Gambar-gambar di Program Khas SOLAT HAJAT DAN PIDATO GAZA



Dikongsikan gambar-gambar yang telah dirakamkan dari Program SOLAT HAJAT PERDANA dan PIDATO KHAS Gaza yang telah diadakan di Stadium Malawati Shah Alam bermula sebelum waktu Maghrib.

Alhamdulillah bersyukur kita menjadi rakyat Selangor kerana mempunyai Pimpinan yang sedar akan nasib rakyat dan ummah secara keseluruhannya. Majlis Solat Hajat telah diadakan khusus untuk Gaza dan khusus juga untuk para sukarelawan yang telah mempertaruhkan nyawa mereka untuk membela nasib rakyat Palestine.
Seluruh dunia membuka mata dengan apa yang berlaku, seluruh dunia juga bangun membantah kezaliman Israel dan mendo'akan kesejahteraan nasib para sukarelawan.
Seorang wakil dari Negara Palestine telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan memberikan kata-kata semangat. Beliau kagum dan bangga dengan usaha rakyat Malaysia hingga beliau berkata seperti yang diterjemahkan oleh Ustaz Nasharuddin apabila melihat semua yang hadir beliau tidak tahu samada apakah kita juga rakyat Palestine sepertinya.
Beliau menegaskan tentang sifat Yahudi yang bodoh dengan tindakan mereka menzalimi rakyat Palestine dan kebodohan mereka sentiasa terserlah. Palestine tidak pernah kalah dan tidak pernah menyerah kalah.(timbul perbezaan pendapat tentang penggunaan istilah Yahudi, Israel dan Zionis, penceramah ini menggunakan istilah Yahudi)
Beliau mengingatkan agar jangan ada sesiapa dan sebarang negara membuat perjanjian dengan Yahudi dan turut sama bergeluman dengan kebodohan Yahudi.

Antara EXCO kerajaan Negeri, ADUN dan wakil NGO yang turut sama hadir.

Orang ramai yang hadir memenuhi ruang stadium untuk solat magrib, Isyak dan Solat hajat....memang penuh.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tiba.

Cikgu Azmi dari MAPIM menyampaikan ucapan dan mengingatkan kita agar terus berjuang menentang kezaliman Israel dan membantu rakyat Palestine sepanjang masa dan bukannya mengikut musim. Beliau juga mengatakan bahawa beliau tidak mahu melihat ada yang merokok bila datang ke Perhimpunan Aman menentang tindakan zalim Israel esoknya..
Beliau juga menceritakan tentang perbualan telefon beliau dengan salah seorang sukarelawan dari MAPIM, Sdra Mustapha Mansor yang mengatakan beliau sebolehnya tidak mahu pulang selagi misi bantuan tidak berjaya.
Wakil dari ABIM

Tuan Haji Nahar Mohd Nor wakil dari JIM






ADUN Sekinchan

Berdo'a..dibaca dengan penuh penghayatan dan nada kesedihan oleh Ustaz Othman Ibrahim..berzikir dan bermunajat.



Ustaz Othman Ibrahim menyampaikan Pidato Khas sambil bermunajat





0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks