Cukai Perkhidmatan Naik, Rakyat Terus Terbeban

SHAH ALAM 1 JAN : Selesaikan dahulu  masalah gaji minima yang membelenggu nasib pekerja di negara ini sebelum menaikkan cukai perkhidmatan yang ternyata cukup membebankan bukan sahaja rakyat miskin bahkan memberi kesan kepada golongan kelas pertengahan.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang dihubungi TV Selangor berkata kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 kepada 6 peratus berkuatkuasa hari ini akan menyebabkan caj hospital,bil elektrik  serta bil-bil perkhidmatan yang lain sekaligus memberikan tekanan kepada rakyat yang kini terbeban dengan kenaikkan harga barangan keperluan.
"Bukan sahaja golongan berpendapatan rendah sahaja merungut tetapi golongan kelas pertengahan turut merungut bahawa harga barang keperluan naik tetapi gaji tidak naik. 
"Menurut laporan Bank Dunia menunjukkan 34 peratus daripada pekerja Malaysia, gaji mereka kurang daripada RM700, iaitu kurang daripada garisan paras kemiskinan di negara kita," katanya.
Tegasnya, dalam keadaan begini apakah tindakan kerajaan dalam membela nasib mereka soal beliau.
"Apa keluarga ini akan buat dalam membela nasib mereka jika harga naik seperti itu.
"Oleh kerana itu, kita hendak satu gaji minima (bukan gaji minima seperti dicadangkan oleh kerajaan untuk pengawal keselamatan). Apa yang kita hendak adalah gaji minima yang berpatutan bagi menyara keluarga mereka," ujar beliau. 
Menurut Charles, gaji minima yang dicadangkan oleh kerajaan daripada apa jumlah yang digunakan bagi menampung keluarga mereka khusus yang tinggal di bandar-bandar.

"Apa yang jelas ialah selepas 53 tahun Barisan Nasional menguruskan ekonomi negara kita, kebanyakkan nasib pekerja di Malaysia masih lagi berada di bawah paras kemiskinan.
"Oleh kerana itu, kita hendaklah adakan konsep baru dalam menetapkan gaji minima,"  katanya.
Sebelum itu, dalam ucapan Bajet 2011 Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, Oktober lalu  mengumumkan kadar cukai perkhidmatan atas semua perkhidmatan bercukai dinaikkan daripada berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.
Cukai perkhidmatan itu turut akan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar yang juga akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011. 

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks