Umno Kekal Sebagai Parti Pembohong Utama Malaysia

UMNO ialah parti penipu. Semua orang mereka tipu. Oleh sebab itu, rakyat terpaksa hidup atas penipuan UMNO. Penipuan yang terbaru ialah kenaikan harga bahan bakar. Menteri UMNO yang diberi tanggungjawab itu telah mengumumkan bahawa harga tidak akan dinaikkan lagi sehingga tamat tahun 2010. Yang berlaku ialah harga telah dinaikkan 5 sen lagi sebelum tamat tahun 2010.

Mereka sering menuding jari kepada lawan mereka sebagai penipu. Sebenarnya mereka hanya berbohong. Muhyiddin mendakwa janji 100 hari Pakatan Rakyat hanya penipuan. Sungguhpun dia Menteri Pelajaran, dia tidak faham erti perkataan yang diucapkannya.

Isu yang disebutkan itu hanya perancangan. Hakikatnya tiada apa-apa pun yang sedang berjalan. Di celah manakah sesuatu yang belum berlaku boleh menjadi pembohongan? Maka dengan sendirinya semua perkataan yang keluar dari mulut pemimpin UMNO merupakan racun yang boleh membinasakan rakyat.


Apa sebenarnya yang UMNO mahu? Mereka mahu rakyat tidak terpengaruh dengan janji Pakatan Rakyat yang sememangnya realistik. Mereka tahu benar hal itu. Mana mungkin guru-guru menolak kenaikan sebanyak RM500 setiap bulan. Mereka mendakwa sejumlah wang yang besar akan terpaksa digunakan untuk tujuan itu. Tidak sedarkah mereka tentang jumlah yang lebih besar terpaksa digunakan untuk membina bangunan 100 tingkat dengan mengesampingkan kepentingan dan kebajikan rakyat yang terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini dan masa mendatang?

Dek kerana takutkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat terus meningkat, mereka gunakan cara yang kotor bagi menghalangnya. Sambil itu mereka teruskan laku perbuatan yang menjijikkan. Kejijikan itu dapat dibuktikan melalui kritikan mereka terhadap musuh tetapi mereka sendiri pun berbuat perkara yang sama.

Suatu ketika dahulu riuh rendah satu Malaysia mengkritik Kerajaan Pakatan Rakyat Perak beli Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana. UMNO dan gerombolannya menuduh Pakatan tidak patriotik. Proton nafikan kenyataan belanja besar terpaksa dikeluarkan untuk menyelenggara kereta buatan mereka.

Nak dijadikan cerita, Ahmad Said tukar Proton Perdana ganti dengan Mercedes. Tak ada siapa yang kutuk dia tidak patriotik. Proton pun tutup mulut bila Perdana dicerca. Tiada riuh rendah yang kedengaran. Kini Ali Rustam pula nak tukar Perdana dengan sama ada kereta Jepun jenama Honda atau Nissan. Pun tak ada bunyi apa-apa.

Jelaslah bahawa UMNO dipimpin oleh penipu yang tiada semangat patriotik. Mereka kutuk orang tetapi menganggap apa-apa yang dikutuk itu menjadi hak mereka yang sah untuk melakukannya. Pandangan dan pegangan senget ini perlu dihentikan oleh rakyat. Usahlah terus membiarkan UMNO berbohong dan menganggap Pakatan buat buruk mereka buat baik, betul, dan bagus. Bersegeralah ke arah itu.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks