Pengetua 'rasis': DAP mahu tindakan keras


Kerajaan didesak bertindak ke atas seorang pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman yang menghina pelajar Cina dan India pada satu majlis anjuran sekolah tersebut di Kulai, Johor.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataanya berkata, tindakan disiplin yang paling keras perlu dikenakan terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kata-kata itu.

Lim berkata tindakan perlu diambil terhadap Siti Inshah memandangkan tindakannya itu bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipelopori perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Siti Inshah sanggup mengeluarkan kata-kata yang begitu menghina, menyinggung dan rasis itu dalam satu majlis untuk melancarkan sambutan Hari Kebangsaan sekolah tersebut.

Ironinya, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah '1Malaysia Menjana Transformasi,' kata Lim lagi.

Menurut beberapa laporan polis yang disebarkan di dalam talian, Siti Inshah didawak mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos lalu ketika mengulas mengenai masalah disiplin pelajar.

Didakwa, beliau menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Lim berkata, insiden tersebut membangkitkan semula ingatannya kepada kenyataan menghina yang dibuat oleh bekas ketua bahagian Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dan juga oleh bekas pegawai khas perdana menteri Datuk Nasir Safar.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks