'Penubuhan DHPP cerminkan keterbukaan PAS'



Beberapa persatuan pelajar Islam menyambut baik penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) dan menganggap tindakan itu menggambarkan keterbukaan dan kematangan parti tersebut.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berpendirian, langkah tersebut menunjukkan penerimaan orang bukan Islam terhadap parti Islam semakin baik.

Setiausaha agungnya, Khairul Anuar Musa juga berkata, tindakan itu sememangnya memberi kelebihan politik kepada PAS dengan meraih sokongan daripada golongan bukan Islam.

"Tetapi ia (juga) membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk mendekati parti Islam (itu).

'Selagi PAS bijak untuk mengharmonikan semua kaum, perkara ini akan menjadi lebih positif," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) pula melihat PAS kini semakin matang dengan menubuhkan dewan tersebut.

Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff berkata, sedikit sebanyak, penubuhan dewan ini juga mungkin memberi tamparan kepada kerajaan BN.

Langkah ini bagaimanapun akan memberi ruang dan peluang kepada orang bukan Islam untuk lebih mengenali PAS.

"Dari segi dakwah pula, ia merupakan sesuatu yang amat baik (seperti) di zaman Rasullulah S.A.W dahulu semasa penubuhan Madinah, bagaimana baginda menyatupadukan orang Islam dan orang yang bukan Islam.

"Jadi dengan penubuhan ini, PAS mempunyai ruang untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam apa sebenarnya PAS ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Penubuhan DHPP semalam menyaksikan seramai 20,000 anggota Kelab Penyokong PAS 'dinaiktaraf' sebagai anggota PAS sepenuhnya dan diserap ke dalam dewan tersebut.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks