Kenapa Ummi Hafilda tidak ditahan dalam kes PEMPENA?

Masihkah anda ingat lagi kepada Ummi Hafilda? Seorang wanita yang pernah mendapat jolokan nama "Monica Lewinsky Malaysia" - pernah memberi keterangan dalam kes rasuah dan kes liwat yang membabitkan mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

Dalam kes tuduhan liwat yang pertama Ummi Hafilda Ali ialah penulis surat Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri yang dialamatkan kepada Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Surat itu disertakan bersama surat pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar yang mendakwa diliwat Anwar.

Kononnya beliau terpaksa ditakut-takutkan untuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan oleh pegawai penyiasat bagi memaksanya mengubah pendirian terhadap DS Anwar Ibrahim dan wanita itu hanya menandatangani surat memohon maaf selepas 11 jam disoal siasat.

Hari ini namanya muncul kembali diruang-ruang berita mengenai tuduhan pecah amanah kerana menaja konsert tanpa pengetahuan lembaga pengarah yang dikenakan terhadap Ketua pegawai operasi (COO) anak syarikat kementerian pelancongan - Pempena Sdn Bhd - Mohammad Rosly Md Selamat.

Mohammad Rosly didakwa bersama bekas pengawal kewangan Lim Khing Thai kerana memberikan RM160,770 "dengan niat jahat" kepada Ummi Hafilda Ali untuk penganjuran konsert pada 15 Ogos 2006.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan melebihi 20 tahun. Dia juga boleh disebat.

Dan menurut borang aduan Badan Pencegah Rasuah pada 2009, ianya mempunyai maklumat bahawa pegawai Pempena telah menerima rasuah dari Ummi Hafilda bagi penajaan sebuah konsert bernilai RM300,000.

Manakala sebelah petangnya pula Ketua Pengarah Tourism Malaysia Mirza Mohammad Taiyab didakwa pecah amanah sebanyak RM888,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau didakwa meluluskan pembayaran wang tersebut ke akaun LCL Interior Dubai pada 27 Februari 2007 bagi projek pembinaan Restoren Malaysia Dubai sedangkan syarat yang perlu dipatuhi bagi projek itu tidak dipatuhi.berita berkenaan sila lihat di SINI

Kedua-dua kes diatas melibatkan Kementerian Pelancongan yang menterinya pada masa itu ialah Azalina Othman. Mungkin Kementerian Pelancongan juga telah ditipu sebagaimana Kabinet telah ditipu oleh Ling Liong Sik berkenaan isu tanah PKFZ.

Jika begitu biarlah.. kerana Menteri-menteri kita pada masa itu memang bodoh kerana sangat mudah ditipu..

Berbalik mengenai Ummi Hafilda, dalam tuduhan yang dikenakan keatas Mohammad Rosly, Ummi Hafilda dikatakan menerima RM160,770 manakala dari borang aduan Badan Pencegah Rasuah pada 2009 pula Ummi Hafilda dikatakan memberi RM300,000. Kepada pegawai Pamena.

Cuba baca petikan fasal 17 yang dipetik dari dari RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2008


Kesalahan memberi atau menerima suapan oleh ejen

17. Seseorang melakukan kesalahan jika

(a) sebagai seorang ejen, dia secara rasuah menyetuju terima atau memperoleh, atau bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh, daripada mana-mana orang, untuk dirinya sendiri atau untuk mana-mana orang lain, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan, apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau kerana memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya; atau

(b) dia memberikan atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau bagi memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan.

Keseluruhan Rang Undang-undang sila lihat di SINI.

Biarpun kesalahan yang telah dilakukan oleh Ummi Hafilda adalah jelas yang menghairankan kenapa Ummi Hafilda yang telah bertindak memberi dan juga menerima rasuah dalam kes ini tidak didakwa?

Adakah kerana beliau merupakan antara dalang yang digunakan bagi menentang Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang pertama beliau kebal dari sebarang tuduhan?

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks