Kes Aminulrasyid: Panel dapati 'tidak konsisen'...pulak dah..nampaknya cubaan ubah fakta mula berlaku...!!!



Panel Khas siasatan kes kematian Aminulrasyid Amzah mendapati terdapat keadaan "tidak konsisten" yang memerlukan siasatan lanjut.


"Daripada taklimat ringkas daripada pihak polis, kami dapati terdepat beberapa perkara yang tidak kosnsisten antara bukti dan (kenyataan) saksi," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

Abu Seman menambah, beliau diarahkan oleh Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menyampaikan laporan awal berhubung dapatan panel tersebut minggu depan, sebelum dimajukan kepada kabinet.

Saksi kedua dipanggil lagi

Sementara itu, polis hari ini memanggil seorang lagi saksi kes itu Zafrullah Zainal Abidin bagi merekodkan kenyataannya buat kali kedua sekitar jam 12 tengah hari tadi.

"Polis muncul di muka pintu dan merakamkan kenyataannya di situ, walaupun sebelum itu beliau memberitahu akan pergi ke balai polis selepas solat Jumaat bersama peguam," kata peguamnya Fadiah Nadwa Fikri.

Katanya, polis hanya bertanyakan satu soalan sama ada beliau ada mendengar bunyi sesuatu selepas kereta yang dipandu Aminulrasyid berlanggar dengan tembok.

"Beliau menjawab tiada, (sekali gus) mengesahkan kenyataan (saksi utama) Azamuddin (Omar)," katanya sambil memberitahu sesi tersebut hanya berlangsung beberapa minit.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks