Apabila Menteri Otaknya Dilutut



Berkata wira keris bahawa kepada sesiapa yang membuat bising haruslah tampil untuk membantu kerajaan tangani isu judi bola. Kata-katanya itu seperti seorang yang bercakap menggunakan lutut. Beliau sepatutnya menegur kerajaan UMNO/ BN yang meluluskan lesen judi dan bukannya salahkan kerajaan negeri (Pakatan Rakyat).

Beliau seperti sudah kehilangan idea mengenai isu judi bola ini kerana meminta idea daripada pihak luar untuk mencadangkan idea untuk mencegah judi bola sepak. Mudah sahaja idea itu, kembali kepada ajaran Islam maka tidaklah kamu sesat dalam kehinaan. Banyak lagi perkara yang boleh kerajaan buat untuk rakyat selain dari judi ini.

Menteri I.S.A ini juga menyalahkan rakyat mengenai kerajaan meluluskan lesen judi ini. Inilah menteri otaknya dilutut. Sepatutnya sebagai seorang menteri haruslah berfikiran lebih waras kerana rakyat sendiri yang menolak judi. Sebaliknya orang dari kalangan mereka yang kononnya melayu dan mengaku sebagai Islam telah meluluskan judi tetapi orang bukan Islam terus menolaknya. Inilah menteri yang jakun dan dangkal.

Apabila lutut yang membuat kenyataan maka inilah jadinya. Beliau berkata tujuan lesen judi diluluskan adalah untuk membendung judi haram. Tahukah ia bahawa judi itu haram. Mana ada judi halal. Inilah menteri yang tidak belajar sampai habis Pendidikan Islam walhal beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran.

Pak Lutut ini turut mengulas bahawa dengan adanya lesen judi maka kegiatan Along atau pemberi pinjaman wang haram dapat dihapuskan dan perdagangan manusia dapat dikurangkan. Caranya mudah sahaja. Pak Lutut perlulah tahu bahawa ramai yang pinjam duit Along itu kerana mereka mahu meminjam dari bank, bank banyak buat birokrasi. Kerajaan tidak pernah memandang perkara ini sabaliknya mahu menyalahkan rakyat.

Pak Lutut harus berhati-hati ketika membuat kenyataan media kerana ini menujukkan ketiadak cerdikan Pak Lutut dalam membuat kenyataan akan menampakkan kebodohan sebagai seorang menteri. Jangan orang kata menteri belajar tinggi-tinggi tapi bodoh berlapis-lapis


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.

"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara sukan termasuk bola sepak dengan mendakwa kerajaan menggalakkan perjudian.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Tahanan Arbitrari di Parlimen di sini, berkata, lesen pertaruhan itu telah lama dikeluarkan.

Beliau berkata, langkah itu dilaksana untuk membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi.

"Isu ini berkait rapat dengan ekonomi hitam yang melibatkan RM10 bilion yang berhubungan dengan kegiatan jenayah serius seperti pemerdagangan manusia dan pinjaman wang haram atau ah long,” katanya.

Sumber: Utusan Munafik

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks