Terbukti lagi siapa suka buat kacau..ha.ha..demo anti israel buktikan pihak polis musuh no 1 demo....!!!


Posted by RAKYAT MARHAEN

3 Jun lalu, dalam berita bertajuk "Polis: Jangan sertai perhimpunan haram esok", Malaysiakini memetik Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata:
"Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan".
Akhirnya semalam, berlakulah demontrasi Pakatan Rakyat (PR) di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin. Malaysiakini melaporkan 10,000 orang hadir (saya lebih selesa dengan angka yang lebih konservatif). Harakah Daily kata 50,000. Suka hati hampa la. Bubuh pi la berapa puluh ribu pun.

Berapa puluh ribu pun, perhimpunan itu tidak membantah secara langsung kepentingan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) yang memohon petunjuk dari Yahudi-Yahudi Zionis termasuk bekas-bekas pegawai tinggi polis rahsia Israel di dalam Apco Worldwide. Sebab itulah malam tadi, tidak ada berita dalam TV yang kita dengar tentang kerugian sehingga RM200 juta kerana bekas air peniaga pecah dirodok canister gas pemedih mata polis. Tidak ada ada pecacai yang buat berita kononnya Kuala Lumpur kelam kabut. Tak ada berita 589 orang orang ditahan.

Media juga tidak mengapi-apikan isu perkauman (kurang ajar!) Dan, tidak ada gambar-gambar seperti di bawah.

Melainkan ada keputusan terbaru Umno selepas ini untuk reka apa yang depa nak reka, tak dapat ditemui berita yang boleh membenarkana apa yang dibimbangi oleh Muhammad Sabtu - "dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan".

Kenapa? Kerana perhimpunan itu tidak merodok jantung Umno seperti perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menjadi jantung kehidupan Umno.

Yang dapat saya ingati, sudah dua kali perhimpunan puluhan ribu rakyat berlangsung dengan aman. Pertama, perarakan berpuluh-puluh ribu orang pada 28 Julai 2006 dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat. Kedua, perarakan berpuluh-puluh ribu orang semalam, juga dari Masjid Kampung Baru ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Perhimpunan rakyat tidak menimbulkan kekecohan jika Umno tidak buat kacau dengan memperalatkan pihak tertentu. Kepada yang berakal, sendiri mau ingat siapa yang suka buat kacau.


0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks