Limbang: Brunei rela Malaysia tak rugi, kata Rais..ha..ha..projek kelentong lagi...!!!



KUALA LUMPUR,9 Mei — Sambil meminta rakyat tidak perlu bimbang dengan isu kedudukan Limbang, menteri Kabinet persekutuan mendakwa Brunei turut kehilangan lebih 5,000 kilometer persegi kawasan maritim zon ekonomi eksklusifnya ekoran perundingan Mac 2009.
Sehubungan itu Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberi jaminan isu itu akan selesai dengan sendirinya setelah lima perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan dan Brunei antara 1920 hingga 1939 diakhiri dengan kerja-kerja mengukur sempadan.
Rais berkata beliau terpaksa membuat penjelasan itu ekoran kontroversi penyerahan dua kawasan blok minyak, blok L dan M kepada Brunei baru-baru ini kerana terlibat secara langsung selaku Menteri Luar pada Mac 2009 bersama Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam rundingan dan proses diplomasi dengan kerajaan Brunei.
Malah kata Rais, persefahaman yang dicapai hasil Pertukaran Surat yang ditandatangani kerajaan dengan Brunei pada Mac 2009 sebenarnya turut menyebabkan Brunei kehilangan 5,165 kilometer persegi kawasan maritim zon ekonomi eksklusifnya.
Kawasan maritim negara kesultanan itu menguncup berbanding sebelum 1984, katanya.
Saya dengar seolah-olah Malaysia bodoh serahkan seluruh hak wilayah kita sedangkan ia (blok L dan blok M) tidak pernah menjadi milik kita,” kata beliau yang kini merupakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Isu itu ditimbulkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya.
Menurut Rais, silapnya pada 1979, pemeta negara hanya sekadar memasukkan tanggapan itu padahal ia terletak dalam Pelantar Benua Brunei dan diiktiraf Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982.
“Begitupun Pertukaran Surat ini ada imbasannya (kaitan) pada Limbang.
“Apabila lima perjanjian berkenaan diselesaikan kehendak pengukurannya, soal Limbang tidak timbul lagi dan berhasil bagi Malaysia,” kata beliau dipetik Mingguan Malaysia.
Lima perjanjian berkenaan ialah Perjanjian Mengenai Sungai Pandaruan dan daerahnya pada 4 Februari 1920, Perjanjian Sempadan Sungai Belait dan Sungai Baram 25 Ogos 1931, Perjanjian Antara Brunei dan Sarawak mengenai Trusan dan Temburong, Perjanjian Antara Brunei dan Sarawak mengenai Sempadan Limbang dan Brunei dari Pantai ke Bukit Gadong 24 Februari 1933 dan Perjanjian 4 November 1939 antara kedua-dua pihak.
Kelima-lima perjanjian inilah meletakkan Limbang dan dipersetujui bahawa terusan-terusan Pagalayan hingga ke Bukit Traja ditentukan oleh perjanjian tersebut.
Rais berkata dakyah kononnya Malaysia kehilangan wilayahnya telah dibangkitkan dalam pilihan raya kecil Sibu yang berlangsung sekarang.
“Brunei dengan rela hati bersetuju bahawa kawasan maritimnya menguncup selepas Pertukaran Surat 2009.
“Ini keikhlasan tidak ternilai dan Malaysia tahu jika dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (di The Hague, Belanda) kemungkinan kita beroleh hasil lebih positif lebih jauh kes Batuan Tengah di Batu Putih,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum ini perairan di blok L dan M dikenali CA1 dan CA2 mengeluarkan hasil minyak dan hidrokarbon digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mencari nafkah dan berniaga.
Namun secara tiba-tiba Petronas menganggap ia perairan negara dan mewujudkan kerjasama cari gali dengan Murphy Oil di Sabah.
“Bagaimanapun Brunei dalam perbincangannya bersetuju untuk berusaha sama dalam kedua-dua petak komersial tadi termasuk minyak di bawah tajuk Perolehan Kerajaan untuk Malaysia bagi tempoh 40 tahun bermula dari tarikh Production Sharing Contract (PSC).
“Juga dipersetujui oleh Brunei tentang hak laluan kekal bagi rakyat Malaysia dan Sarawak melintas dan menggunakan perairan itu untuk mendarat atau pergi ke kawasan sempadan Sarawak dan Brunei. Pendek kata, ia tidak boleh ditarik balik... berterusan,” kata beliau.
Pada masa sama Malaysia diberi 10 peratus faedah melalui kontraktor yang dipilih sendiri (iaitu Petronas) dalam hak dan obligasi yang sama.
Seterusnya Malaysia juga akan beroleh melalui Petronas 75 peratus dari hal dan obligasi.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks