DUN KEDAH PUN BUBAR....JIKA ?



Yang menjadi perhatian masa ini adalah para ADUN PKR. Mereka itu Tan Joon Long@Tan Chow Kang (Sidam), S Manikumar (Bukit Selambau) dan Lim Soo Nee (Kulim).

Pertengahan April lalu, ADUN Bakar Arang Tan Wei Shu telah keluar PKR dan mengistiharkan diri sebagai ADUN Bebas.

Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Razak dilaporkan pernah berkata, jika seorang lagi ADUN Pakatan mengisthirakan diri sebagai ADUN Bebas, maka dia akan menghadap Sultan Kedah untuk mempersembahkan pembubaran DUN untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan.



ADUN manakah yang akan keluar diantara 3 ADUN PKR itu untuk membolehkan MB Kedah menghadap Sultan Kedah?

Setakat ini ada maklumt tertentu, bahawa ke tiga-tiga ADUN tersebut akan keluar secara serentak.

Jika 3 ADUN PKR keluar secara serentak, mandat Azizan Razak untuk menghadap Sultan mempersembahkan pembubaran dewan akan terbatal, kerana MB itu tidak mempunyai suara majoriti di DUN Kedah.

Jika keadaan ini yang berlaku, kemungkinan kah BN akan segera membentuk kerajaan, mengikut cara Perak? atau menunggu diadakan sidang DUN Kedah untuk membolehkan undi tidak percaya kepada kerajaan Azizan?

Jika Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah membolehkan penubuhan kerajaan oleh mana-mana parti yang mempunyai majoriti tanpa undi tidak percaya, maka BN perlu menghadap Sultan Kedah menzahirkan hasrat itu.

Jika senerio ini berlaku, maka BN perlu berhati-hati agar keadaan seperti di Perak tidak berulang. MB Kedah harus bersedia dalam apa juga keadaan....

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks