PRK Hulu Selangor : Kehadiran Mengejut Thamrin Ghafar Di Felda Sg Buaya

SG BUAYA 24 Apr -



Penyokong Pakatan Rakayat dikejutkan dengan kehadiran anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Thamrin Ghafar pada ceramah Pidato Perdana Pemuda Pakatan Rakyat di sini malam tadi.
Thamrin Ghafar Baba merupakan bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan mantan Pengerusi MARA.
Kehadiran tokoh Umno ini di majlis anjuran Pakatan Rakyat dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional yang mendalangi tindakan beberapa pemimpin KEADILAN peringkat ranting yang keluar parti semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Umno-BN yang sebelum ini menyebarkan kahbar angin bahawa KEADILAN mula retak kerana kehilangan segelintir kecil ahli kini terpaksa menjawab mengapa anak seorang tokoh besar Umno menyokong dan menyertai Pakatan Rakyat.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks