Mahathir: Dulu, Kini Dan Selamanya Tetap Perlekeh Islam



Mahathir berkata umat Islam tak perlulah belajar agama secara mendalam, belajar asas-asas cukuplah.

"Kalau 1.6 billion umat Islam di dunia ini pandai agama dan kesemuanya bertaraf ulama, perpecahan yang lebih teruk akan terjadi kerana masing-masing akan membuat tafsiran yang berbeza mengenai Islam mana yang lebih baik seperti yang terjadi ke atas golongan Sunni dan Syiah."

Mahathir ini orang pandai tetapi Mahathir tidak begitu berminat pada Islam. Itulah sebabnya Mahathir bercakap begitu. Mahathir tidak melihat permasalahan yang berlaku sekarang atau Islam lemah kerana bukannya tidak mengamal ajaran Islam sebenar tetapi kerana tidak mencari ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi.

"Walaupun tidak semua tetapi kalau ada sekumpulan orang yang dapat kuasai ilmu teknologi dan sains pertahanan, ini sudah memadai untuk menyelamatkan satu masyarakat Islam seperti di Bosnia (Herzegovina) sebelum ini," katanya.

Mahathir menggalakkan semuanya menguasai ilmu sains dan teknologi, paling tidak ada sekumpulan tertentu yang menguasainya. Tentang Islam tak perlulah semuanya belajar secara mendalam, tetapi sains dan teknologi kalau boleh semuanya mendalaminya. Adakah ini menunjukkan Mahathir berminat dengan Islam. Nasib malang umat Islam ada pemimpin seperti ini.

Kalau semuanya mendalami Islam, akan membuat tafsiran berbeza. Bagaimana pula kalau semuanya pandai membuat senjata, bom dan teknologi peperangan sendiri. Takkah berlaku tafsiran berbeza tentang sains dan teknologi atau takkah mereka bersaing pula nanti. Jadi boleh pening juga dengan karenah Mahathir.

Kalau tak minat dengan Islam, akan diperlekehkan Islam itu selamanya. Itulah yang berlaku pada Mahathir. Bukankah Islam rosak, Islam terbiar bermula sejak Mahathir berkuasa? Ini juga perlu disedari Mahathir, bukannya mengharapkan sains dan teknologi menjawab soalannya di kubur nanti.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks