PRK Sibu : Politik pembangunan BN terbukti gagal
















KUALA LUMPUR : Sarawak bersama Malaysia kini berada di persimpangan.
Kita sepatutnya mempunyai kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang lebih baik.
Sibu mempunyai peluang yang unik dan bersejarah untuk menjadi tapak permulaan bagi masa depan yang lebih baik dan obor harapan Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.
Sarawak, dengan tanahnya yang paling luas di Malaysia dan mempunyai banyak sumber alam seperti minyak dan gas, kini tercorot di bawah bersama-sama negeri lain di Malaysia yang berada pada tahap kemiskinan.
Pada tahun 2009, anggaran hasil negeri adalah RMRM3.726 bilion.
Kita ada balak, minyak kelapa sawit, emas dan banyak lagi sumber alam, tetapi, lebih dari 70% rumah panjang tiada bekalan elektrik dan banyak pula yang tidak mempunyai air paip bersih yang dirawat.
Sehingga ke hari ini, tidak ada jalan tar menuju masuk ke kampung-kampung Sarawak.
Rakyat Sarawak adalah antara mereka yang paling miskin di Malaysia kerana gaji yang rendah dan kekurangan peluang pekerjaan selain peluang perniagaan dibolot oleh segelintir individu.
Hanya satu kesimpulan bagi semua ini iaitu “Politik pembangunan” BN selama 47 tahun telah gagal dan bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi lebih penting lagi, dari segi politik.
Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia di mana hanya satu keluarga sahaja yang
menguasai kegiatan ekonomi dan politik negeri dan Sarawak bersama Malaysia amat memerlukan perubahan.
Dengan itu, pilihan raya kecil Sibu bukan soal siapa menang tetapi ia adalah soal
masa depan anak-anak kita di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.
Sibu Jom Ubah

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks