Umno penderhaka dan penggugat Raja-Raja Melayu

Semalam, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata peranan Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang dibentuk oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu semalam, adalah sebagai pelindung dan benteng kepada pihak yang semakin hari cuba mengganggu-gugat hak-hak keistimewaan serta ekonomi orang Melayu, kedudukan agama Islam dan ketuanan raja-raja Melayu di negara ini.Woi Katak ! Bukankah engkau sendiri yang telah mengetuai demontrasi di hadapan Bangunan Umno Kelantan pada satu waktu dahulu kerana membantah Sultan Kelantan kononnya melibatkan diri dengan politik sedangkan alasan sebenarnya adalah kerana Umno kalah teruk di Kelantan pada PRU 1990.

Antara sepanduknya “Hei Smail (Sultan Ismail Petra) kalau berani masuklah politik…, Anis (Raja Perempuan) di atas Smail di bawah dan macam-macam lagi kecaman dan kata buruk kepada Sultan Kelantan. Apakah masa itu Ibrahim al-Kataki bersama puak-puak Umno pelindung dan benteng Raja-Raja Melayu?

2) Annuar Musa sendiri adalah punca sampai kehari ini beliau tidak diterima oleh Istana kerana tindakannya mencuba untuk menabal Tengku Ibrahim Petra di Kadok. Cubaan Annuar Musa telah menimbulkan rasa tidak senang hati rakyat Kelantan. Apakah masa itu Anuar Musa dan puak-puak Umno pelindung dan benteng Raja-Raja Melayu?

3) Semasa Mahathir dan kuncu-kuncu Umnonya melondehkan Institusi DiRaja dalam kempen untuk meminda undang-undang mengenai imuniti raja-raja, bukan sedikit kata-kata huduh dan hina ditujukan kepada sultan-sultan Melayu dikeluarkan oleh pemimpin Umno. Apakah masa itu Mahathir dan puak-puak Umno pelindung dan benteng Raja-Raja Melayu?

5. Muhammad Taib , mantan MB Selangor – usung lari puteri raja dan berkahwin di selatan Thai. Apakah masa itu Muhammad Taib pelindung dan benteng Raja-Raja Melayu?

Ada banyak lagi. Tetapi cukuplah sekadar itu sebagai membuktikan bahawa Umno / BN bukan pelindung dan benteng Institusi DiRaja sebenarnya , malah menghina dan mempermainkan Institusi tersebut./end

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks