Chegubard, ahli MPP PKR ditahan dipercayai bawah Akta Hasutan


KUALA LUMPUR, 9 Julai — Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharani atau yang dikenali sebagai “Chegubard” ditahan polis ketika hendak mempengerusikan mesyuarat bulanan PKR bahagian itu di Rembau, malam ini.
The Malaysian Insider difahamkan beliau ditahan kira-kira tujuh anggota polis di Rembau.
Sebab beliau ditahan tidak dapat dipastikan, kata seorang pegawai PKR bahagian itu kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Badrul ditahan semasa hendak mempengerusikan mesyuarat bahagian (PKR) dan terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban,” kata pegawai itu.
“Semasa Badrul hendak memulakan mesyuarat kira-kira 9 malam tadi, ada tujuh orang pegawai polis datang dan memperkenalkan diri, lalu menahan beliau.
“Saya tidak pasti apa sebabnya, tetapi saya ada mendengar ia berkaitan dengan tulisan beliau dalam blognya... kemudian rumah beliau di Bukit Chedang dekat Rembau turut digeledah,” kata pegawai itu.
Pada 3 Jun lalu beliau telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.
Tulisan terbaru blog Chegubard, yang disiarkan semalam bertajuk “Singapura mengugut Malaysia melalui rahsia pemimpin utama?”.
Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR Tian Chua juga mengesahkan perkara ini menerusi twitternya.
“Baru nak mempengerusikan mesyuarat cabang Rembau sekumpulan 15 orang polis serbu dan ambil Chegubard, kini ditahan dan dibawa ke IPD Seremban,” katanya.
Satu lagi maklumat twitter pemimpin PKR menyebut, beliau ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung isu mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Raja Petra Raja Kamarudin.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks