Usul PAS: Tukar Felda Plantations kepada Felda

KUALA LIPIS, 5 April: PAS kKwasan Lipis menggesa kerajaan segera menukarkan status semua ladang Felda Plantations kepada Felda dengan dimasukkan peneroka bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat terutama generasi kedua Felda.

Gesaan itu dibuat dalam usul jawatankerja yang dibentangkan sendiri oleh Timbalan Yang Dipertuannya, Roslan Zainal al Ahmadi dan diterima sebulat suara pada Mesyuarat Agung PAS Lipis Kali ke 42, di Hotel Centerpoint, dekat sini, semalam. Ia telah dirasmikan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Dalam usulnya, PAS mahu Felda betul-betul berperanan sebagai sebuah agensi yang mampu meningkatkan taraf ekonomi rakyat khasnya kepada orang Melayu generasi kedua Felda dan masyarakat Melayu di kawasan kampung.

“Menyedari Felda ditubuhkan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat khasnya orang-orang Melayu dari kawasan kampung dan pedalaman, Menyedari Felda kini menghadapi masalah sosioekonomi generasi kedua dan ketiga peneroka Felda, dan menyedari generasi belia kini menghadapi krisis keupayaan untuk memiliki rumah, tanah dan sumber pendapatan.

"Maka Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Parlimen Lipis Kali Ke 42 yang bersidang pada hari ini 4 April, 2010 mengesa pihak kerajaan segera menukarkan status semua ladang Felda Plantations kepada Felda yang dimasukkan peneroka,” kata Roslan.

Tambah Roslan, jika Felda Plantations dapat diisi dengan penyertaan peneroka Felda maka ia akan dilihat lebih berkemampuan memacu pertumbuhan ekonomi serta berkemampuan menyelesaikan masalah rakyat melalui konsep yang kerajaan sendiri buat dalam slogan rakyat didahulukan.

“Jika mahu menjadi salah satu bukti slogan ‘rakyat didahulukan’ serta boleh menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi setempat, jika ladang Felda Plantations dimasukkan peneroka maka infrastruktur asas akan dibina dan demografi akan berkembang menyediakan pasaran ekonomi untuk manfaat rakyat setempat maka kita menggesa pendekatan ini dilaksanakan,” katanya.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks