Umno 'Juara Rakyat' Kecewakan Rakyat Kempas

KUALA LUMPUR 29 Mac - Setelah dikecewakan oleh parti yang berbangga sebagai 'Juara Rakyat', penduduk setinggan kawasan Kempas di Johor Bharu yang kebanyakan adalah penyokong Umno terpaksa meminta pembelaan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pertemuan di pejabat di tingkat 14 Bangunan Parlimen, penduduk malang yang dihalau daripada penempatan yang menjadi tempat berteduh mereka selama lebih 30 tahun menyerahkan memorandum kepada Anwar.
Anwar berkata Pakatan Rakyat akan bermesyuarat pada 31 Mac dan akan turut membincangkan masalah penduduk di kampung tersebut.
"Kita akan teliti isi kandung memorandum ini di mesyuarat Pakatan Rakyat pada 31 Mac nanti dan apa bentuk tindakan yang kita boleh ambil untuk meringankan beban penduduk," jelas beliau.
Wakil penduduk, Ramli Ibrahim berkata setakat ini lebih 2,000 penduduk daripada 320 keluarga telah dihalau daripada sekitar kawasan setinggan Kempas tanpa sebarang pembelaan atau pampasan.
Baki sebanyak kira-kira 7,600 penduduk daripada 1,600 keluarga kini menunggu saat mereka diarah keluar oleh pihak Pentadbir Tanah Daerah Johor Baharu (PTDJB) yang memiliki tanah tersebut.
"Apa yang kita mahu ialah pampasan sebanyak RM30,000 setiap keluarga. Kita lihat di Kampung Buah Pala, kerajaan negeri berusaha sampai penduduk dapat RM200,000 pampasan setiap keluarga dan begitu duga Kampung Berembang di Selangor.
"Kami jumpa wakil rakyat Kempas, Datuk Osman Sapian tapi dia menunjukkan sikap nak gaduh dengan kami. Dia kata,"pergilah minta tolong dari pembangkang, kalau saya minta awak semua RM100 sebulan selama 30 tahun tinggal di atas tanah kerajaan berapa awak kena bayar?". Macam inikah sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno kepada kami rakyat Melayu miskin?," tegas Ramli.
Ramli mempertikaikan sikap kerajaan negeri yang memilih untuk memberi pampasan kepada pindah yang diarah berpindah.
"Ada kawasan setingga di sekitar Kempas mendapat pampasan, ada yang dapat RM10,000. RM20,000 tapi kami disini dihalau begitu sahaja.
"Kami amat berharap Datuk Seri Anwar sebagai pejuang rakyat boleh membantu kami mendapatkan pampasan dan pembelaan yang amat kami harapkan. Kami orang Melayu tapi Umno biat tak tahu sahaja untung nasib kami," kata Ramli lagi.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks