Guan Eng Minta Zahid Hamidi Bertaubat

Quantcast
Sempena dengan bulan Ramadhan ini, Lim Guan Eng,
Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta Dato’ Ahmad Zahid Hamidi bertaubat.
Ini ekoran daripada tuduhan Zahid, selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau
Pinang menyatakan bahawa nama Guan Eng disebut dalam doa khutbah hari
Jumaat mengggantikan nama Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.
Jikalau tuduhan itu tidak benar, Zahid harus bertaubat, sempena dengan
bulan Ramadhan ini. Kata Lim.
Ini adalah isu terbaru yang dimainkan oleh UMNO-APCO. Provokasi
UMNO-APCO ini amatlah merbahaya, . Dari segi logiknya pun, bagaimana
boleh seorang imam mendoakan seorang yang bukan Islam menggantikan nama
ketua Islam bagi Malaysia ini?
Sebelum ini, nama Chua Jui Meng, ahli Majlis Tertingi PKR telah juga
dikaitkan dengan Sultan Johor dan beliau disebut-sebut oleh UMNO-APCO
untuk menjadi Menteri Besar Johor, kalau Pakatan Rakyat memenangi
pilihanraya ke 13 nanti. Disini sekali lagi dari segi logiknya pun,
adalah mustahil Pakatan Rakyat mahu menjadikan isu yang tidak
menguntungkan ini.
Mengaitkan isu-isu sensitif seperti ini adalah maianan UMNO-APCO dalam
perancangan mereka untuk terus berkuasa.
Kita juga lansung tidak boleh menerima kenyataan daripada Mufti Perak,
orang yang tidak tidak pernah berbohong itu dengan mengatakan beliau
mempunyai bukti bahawa ada pakatan PKR dengan DAP untuk meminda
perlembagaan Malaysia jika Pakatan Rakyat menguasai negara. Perkara yang
mahu dipinda itu pula ialah perkara yang amat sensitif iaitu mengenai
hak istimewa orang Melayu dan Agama Islam sebagai agama negara.
Kita masih ingat kenyataan Zahid semasa pra rampasan kuasa kerajaan
Pakatan di negeri Perak. Selepas pulang dari menunaikan fardhu haji,
beliau terus membuat kenyataan bahawa MB Nizar memerintahkan agar Tadika
Kemas ditutup. Zahid dan Harussani dilihat bersekongkol dengan
UMNO-APCO dalam membuat kenyataan bagi satu agenda besar untuk
menumbangkan kerajaan Pakatan dan mengekalkan Pemerintahan UMNO-APCO.
Tapi yang lebih penting daripada itu ialah, UMNO-APCO tidak akan berdiam
diri dalam menjalankan strategi tidak bermoral dan tidak berdemokrasi
itu terutama dalam menggunakan jentera kerajaan bagi membantu mereka
dalam pilihanraya ke 13 nanti. Jentera ini perlu digunakan semaksimum
mungkin dalam menghalang kebangkitan rakyat yang dahagakan perubahan
pentadbiran negara.
Jadi, saranan Lim Guan Eng agar Zahid bertaubat, adalah satu tamparan
bagi Zahid dan pimpinan UMNO yang lain, apatah lagi Mufti Perak sendiri
agar ingat kepada balasan Allah. Kalau dunia boleh lepas, diakhirat
tidak munkin terlepas, kerana itu ia perlu kepada pengakuan taubat
tersebut.
Lim Guan Eng tidak terikat dengan fahaman ini tetapi kenyataan Lim adalah bidasan kepada mereka yang mengaku beriman dengan Allah dan hari akhirat.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks