Forum "Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia"



Forum "Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia" anjuran bersama dua badan NGO, iaitu Persahabatan Semparuthi dan Friends of Suaram (FOS) Negeri Johor ditetapkan pada 15hb Mei 2010 (Sabtu).  Forum akan bermula pada 8.30pm dan berakhir sebelum 11.30pm.  Forum ini akan diadakan di Aras 4 Tropikal Inn (Alamat: 15, Jalan Gereja, 80100 JB), Johor Bahru.  Forum ini terbuka kepada semua rakyat yang ambil berat tentang keadaan politik Negara kita.  Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Panel jemputan Forum termasuk bekas Menteri Besar Negeri Perak Nizar Jamaluddin, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Zaid Ibrahim dan bekas pengerusi Majlis Peguam Negara Yeo Yang Poh.  Panel-panel akan membentang dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu (mengikut keperluan semasa dan ditentukan oleh Panelist) dan mengemukakan kertas perbincangan.
Nizar Jamaluddin merupakan key person dan watak penting dalam kes MB Berkembar Perak.  Beliau akan berkongsi pengalamannya dan memberi ucapan menarik, dengan cara istimewa.  Tajuk pembentangan beliau ialah "Krisis Perlembagaan Negeri Perak".
Zaid Ibrahim meletak jawatannya sebagai Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal kehakiman demi membantah penyalahgunaan ISA oleh kerajaan ke atas orang ramai yang berlainan pandangan dengan kerajaan.  Beliau merupakan seorang pemimpin politik kaum Melayu yang dikenali dan diberi perhatian ramai kerana berani menentang hegemoni perkauman UMNO.  Tajuk artikel beliau ialah "Mengejar Keadilan" (Quest for Justice).

Yeo Yang Poh merupakan seorang peguam yang berpengalaman.  Beliau telah memimpin Majlis Peguam Negara untuk tempoh yang agak panjang.  Beliau menerima penghormatan dari kalangan masyarakat kerana komitted dalam usaha menyebarkan fahaman demokrasi dan hak asasi manusia.  Tajuk ucapan beliau ialah "Krisis atau Ramalan" (Crisis or Prognosis).

Ketiga-tiga orang panel bersedia menjawab soalan daripada hadirin/hadirat yang berkaitan dengan tajuk forum ini selepas pembentangan mereka.
Selain itu, di bawah permintaan Jawatankuasa, Peguam Yang Pei Keng telah  mengemaskinikan isi-isi penting artikel seorang Hakim bersara yang terkenal, kepada sebuah artikel yang bertajuk "Pergumulan antara Sultan Perak dan Menteri Besar" (The tussle between the Sultan of Perak and Menteri Besar).  Jawatankuasa akan mengumpulkan artikel ini bersama dengan kertas-kertas para panelis ke dalam buku kecil dan mengedar kepada semua para hadirin, dan ia boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yang berminat membuat kajian terhadap tajuk forum ini.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks