Peguam gagal hadir punca Felda tewas..ha..ha..alasan bangang

Kegagalan peguam Felda untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Yusof Noor.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.

"Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh Felda gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Bharu," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Oleh yang demikian, Felda tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil.

Felda sedang mengkaji dan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes ini, katanya.

Beliau berkata, berikutan keputusan itu, Felda telah mengarahkan peguamnya untuk melepaskan jumlah wang penghakiman bertarikh 13 Januari 2008 yang mana telah didepositkan ke dalam akaun bersama kedua-dua peguam dalam tempoh terdekat ini.

Wang penghakiman berjumlah RM11 juta itu akan dilepaskan kepada peguam peneroka untuk membolehkan mereka mengagih-agihkan wang tersebut kepada kumpulan peneroka berkenaan.

- Bernama

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks