2008: Usaha Lemahkan Pak Lah Tapi Terengganu Masih Kalah



Peristiwa Kickdefella mendedahkan adanya sekumpulan orang-orang PAS yang telah membuat kerja melemahkan imej Pak Lah yang telah menyebabkan PAS kalah teruk di Terengganu. Tapi, usaha Husam telah berjaya meredakan imej “Islam” Pak Lah.

Secara logiknya, dikala imej Pak Lah lemah, ditambah dengan perpecahan UMNO Terengganu yang parah, maka PAS Terengganu patutnya mudah menawan kembali negeri Terengganu dari UMNO pada 2008.

Perpecahan UMNO Kelantan tidak seburuk UMNO Terengganu sewaktu menghadapi pilihanraya 2008. Namun Kelantan muncul dengan gemilang sekali berbanding Terengganu. PAS Terengganu cuma mampu menambah 4 kerusi dari tahun 2004 menjadi 8.


Itu pun satu kerusi (Ladang) menang sebab UMNO setempat meluat ke calon UMNO.
Artikel yang saya ambil dari Tranungkite sendiri menunjukkan bahawa “mood” rakyat Terengganu sekarang ini masih belum berpihak pada PAS. Yang lebih menakutkan adalah di ambang pilihanraya yang akan datang, Najib akan mencalonkan Mat Said untuk bertanding Parlimen dan menamakan seorang calon baru yang disukai berbagai pihak untuk menjadi MB Terengganu. Yang jelasnya, Najib tidak akan menamakan Mat Said sebagai calon MB Terengganu dalam pilihanraya yang akan datang.

Di kala itu, ada kemungkinan PAS akan hilang 2-3 kerusi lagi di Terengganu. Kita mesti ingat, perangai orang Melayu ni suka memaafkan. Maka, oleh kerana Najib masih baru jadi PM, aka nada pengundi-pengundi kita 2008 yang akan mengundi BN kembali kerana hendak memberi peluang kepada calon baru.

PAS Terengganu kelak akan membariskan pimpinan yang sama yang telah ditolak pengundi 2004 lepas. Tindakan melantik Ustaz Harun Taib sebagai PJ Terengganu benar-benar tidak membantu peluang PAS Terengganu untuk menawan Terengganu kembali.

Tidak hairanlah PJ Terengganu telah di booo penyokong sendiri di satu ceramah di Kemaman Terengganu. Begitu tidak popular calon-calon MB dan PJ PAS bagi negeri Terengganu.

Apa yang PAS Terengganu buat selepas kalahnya 2008 hanyalah mengacau kepimpinan PAS Pusat. Dengan geng-geng kayu, mereka telah merancang menjatuhkan Dr Syed Azman dan Husam Musa. Blog “Anti Husam” diwujudkan serta mesyuarat2 diadakan di sekitar Bangi dan Kajang bagi membincangkan bagaimana hendak menjatuhkan orang-orang seperti Husam Musa dan Dr Syed Azman. Terma “Geng Erdogan” digunakan bagi melabel orang-orang seperti Husam Musa.

Geng Kayu juga telah menggantikan Dr Syed Azman dengan Dr. Shamsuri Ahmad. Gaji Dr Shamsuri sebagai SU Presiden dibayar oleh SIGTECCH yang diketuai oleh Dr Khazani Abdullah. Kedua-dua Khazani dan Shamsuri adalah anak usrah kepada Dr Kamaruzzaman (Dr Kayu). Dr Kayu ini pula adalah SU Dewan Ulama sewaktu Dewan Ulama berada di bawah Ustaz Harun Taib.

Sejak akhir-akhir ini pula, puak2 Terengganu telah mendapat bantuan beberap blogger yang tidak dikenali siapa mereka. Blog ini telah menggelarkan mereka “Bloggers Pondan”. Mereka kecut untuk menunjukkan identity mereka kerana mereka hanya berani menyebar fitnah tanpa mahu bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut. Mereka tak berani tunjuk muka sebab mereka adalah pondan.

Adakah ini tarbiyyah PAS Terengganu? Tarbiyyah mereka mengarah mewujudkan pondan-pondan?

Namun, usaha untuk menampilkan barisan pimpinan yang diterima rakyat tiada dilakukan. PAS Terengganu terus melakukan pemilihan cara DAP menyebabkan kayu-kayu lama terus kekal. Jelas, mereka ini tidak kesah pasal jemaah ataupun pasal kejayaan Islam. Apa yang mereka kesah adalah mengekalkan penguasaan mereka terhadap PAS.
Mereka berbuat demikian dengan bergantung di belakang jubah Presiden.

Bayangkan UMNO yang mampu membuat perubahan pimpinan, tapi PAS Terengganu masih terus mengekalkan mereka yang jelas ditolak pengundi pada 2004. Apabila ditegur, maka diwujudkan bloggers Pondan untuk menyerang orang seperti saya.

Pada waktu yang sama, PJ Terengganu terus ditolak rakyat Terengganu sehingga ke tahap di booo oleh penyokong sendiri. Bagaimana hendak berharap menarik sokongan orang atas pagar ataupun orang UMNO?

Kalau PAS kalah di tempat-tempat lain pada pilihanraya umum yang akan datang, maka kesalahan tersebut kita patut letakkan di bahu PAS Terengganu. Mereka begitu ghairan mengacau kepimpinan PAS Pusat namun tidak mahu membuat perubahan di Terengganu sendiri, tempat mereka bertapak.

Kalau Terengganu kuat maka tempat lain juga akan kuat. Maklumat saya dapat, UMNO begitu konfiden mengekalkan kekuasaan di Terengganu, mereka telah memindahkan sebahagian pengundi-pengundi mereka kembali ke Selangor.

Kerana mereka tahu, hasil kerja tangan Geng Terengganu di PAS Pusat bakal memberikan laba yang cukup besar kepada UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Bukankah pada 2004 sendiri kita lihat betapa kumpulan “ulama” telah memberi kemenangan yang cukup gemilang kepada UMNO dengan “Dokumen Negara Islam” mereka? Nampaknya sejarah akan berulang kembali.

Tulang Besi

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks