Ahli Umno Tolak Parti Perlu Kembali Ke 'Pangkal Jalan' ..kerana yang haram telah dihalalkan....!!!



IPOH: Ahli Umno yang menolak parti sendiri pada pilihan raya umum lepas perlu kembali ke pangkal jalan demi perpaduan yang lebih kukuh bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden Umno, Datuk seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, pemimpin dan anggota Umno yang setia kepada parti telah memaafkan tindakan menolak parti oleh golongan berkenaan dan sedia menerima mereka semula.
"Memang kita dibenarkan berbeza pendapat tetapi perbezaan pendapat ini hendaklah disampaikan dengan kaedah yang baik dan penuh tatasusila. Gunakan media maya ini untuk menyerang musuh politik, bukan menyerang sesama sendiri seperti di dalam blog, Facebook dan Twitter," katanya.
Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan Umno seluruh Perak di Stadium Indera Mulia di sini hari ini, beliau berkata masih terdapat segelintir anggota membuat kritikan dan tuduhan melulu di dalam media 'online'.
Beliau berkata, Umno yang menjadi parti tonggak dalam Barisan Nasional (BN) mesti sentiasa bersatu-padu dan kukuh menerusi sokongan tidak berbelah bagi di kalangan anggota dan pemimpin.
Ahmad Zahid berkata, parti komponen juga perlu menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing supaya BN terus mantap dan keyakinan rakyat terhadap parti itu tidak hilang. - BERNAMA

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks