PRK Hulu Selangor : Zaid dilihat paling layak

HULU SELANGOR, 17 April: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Datuk Zaid Ibrahim masih dianggap paling layak berbanding tiga calon yang lain dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
“Selepas pengumumam yang dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya (Nor Hisham Ahmad Dahalan), daripada keempat-empat calon, Datuk Zaid Ibrahim masih dilihat paling layak untuk mewakili rakyat Hulu Selangor di Dewan rakyat,” ujarnya di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru, hari ini.
Menurutnya, ini kerana rekod Zaid sedia meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak setuju dengan penggunaan ISA yang dianggap zalim.
Ekoran itu, katanya Zaid dilihat lebih mementingkan prinsip kebenaran berbanding kepentingan diri dan kedudukan politik.
Sebelum itu, Zaid merakamkan rasa syukur kepada Allah kerana proses penamaan calon berjalan lancar.
Beliau turut mengulangi manifestonya sebelum ini iaitu menyeru rakyat supaya bersama beliau memperjuangkan isu tanah yang membabitkan Orang Asli dan peneroka Felda di Hulu Selangor.
Selain Zaid, tiga lagi calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu ialah P.Kamalanathan (BN), dan dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks