PRK Hulu Selangor: Mahathir kecewa undi Cina merosot ....Kaum Cina tidak rela Melayu UMNO mengadaikan negara kepada APCO....



Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 26 April — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa politik berasaskan kaum memainkan peranan penting dalam keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor di mana Barisan Nasional (BN) dinafikan majoriti yang besar ekoran ketiadaan sokongan signifikan pengundi Cina.
Ketika ditemui wartawan pada forum hubungan Malaysia-China di sini hari ini, bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) ini berkata beliau sebenarnya menjangkakan politik bersandarkan kaum akan menipis selepas pilihan raya umum 2008.
Kata beliau situasi itu kelihatan ekoran kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada BN meskipun pelbagai usaha dilakukan BN untuk memperbaiki kehidupan komuniti Cina di Hulu Selangor.
Dr Mahathir secara peribadi turun dua kali untuk berkempen membantu calon BN di Hulu Selangor.
Kata beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melangkah untuk memenuhi kehendak-kehendak kaum Cina yang secara langsung turut ada menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu yang merupakan majoriti pengundi di Hulu Selangor,
“Jadi di negara ini walaupun orang mengatakan bahawa dengan keputusan pilihan raya umum 2008 politik (tempatan) akan kurang berasaskan kaum tetapi politik ikut kaum semakin kuat sekarang berbanding dulu," kata beliau lagi.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks