PETRONAS UNTUNG BESAR RAKYAT MENAHAN LAPAR

Oleh : MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN

Kenyataan Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkenaan keuntungan bersih Syarikat minyak Malaysia iaitu PETRONAS BERJUMLAH 26.5 BILION DALAM TEMPOH ENAM BULAN BERAKHIR 31 MAC 2011 amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. Keuntungan ini telah meningkat sebanyak 18.8 peratus daripada 22.3 bilion yang dicatat pada tempoh sama tahun kewangan lalu. Ia diraihnya daripada pendapatan sebanyak RM115.5 bilion, meningkat 17.6 peratus daripada RM98.2 bilion.

Dalam keadaan rakyat Malaysia gembira dengan berita keuntungan PETRONAS, tiba-tiba hari ini kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol (RON97) dan minyak tanah sebanyak RM0.10 sen setelah dinaikan beberapa kali sebelum ini. Dijangkakan selepas ini akan menyusul pula kenaikan harga barangan lain seperti minyak masak, barang keperluan harian, barang peralatan pembinaan, tariff elektrik dan lain-lain.
Dua situasi ini, iaitu keuntungan PETRONAS dan kenaikan harga petrol membuktikan bahawa slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” sebagai istilah yang paling tepat untuk misi 1Malaysia, apabila keuntungan PETRONAS diumumkan maka diperdengdangkan kepada rakyat bahawa kerajaan mengutamakan pencapaian yang cemerlang. Namun apabila harga petrol dinaikkan maka disinilah rakyat diutamakan dengan mengemukakan pelbagai alasan yang tidak berasas.
Kenaikan harga petrol ini adalah cara terbaru kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, dulu rakyat akan ke pejabat cukai untuk membayar cukai kepada kerajaan tapi kini rakyat akan ke stesyen petrol untuk membayar cukai dengan cara mengisi petrol sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 94-95
94. Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran (cukai) kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?"
95. Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.
Ayat ini menunjukkan Raja Zulkarnain tidak menerima cukai yang hendak diberikan oleh rakyat, tetapi bantuan yang dipinta diberikan tanpa balasan. Jika dilihat dari sudut rakyat yang terdesak, apa salahnya Raja Zulkarnain mengambil cukai daripada mereka? Tetapi Raja Zulkarnain bukan pemimpin umno yang sanggup mengenakan cukai dengan cara menaikkan harga minyak ketika rakyat terdesak untuk menggunakan minyak bagi urusan harian mereka.
Pemimpin Negara sepatutnya adalah individu pertama yang berkorban untuk Negara. Sultan Zahir Bebrus contohnya yang memerintah kerajaan Mamalik di Mesir, sebelum mengutip cukai daripada rakyat, Beliau melelong segala harta kekayaannya bagi menampung kos persenjataan bagi melawan tentera monggol yang kuat dan ganas. Akhirnya kerajaan yang berciri kebajikan ini pertama kali dalam sejarah tentera Monggol dapat dikalahkan.Apakah pemimpin kerajaan Barisan Nasional sanggup berbuat demikian demi kepentingan rakyat?
Saidina Umar R.A pernah mengutus surat pada gabenornya Huzaifah yang berbunyi: "hendaklah kamu mengagihkan rezeki mereka (rakyat)” Huzaifah membalas surat Saidina Umar dengan berkata: “aku telah mengagihkannya tapi ia masih banyak berbaki”. Saidina Umar membalas semula: "harta yang masih berbaki itu ialah harta rakyat yang Allah kurniakan kepada mereka, ia bukan milik umar dan bukan milik keluarga umar(kroni Umar), maka bahagikanlah harta tersebut dikalangan rakyat(subsidi)".
Inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat, walaupun harta masih berbaki. Tetapi Saidina Umar R.A masih mengutamakan kebajikan rakyatnya, umum mengetahui bahawa PETRONAS adalah 100% milik kerajaan, dengan keuntungan sebanyak itu, adakah kerajaan tidak terfikir, alangkah bagusnya keuntungan sedemikian diagih-agihkan sesama rakyat. Salah satu caranya ialah dengan menambah subsidi kepada rakyat, iaitu menurunkan harga minyak.
Saidina Umar R.A sangat arif tentang firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 96:
96. Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa dengan sebab penduduk yang beriman dan bertaqwa maka Allah melimpahkan kurnianya dari hasil bumi dan langit. Justeru itu, rakyat juga berhak berkongsi pendapatan hasil bumi yang melimpah ruah dengan sebab keimanan dan ketaqwaan mereka.Jangan sesekali pemimpin Negara menafikan hak mereka dengan semata-mata untuk mengkayakan beberapa individu tertentu yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri ketaqwaan kepada Allah.
Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas. Perkara ini terjadi semata-mata kehendak kerajaan umno mahu berniaga dan mendapat keuntungan yang besar daripada keperitan rakyat
Ibn Khaldun berkata : “Sesungguhnya perniagaan daripada pihak kerajaan kepada rakyat memudharatkan dan merosakkan pendapatan Negara”. Kata-kata beliau ini boleh dibuktikan dengan fakta dibawah ini:-
Harga minyak bagi Negara yang mengeluarkan minyak seperti Malaysia mengikut nilai RM:
Bil
Negara Pengeluar Minyak
Nilai RM
1.
United Arab Emirates
RM1.22 seliter
2.
Baharin:
RM0.89 seliter
3.
Qatar
RM0.72 seliter
4.
Kuwait
RM0.69 seliter
5.
Libya
RM0.46 seliter
6.
Arab Saudi
RM0.39 seliter
7.
Iran
RM0.36 seliter
8.
Nigeria
RM0.33 seliter
9.
Turkemenistan
RM0.26 seliter
10.
Venezuela
RM0.16 seliter
11.
MALAYSIA
RM1.90 SELITER
RM2.40 SELITER
Inilah akibatnya apabila kerajaan menjadikan hasil Negara sebagai satu perniagaan kepada rakyat. Hasil yang diperolehi bukannya untuk memudahkan kehidupan rakyat, tetapi semakin membebankan rakyat. Sepatutnya sebagai sebuah negara pengeluar minyak yang telah mendapat keuntungan. Kerajaan mestilah menurunkan harga minyak dengan menambah subsidi kepada rakyat, tetapi malang bagi kita apabila kerajaan telah bertindak mengurangkan subsidi.
Seterusnya apabila kenaikan berlaku sudah menjadi satu tradisi pihak kerajaan akan mula masuk ke kampung dan mengedar risalah bahawa kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi yang tinggi untuk rakyat. Sabda nabi SAW: “Apabila umatku melakukan 15 perkara maka akan turun bala: (antaranya ialah)apabila harta negara berpusing di kalangan orang kaya dan pembesar, amanah dianggap satu peluang untuk rebut harta”.
Kenaikan harga minyak ini sebenarnya memberi kesan kepada semua sektor, dikhabarkan bahawa selepas ini akan menyusul pula kenaikan beberapa lagi barang-barang kerpeluan harian. Kenaikan ini sudah pasti menyusahkan golongan miskin dan berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Negara ini. Marilah kita bersatu padu tanpa mengira apa fahaman, apa jua bangsa, apa jua agama untuk bersama-sama menolak Barisan Nasional yang terbukti telah menindas dan mengaburi mata rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks