Tok Guru Gila : Susulan Laporan Polis Pas Besut,Respon Umno Besut


BESUT – Pas diminta tidak terlalu sensitif terhadap ucapan penceramah dalam program ceramah politik bertajuk DAP Anti Islam di Kampung Padang Luas, 1 Oktober lalu.

Timbalan Ketua UMMO Bahagian Besut, Nawi Mohamad (gambar kiri ) berkata, perkataan gila ke atas Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh penceramah program itu bukan merujuk kepada masalah mental.

Menurutnya, apa yang diperkatakan penceramah jemputan iaitu Pengerusi Jemaah Pondok-Pondok Seluruh Kelantan, Abdullah Saamah bukan bermaksud Nik Aziz gila dari segi mental.

“Gila banyak jenis seperti orang gila motosikal vespa, gila gasing iaitu merujuk kepada minat yang bersungguh-sungguh termasuk gila kuasa,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pas Kawasan Besut yang menuntut UMNO Bahagian Besut memohon maaf dalam tempoh 24 jam berikutan ceramah anjuran UMNO Bahagian itu bertajuk DAP Anti Islam selain gelaran ‘gila’ terhadap Nik Aziz.

Katanya, Pas jangan berfikiran sempit sebaliknya perlu menafsir perkataan itu kepada maksud yang lebih luas.

Mengenai laporan polis yang dibuat Pas Kawasan Besut, semalam susulan tiada tindak balas terhadap desakan mereka, Nawi berkata itu hak mereka untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Besut, Muhammad Pehimi Yusof berkata, ceramah itu bukan tindakan terdesak UMNO, sebaliknya sebagai penerangan kepada orang ramai agar dapat menilai tindakan parti itu yang boleh menjejaskan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Menurutnya, ceramah itu untuk memberi penerangan kepada orang ramai agar menilai apakah tindakan dilakukan DAP itu benar atau salah.

“Kita tidak paksa orang percaya apa yang diperkatakan, tetapi dengar dan balik fikir semula adakah apa yang diterangkan penceramah benar atau tidak bahawa DAP menentang Islam. UMNO hanya menentang kafir harbi iaitu kafir yang menolak dan menentang Islam iaitu DAP.

“Tapi kita berkawan dan menghormati kafir zimmi kerana golongan ini menghormati Islam sebab itu ceramah itu bukan berunsur perkauman,” katanya.

Menurutnya, tindakan Pas membuat laporan polis kononnya mendakwa ceramah itu berunsur perkauman dan hasutan sebenarnya disebabkan mereka rasa takut dengan kebenaran yang akan dibongkar UMNO mengenai DAP.

“DAP adalah rakan Pas dan sudah tentu Pas takut perkara sebenar terbongkar kerana ia akan mengurangkan sokongan orang Islam terhadap Pas yang menyokong DAP yang secara jelas menentang kerajaan Islam. Pas sebenarnya perlu bersahabat dengan UMNO bukan dengan DAP,” katanya.SH

Ulasan Tinta Hijau DKB

Sejak bila pula Umno pandai menggunakan bahasa kiasan niii,dulu ketika Tok Guru berkias Allah Samseng kemain lagi diorang hentam Tok Guru bila kena tang diorang bahasa kiasan la pulak...betul2 pening la puak ni.Satu hal lagi bab kapir Harbi/Zimmi,adakah rakan komponen bukan Islam Umno dalam BN telah diiktiraf sebagai kapir zimmi? Antara maksud kapir Zimmi ialah bukan islam yang bernaung dibawah kerajaan islam dan bersetuju menerima hukum islam sebagai hukum tertinggi negara serta sudi membayar jizyah kepada kerajaan islam.
Kalau betul mereka kapir zimmi kenapa Umno tidak melaksanakan syariat islam walaupun lebih 50 memerintah negara bersama rakan komponen mereka.Jangan nak hipokrit la.Dap kononnya kapir Harbi,MCA,MIC,Gerakan dan lainnya tu pulak kapir Zimmi.Piiiirah mabuk toksah nak buat lawak la....sebelum buat kenyataan belajar dahulu apa maksud kapir Harbi/Zimmi taklah nanti diketawakan orang....

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks