Satu Lagi Bukti Yahudi Israel Sudah Bertapak Di Malaysia!!!

Hujan turun renyai-renyai ketika aku memulakan perjalanan pulang dari pekan Hulu Selangor semalam. Sampai di pertengahan jalan, aku dan seorang lagi sahabat aku terserempak dengan satu kenderaan keluaran Naza yang telah diubahsuai bergerak dengan perlahan di sebelah kiri jalan. Dari jauh aku lihat seperti sebuah kereta peronda kerana ada lampu signal di atas kenderaan tersebut. chabad2Aku yang sedang memandu mula merapatkan kenderaan untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas...
Aku berasa sangat terkejut ketika terlihat beberapa perkataan dalam bahasa Hebrew yang ditulis di belakang MPV tersebut. Kami dapat melihat dengan jelas tulisan CHABAD LUBAVITCH dan MITZVAH TANK. Terdapat juga bendera Malaysia dan bendera Amerika Syarikat di belakang MPV tersebut. Atas dasar ingin tahu, aku memotong kenderaan tersebut.
chabad1
Di sebelah sisi MPV tersebut pula tertera logo 1Malaysia dan di pintu bahagian pemandu tertera tulisan "Free and Volunteer Pasukan Penyelamat & Bomba Malaysia" beserta dengan dua lagi perkataan Hebrew yang tidak sempat kami salin. Kami berasa hairan bagaimana pada tahun 2010 ini seperti tiba-tiba menjadi mudah pula untuk melihat perkara-perkara yang berkaitan dengan Israel di Malaysia ini. Teringat aku dengan isu MITZVAH BAR di Damansara Perdana dahulu. Bar milik Yahudi Israel yang dengan bebas beroperasi merosakkan anak-anak muda. Keadaan sangat berbeza dengan beberapa tahun dahulu di mana apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi Israel adalah dianggap satu perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat. Tapi sekarang segalanya telah berubah. Kenderaan Yahudi Israel pun dengan bebasnya meluncur di jalanraya negara kita.
Untuk pengetahuan semua, Chabad Lubavitch ini adalah merupakan sebuah gerakan massa yang berfungsi untuk menyebarkan dakwah Yahudi kepada seluruh manusia. Anda boleh rujuk tentang organisasi terancang ini di sini:
http://lubavitch.com/
http://www.chabad.org/global/about/article_cdo/aid/36226/jewish/Overview.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Chabad
http://jewishnews.net.au/2009/07/17/life-in-jewish-malaysia/6105
Mitzvah Tank pula adalah kenderaan rasmi yang digunakan untuk menyebarkan dakwah di negara-negara yang mereka masuki.
mitzvah1  mitzvah2
mitzvah3  mitzvah4
mitzvah5  chabadhouse

Persoalannya, adakah kita mahu MITZVAH TANK ini terus meluncur dengan banyaknya di jalanraya-jalanraya Malaysia??? Kami akan dedahkan lagi tentang gerakan Chabad Lubavitch yang mendapat kebenaran eksklusif daripada Kerajaan Umno-BN untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mereka di negara ini.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks