan bagi PR yang terpaksa membersihkan ‘kerja kotor’ yang ditinggalkan pemerintah terdahulu,” ujarnya.

Tambahnya, isu perarakan sambutan Maulidur Rasul telah dipolitikkan sebagai menghina orang Islam.

Soalnya, mana ada dalam perundangan atau suruhan yang menyatakan bahawa majlis sambutan Maulidur Rasul ‘mesti’ dengan perarakan.

Ini, katatanya hanya budaya Melayu Islam di Malaysia sahaja yang dibuat tanpa usul periksa sejak dhulu kala.

“Sedih sekali, mereka tidak dapat membezakan tuntutan agama dengan budaya sedangkan ada negeri di bawah pemerintahan BN seperti Johor dan Pahang mengumumkan tidak akan mengadakan perarakan Mulidur Rasul pada tahun ini.

Beliau juga menyeru pemimpin Umno dan Perkasa yang membuat tuduhan melulu terhadap kerajaan negeri supaya berhenti seketika untuk cermin dan menilai diri sama ada benar-benar ingin memperjuangkan hak rakyat yang berbilang kaum dan bangsa atau hanya memikirkan ‘survival’ politik.

Katanya, perjuangan untuk bangsa Melayu sahaja sudah tidak relevan dengan slogan 1Malaysia yang dicipta sendiri oleh ketua mereka.

Tambahnya, Perkasa yang sibuk hendak menjuarai isu-isu Melayu sejagat kononnya sudah ketinggalan kerana semua hak-hak orang Melayu telah jelas termaktub di dalam Perlembagaan.

“Jadi kerja buat mereka ini seolah-olah ‘anjing menyalak bukit’, apa faedahnya,” ujarnya.
Tegasnya, Muslimat PAS negeri berdiri teguh bersama Perhubungan PAS negeri menyokong kerajaan PR di negeri ini. Read Full...

Bapa Dan Anak : Mengenali Pemimpin Dan Yang Di Pimpin....



Saya masih ingat lagi akan lawatan Tun Abdul Razak ke tempat kelahiran saya di awal tahun 70'an, iaitu Dungun, Terengganu. Beliau diarak dengan menunggang seekor gajah dan sambutan yang diberikan oleh penduduk Dungun begitu meriah sehingga ke Padang Merdeka yang sekarang ini hanya tinggal sisa sahaja.



Sekarang ini kepimpinan Malaysia telah dipimpin oleh anak beliau iaitu DS Najib. Perbezaan yang amat ketara antara seorang bapa dengan anak. Si bapa adalah seorang pemimpin tetapi Si anak pula adalah yang dipimpin. Semua hamba Rakyat Didahulukan mengetahui yang Najib One Malaysia dipimpin oleh Big Mama.



Segala kata putus........... mesti daripada Big Mama............. nak buat apa-apa pun............... maklumkan dulu kepada Big Mama.................. kalau Big Mama tak suka................... jangan pandai-pandai nak buat.............. nak pergi kemana-mana.............. mesti Big Mama tahu............... lebih-lebih lagi kalau nak gi Ober-C............. yang tu memang Big Mama cukup-cukup suka............... janji jangan Ober-C kat Mongolia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0A3528latHFTHaD3_sj2yghXYflc2uCnCcr0X-CGWfBmzlOItQjskdF8Ls5fqrjpT11tfiiy6flCD2QwT71LflY4_LTV2Y3cY71rDcmmym7LpzW3Hw0RihH9Uqh7yBXBHOSLI3GIl5uSF/s1600/KARPAL.png

Satu lagi tempat yang Big Mama tak suka............... kat kampung N9............. Big Mama lupa pula namanya............... maklumlah, dah lama ninggalnya.................. pasal tu Big Mama lupa namanya.............. sekarang ni Big Mama betul-betul marah................ ada ke, si Kapal Singh tuduh Big Mama telibat dengan kes liwat Anwar.............. hang, Najib.............. tolong panggil Raja Beruk mai sini.............. ngadap Big Mama.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEil7hU9fdlGErKv63cIh-9qI23fMm7xX3m_ZU3mF39R2OxUmVdSQYAAwKvMU5WbMj63GVG_9OoH1xGfx-PLkVuxjkmXJKAx9L3Y7Dp2kj8hUKU_M_kj9k6fFjbCA2S0unha1hXdtdDDSiPT/s1600/khairy2_beruk.jpg


Big Mama nak suruh Raja Beruk buat demo............ besor-besoran............... panggil Jib.............. panggil semua.............. panggil Brahim Ali................ panggil Ezam................ panggil We Condemm yang maha perkasa tu............ panggil muka sakti.............. bagi berapa banyak pisang yang mereka nak.............. jangan kata selori.............. satu kapal selam pun, Big Mama boleh bagi................. janji jangan bagi tingkat 4........... yang tu, pantang tok bomoh............. langkah mayat Big Mama dulu.




Dah lah bukan main susah Big Mama nak dapat............... terpaksa One Malaysia bomoh.............. Big Mama upah............... pengerahnya pula bukan calang-calang............... bomoh-bomoh tu kata............. jin-jin mereka nak jam tangan................ harga ratus ribu.............. kena beli kat Hong Kong............... kat Chow Kit tak nak.............. banyak bebenor syarat-syaratnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgT7Q0GfouprNunGIOUeng3BQPp4vkDTARYTJJ7BSM4_U_wLasK9wXDYAoZWe16Qrl86VnnyNKzlc4Rg1uNyLWQEhQr9Nu11V5hYWQUWA4Oxl8sbkxnUrOjtaT5Hxea8zuKSCqSjnDg1KOp/s1600/n_04ezam%5B1%5D.jpg


Salam pulak kena tukar.............. kena kata salam 1 Malaysia............ Islam Hadhari tak boleh pakai.............. tok bomoh kata.............. jin mereka tak boleh nak rasuk............ pasal tu lah Big Mama kena tukar slogan........... kena pakai slogan One Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.............. tak apa, janji Big Mama dah jadi................... Biiiiiiiiiiig Mamaaaaaaaaaaaaaaa.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbIjgJIp2QAhQa0gMMCTuYTLajBD5VtK3xiMK7ex9nP2uODdaxhrESFjKWQ5SE25CGFxIWm24OLAtrzAegJkWlCTb7YeBuMQCkSrudyrIrT0z1dc1nimKS7_MxOLbGxd8we466ctwmNBg/s1600/Jamaluddin-Osman-Hee.jpg

Panggil semua katak-katak yang kita pelihara tu................ bagi meriah sikit dengan........... kuak.....kuak.......kuak.............. simpan buat apa.............. buat habis beras ajer................ suruh mereka kerja sikit.............. jangan duk asyek makan jer................ sampai perut dah naik buncit.............. dah la habis juta-juta dok bela katak-katak tu.............. kerja malas, duit nak............... susah............ susah............... semua nak kena suruh............... takkan itu pun Big Mama kena buat............... tak reti-reti. Read Full...

Anwar Dalam Bicara 6



Amin Ahmad Saya difahamkan Anwar Ibrahim sedang memenuhi beberapa syarat sebelum meneruskan usaha menukar kerajaan melalui undi tidak percaya di dalam dewan. Saya tidak pasti sama ada Saiful Bukhari tahu akan syarat-syarat ini. Saya sendiri tidak arif tentang syarat-syarat ini jika ada, cuma tentu saja sebahagian daripada caranya ialah dengan Anwar sendiri bertanding, menang dan masuk semula ke Parlimen untuk melakukannya.
Saiful tahu Anwar sudah punya cukup orang untuk tujuan ini. Meskipun Saiful tidak menguruskan semua nama-nama Ahli Parlimen yang akan bersama Anwar, beliau dapat mengagak melalui pelbagai maklumat yang dibualkan.
Usaha menghalang Anwar ini sampai masuk ke peringkat beliau sanggup mengangkat sumpah beberapa waktu sebelum Anwar bertanding dalam Pilihan Raya kecil Permatang Pauh.
Saiful cuba membayangkan kepada orang ramai bahawa kejadian tersebut memang berlaku. Inilah permainan minda (mind game) yang cuba dibawa oleh Saiful agar rakyat perlahan-lahan boleh mempercayainya.
Ya, tentu saja keadilan kepada Saiful patut diberikan sama seperti keadilan kepada Anwar. Saiful mempunyai ruang seluas-luasnya diberikan media massa, dan ruang ini tidak untuk Anwar Ibrahim. Sebab itu saya katakan ini ialah perhitungan politik.
Penyokong Saiful berkeras mahu keadilan diberikan kepada Saiful dengan mendengar kes-nya di mahkamah. Untuk saya ini mereka ini bahalul yang memekakkan telinga, membutakan mata serta mengabaikan dhamir mereka untuk mengerti.
Tidaklah Anwar dan para pendokongnya menafikan bahawa Saiful berhak membawa kes ini ke mahkamah, namun mahkamah yang bagaimana boleh diharapkan?
Ada pula yang mengatakan bahawa Anwar telah menanam rasa tidak percaya dalam diri rakyat kepada mahkamah bagi menjustifikasikan bahawa beliau dizalimi jika mahkamah mensabitkan beliau bersalah. Hakikatnya mereka memang mahu mahkamah mensabitkan Anwar bersalah bagi membolehkan mereka terus wewenang berbuat negara ini seperti mak bapa mereka yang punya.
Mereka lupa bahawa jika rakyat tidak dapat mempercayai mahkamah, itu merupakan silap mahkamah sendiri yang gagal menunjukkan kebebasan mereka sebagai institusi.
Kita tidak perlu pergi jauh, cukup dengan melihat latar belakang Ketua Hakim Negara dan kaitannya dengan UMNO. Ya, ia mungkin dulu, tapi bukankah prinsip keadilan itu antara lain mesti dilihat adil? Kenapa bicara keadilan yang mereka katakan bersifat selektif?
Dengan kata-kata mereka itu cukup untuk menunjukkan biadapnya mereka meremehkan kemampuan rakyat berfikir.
Satu lagi peristiwa memalukan institusi negara ialah apabila laporan polis Saiful pada 28 Jun 2008 itu amat sukar untuk diserahkan kepada Anwar dan pasukan peguam bela-nya sedangkan ia adalah prosedur biasa yang tidak sukar. Tindakan ini juga adalah satu lagi bukti menjawab siapa yang melambatkan kes dan kenapa teori permainan minda (mind game) itu relevan untuk difikirkan.
Kenapa ia sukar diserahkan?
Kita boleh merujuk kes 1998 bila bekas pemandu Wan Azizah, Azizan Abu Bakar mengaku di mahkamah bahawa beliau bukan saja tidak diliwat tetapi juga ‘mengikut arahan’ Musa Hassan dalam keterangannya.
Jadi, tidak mustahil kita katakan bahawa salinan laporan polis ini begitu sukar diberikan kepada Anwar, waima sekitar sebulan laporan telah dibuat! Ini tidak lain dan tidak bukan satu usaha untuk menyiapkan ‘skrip’!
Laporan polis Saiful akhirnya diketahu umum berbunyi begini:
“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan ke atas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.”
Laporan polis bernombor 4350/08 Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur ini telah dibuat pada 28 Jun 2008 pukul 5.45 petang di Hospital Kuala Lumpur oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan pemegang mykad 850706-01-5687.
Perhatikan laporannya:
Perkara tersebut dikatakan tanpa kerelaan Saiful, namun pertuduhan yang datang kemudian ialah dalam Seksyen 377B yang merujuk kepada perhubungan luar tabii secara sukarela.
Beliau menulis kali terakhir, membayangkan perbuatan tersebut pernah berlaku sebelumnya. Hakikatnya, pertuduhan yang dibincangkan di mahkamah hanya merujuk satu tarikh sahaja dan jika benar beberapa kali, dan tanpa rela, ia berbunyi sangat aneh.
Jika ia berlaku hanya sekali iaitu pada 26hb Jun sebagaimana didakwa, bagaimana isu ini boleh dibincangkan dengan DS Najib beberapa hari sebelumnya? Dan lebih aneh, selepas bincang dengan DS Najib dalam keadaan yang disebut ‘trauma’, boleh datang jumpa Anwar dan hadir dalam majlis Kelab Anwar Ibrahim (AIC) pada 27hb Jun?
Kes ini untuk saya pincang sejak mula. Namun mahkamah tetap mahu membicarakannya. Dalam realiti ini, kita konon diajak menunggu keputusan mahkamah oleh mereka yang takut mengambil sikap.
Mereka jauh lebih berpolitik berbanding kita! Read Full...

Bodoh dan Jahilnya UMNO Mengenai Demokrasi Berparlimen


Umno dan barisan pemudanya sekali lagi menunjukkan kejahilan terhadap amalan demokrasi berparlimen di negara-negara komenwel termasuk Malaysia dan Australia dengan membuat perhimpunan di hadapan Pejabat Pesuruhjaya Tertinggi Australia ke Malaysia baru-baru ini.

Menurut Adun Kampung Tunku, Lau Weng San, dalam sistem demokrasi berparlimen, Jawatankuasa Kecil atau Jawatankuasa Parlimen adalah jawatankuasa yang ditubuhkan Parlimen dan dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen sendiri yang tidak memegang apa-apa portfolio dan jawatan dalam pentadbiran kerajaan atau eksekutif.

"Selalunya, jawatankuasa-jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan isu-isu atau portfolio-portfolio pentadbiran sesebuah kerajaan itu dan ia berfungsi sebagai cabang untuk memantau dasar dan pelaksanaan dasar oleh eksekutif selaras dengan semangat pengasingan kuasa antara legislatif (parlimen), eksekutif (pentadbiran) dan 'judiciary' (kehakiman)," kata Lau Weng San dalam suatu kenyataan media di sini, hari ini.

Malah menurut beliau, dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab meneliti sesuatu akta yang dibentangkan oleh eksekutif sebelum ia diluluskan Parlimen.

"Oleh itu dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, tidak ganjil jika parlimennya mempunyai berpuluh-puluh jawatankuasa sebegini. Maka berasaskan prinsip ini juga, jawatankuasa pilihan tentang Hal Ehwal Luar Negara juga ditubuhkan oleh Parlimen.

"Tugas mereka termasuk menilai dan menegur dasar-dasar luar negeri yang diamalkan kerajaan. Apa yang dilakukan oleh ahli-ahli Parlimen dari Australia dan Amerika Syarikat ini adalah tugas mereka sebagai ahli dan pengerusi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas, Kecil parlimen mereka tentang hal ehwal luar negeri," tegas beliau.

Beliau berkata, walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan mewarisi tradisi parlimen ala Westminster, Malaysia jarang-jarang menubuhkan jawatankuasa pilihan khas untuk memantau hal ehwal pentadbiran kerajaan.

"Apa-apa yang pernah dilakukan Parlimen Malaysia khasnya berkaitan hal ehwal luar negeri ialah penubuhan Kaukus Parlimen Malaysia ke atas Myanmar dengan tujuan mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut politik di Myanmar.

"Jadi, adalah tidak tepat jika dikatakan Malaysia mengamalkan dasar tidak campur tangan di mana dalam kes Myanmar ini, terbukti bahawa Malaysia pernah melakukan sesuatu di peringkat Parlimen terhadap Myanmar.

"Adakah ini dituduh sebagai mencampuri hal ehwal sesebuah negara berdaulat? Jika ya, maka Malaysia juga pernah melakukannya dan tindakan Malaysia menubuhkan Kaukus Parlimen Malaysia terhadap Myanmar adalah betul kerana keadaan Myanmar yang tidak stabil telah mengugat kestabilan politik serta ekonomi serantau," kata Lau lagi.

Justeru itu, beliau menyeru Pemuda Umno dan pertubuhan-pertubuhan lain yang telah menyertai demonstrasi kelmarin meneliti fakta-fakta sejarah ini supaya tidak malu sendiri.

Kelmarin, Pemuda Umno dan beberapa pertubuhan lain telah mengadakan demontrasi berikutan lebih 50 Ahli Parlimen Australia yang membuat desakan agar menggugurkan pertuduhan konspirasi kedua terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Read Full...

LAGI BERITA TIPU MELAYU

FROGOO AL-KLASIKO DENGAN BLAKO AL-MUNKEE KO




MAULIDUR RASUL: TIADA PERARAKAN DI JOHOR, PAHANG DAN PERLIS -malaysiakini

Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

KAH KAH KAH...

woit... MANA DIA EEEE DARI PENANG... kah kah kah..

woit... MANA DIA MALAON DARI REMBAU... kah kah kah..

woit... KENAPA TAK MELONCAT TAK MENGAMBUR...kah kah kah..

kah kah kah... BILA LAGI NAK MEMPERJUANGKAN HAK BERARAK...kah kah kah..

woit... KENAPA DIA SAHAJA ...PERGI LAH DUKU KERAJAAN PAHANG, JOHOR DAN PERLIS...kah kah kah..

kah kah kah... NAK KE JOHOR MESTI TAK BERANI...NANTI KENA SEPAK OLEH SULTAN..kah kah kah

nota:
apabila kerajaan pakatan Pulau Pinang
membincangkan sama ada hendak berarak
atau tidak di hari kelahiran nabi muhamad
bukan main lagi malaon-malon ini – hebat islam mereka.

bila ditanya kenapa tidak melawan rasuah
semua pekak buat tak dengar
inilah kumpulan yang diberi nama islam berarak kah kah kah
TT. Read Full...

Tentera serang kediaman Presiden Nigeria


Haji Atiku Abubakar (Turakin Adamawa), Wakil Presiden Nigeria sejak tahun 1999. Ia berasal dari Negara bagian Adamawa dan anggota dari Partai Demokrat Rakyat (PDR) hingga dipecat pada 2006. Saat ini ia tetap menjabat sebagai wakil presiden, namun partainya dialihkan ke Partai Kongres Aksi.

NIAMEY 19 Feb. – Tentera bersenjata menyerang istana Presiden Nigeria petang semalam dan menurut saksi keberadaan Presiden kini tidak diketahui selepas berlaku tembakan bertubi-tubi.

Keganasan berlaku hanya beberapa bulan selepas referendum yang membenarkan Presiden Mamadou Tandja terus memerintah untuk beberapa tahun lagi melebihi limit Perlembagaan di negara Afrika Barat ini.

Pemandu istana, Moussa Mounkaila memberitahu The Associated Press, serangan berlaku ketika menteri-menteri kerajaan mengadakan mesyuarat di istana Presiden.

Seorang wartawan yang bekerja di tempat tersebut, Traore Amadou berkata, mereka kini tidak mengetahui di mana keberadaan Presiden.

Pegawai kerajaan enggan mengulas berhubung insiden tersebut. Radio milik negara juga tidak melaporkan perkembangan situasi itu dalam laporan mereka petang semalam. – AP Read Full...

Aduhai UMNO Awat Yang Nie Pakat Tak Berkokok pulak... Posted by rakyat marhaen

Rindunya Aku Nak Dengar Suara Muhyidin, Pak Lah & KJ!!




Perlis, Johor dan Pahang - tiga negeri yang sejak dahulu diperintah oleh BN hari ini mengumumkan negeri-negeri tersebut juga tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini. Perarakan Maulidur Rasul telah menjadi satu isu besar apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP dikatakan tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini hingga menimbulkan banyak komen pedas dari beberapa orang kuat Umno termasuk Tun Pak Lah, Muhyidin Yasin dan Khairy Jamaludin (KJ).

Semasa membuat komen itu mereka lupa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika diperintah BN pada tahun 2003, 2004 dan 2005 juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Saya sendiri pernah berkhidmat di Perlis selama beberapa tahun dan seingat saya tidak pernah perarakan Maulidur Rasul diadakan di negeri itu. Perarakan tidak diadakan di Perlis kerana ia dikatakan amalan bidaah dan ia digantikan dengan majlis wacana ilmu yang lazimnya diadakan di Dewan Wawasan, Kangar.

Nah, apa lagi yang jaguh-jaguh Umno nak perkatakan lepas ni apabila negeri-negeri di bawah BN juga tidak mengadakan perarakan? Saya rindukan komen KJ, saya rindukan komen bapa mertua KJ yang bernama Tun Pak Lah dan saya juga sangat-sangat rindukan komen Muhyidin Yasin mengenai isu Perlis, Johor dan Pahang tidak adakan perarakan Maulidur Rasul ini!! Read Full...

Secret Sign- Unsur Masonic Di AJL?



Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dipenuhi dengan unsur Masonic? Persoalan itu kami tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya selepas membaca dan meneliti gambar-gambar di artikel ini. Mungkin ramai antara kita tidak tahu dan perasan unsur-unsur ini diselitkan sekali pada acara itu. Subliminal Message, ya ini menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak lari daripada pengaruh Dajal ini.

Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi




Mungkin ramai lelaki yang tidak perasan, yang mereka sendiri pernah memakai sutera. Ya, perkara ini pernah terjadi kepada penulis tanpa disedari. Bagaimana? Tali leher ataupun lebih dikenali sebagai tie yang didakwa oleh bishop pada artikel sebelum ini adalah tanda mereka yang berkhidmat untuk Benedictine Order. Banyak tali leher yang ada di pasaran sebenarnya diperbuat dari sutera dan tidak kurang baju kemeja para korporat. Dan kita memakainya sekaligus membenarkan sabda Rasullulah tentang tanda-tanda kiamat.


Kembali kepada tajuk asal kita. Unsur Masonic di AJL. Sebelum ini telah kami jelaskan tentang peranan artis dalam melaksanakan pelan-pelan Dajal di seluruh dunia. Berikut saya ambil kembali petikan artikel sebelum ini untuk memudahkan anda memahami perkara ini dengan lebih lanjut.

Bagaimana The Elite menggunakan industri hiburan untuk menjayakan pelan agung mereka? Mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelan-pelan The Elite berkenaan industri hiburan ini.

1. Kebanyakan rancangan mereka yang melibatkan politik dan ekonomi bergerak di sebalik tabir, contohnya melalui Perjumpaan Rahsia Bilderbergh. Tetapi mereka mempunyai alat yang tidak kurang hebatnya, iaitu Hollywood dan Industri Musik dan melalui inilah mereka dapat menyampaikan mesej-mesej rahsia (subliminal message) mereka kepada penduduk dunia dengan mudah menggunakan 'puppet' mereka ini.

2. Mewujudkan 'The Trend-Makers' seperti The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison, Sex Pistols, Eminem, Curt Cubain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya. Dan inilah yang menjadi punca kerosakan akhlak remaja dulu dan kini dengan pelbagai budaya kurang sihat yang diambil dari idol mereka ini. Punk, skinhead, hip hop dan sebagainya adalah dari idol mereka ini



3. Ada juga artis yang betul-betul mempunyai bakat dan menjadi 'puppet' secara tidak mereka sedari kerana mereka telah mengikut landasan sedia ada yang telah ditinggalkan oleh The Elite sebelum ini.

4. Artis yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka dan mempunyai idea yang tidak sehaluan atau berlawanan tidak akan dapat menyampaikan idea yang ingin diketengahkan itu kerana mereka lah yang mengawal industri ini.

5. Ada artis yang hebat seperti John Lennon, Jim Morrison, Kurt Cobain, Jimi Hendrix dan Micheal Jackson yang telah melalui pelbagai program 'Mind Control' seperti MK Ultra, Monarch dan sebagainya bertindak menentang kembali mereka. Dan kesudahannya, saya pasti anda tahu apa yang terjadi kepada mereka ini.


Kemungkinan artis di Malaysia termasuk di dalam kategori ke 3 iaitu mereka tidak sedar mereka berkhidmat untuk Si Mata Buta ini. Berikut adalah screenshot yang kami ambil dari AJL baru-baru ini. Unfinished Pyramid, All Seeing Eye dan Checkered Floor jelas kelihatan bagi mereka yang peka dengan perkara sebegini.

Checkered Floor!



Artis Illuminati, Rihanna yang menggunakan Checkered Floor dalam persembahannya

Mungkin bagi pembaca baru tidak mengetahui apa itu sebenarnya Checkered Floor atau lantai petak putih ini. Di sini saya terangkan serba sedikit apa itu lantai petak putih ini. Lantai ini digunakan oleh Mason-mason (Ahli Freemason) di dalam ritual-ritual mereka. Ini sebagai pertemuan antara 2 alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib. Mereka berhubung dengan syaitan-syaitan melalui lantai ini menggunakan sihir terlarang, Kabbalah. Kabbalah dan Freemason tidak dapat dipisahkan. Warna putih mewakili alam kita dan warna hitam mewakili alam ghaib.

Joachim And Boaz dan Unfinished Pyramid!


Contoh paling mudah untuk Unfinished Pyramid, USD 1.

Mungkin ada pembaca baru yang tertanya-tanya apakah itu piramid yang belum siap atau lebih dikenali dengan Unfinished Pyramid ini. Unfinished Pyramid ini tidak siap kerana rancangan arkiteknya belum lagi siap sepenuhnya. Apakah rancangan arkitek tersebut? Rancangannya ialah untuk membuat manusia terus leka di atas dunia tanpa mengingati penciptanya. Dan apabila piramid itu siap, dengan segala pelan-pelan menjauhkan manusia dari penciptanya barulah arkitek piramid itu akan keluar. Siapakah arkiteknya? Jawapannya ada di atas unfinished pyramid itu sendiri. One Eye!

Rasanya tidak perlu diterangkan maksud lambang ini kerana saya percaya pembaca sudah tahu apakah makna di sebalik lambang all seeing eye ini. Lambang ini sebenarnya ada di mana-mana cuma kita sahaja yang tidak perasan atau buat-buat tidak perasan. Sila baca artikel sebelum ini tentang All Seeing Eye ini.


The All Seeing Eye Around Us Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks