Sistem Dajjal : Kompilasi Terpilih...Bah 4 (BahteraWawasan)

Malah, mereka ( Wiccan) mengiktiraf pengikut dan penggiat muzik black metal sebagai penganut (penganut pasif) agama mereka, inilah yang ramai tidak tahu. Pengiktirafan itu adalah berdasarkan lambang agama (pentagram, termasuk yang diterbalikkan) lazim digunakan oleh pengikut aliran muzik bingit ini. Kepada pengikut black metal, sedarlah bahawa anda adalah penganut pasif agama Wicca dalam anda tidak sedar walaupun anda tidak pernah melakukan ritual. Kami ada penjelasannya dalam bab akan datang. Kami seru anda mulakan langkah pertama untuk meninggalkan black metal. Jika memakai salib yang menjadi simbol agama Kristian sudah boleh menyebabkan kita murtad, samalah juga jika memakai simbol pentagram kerana ia adalah simbol agama Wicca.

Menurut maklumat lisan daripada sumber rakan sekerja kami di London, kemunculan agama ini bermula daripada amalan sihir sejak Zaman Babilon dan terus berkembang di Eropah yang dibawa oleh pecahan murid-murid rahsia (murid-murid Merlin) hingga Zaman Gelap di Eropah, dan terus berkembang ke seluruh dunia hingga hari ini. Malah, ia menjadi pegangan Illuminati, menjadi agama misteri dan ‘enggan’ mengiktiraf diri sebagai satu agama bagi menutup kerahsiaannya.

Wicca ialah agama yang diasaskan oleh sekumpulan ahli sihir di sekitar Eropah ketika Zaman Gelap (Dark Ages) dan bergerak secara rahsia. Walaupun bergerak dalam jejak rahsia, wakil Wicca tetap ada dalam barisan pembesar istana di kerajaan-kerajan pagan (Eropah). Sehingga dekad 1940-an, sebuah pertubuhan Wicca bernama Gardnerian Withes atau Gardnerian Witchcraft ditubuhkan di United Kingdom oleh kumpulan para pengamal sihir dalam agama Wicca ini yang dipanggil Witch (witches), Druid (druids) dan sebagainya yang wujud sejak zaman Celt purba. Masih ingat salah satu gelaran yang diberikan kepada Merlin dalam artikel Jejak-jejak Dajjal Dalam Pentas Sejarah? Merlin juga digelar ‘The Last Druid of Celt’ atau ‘Druid Celt Terakhir’.

Manakala agama Asatru yang turut berkembang seiring dengan Wicca juga adalah pecahan daripada komponen sumber doktrin yang sama. Gerakan Asatru dalam era moden direkodkan pada tahun 1970-an iaitu selepas para penganutnya (penganut Asatru dipanggil Astoruar,Astor Bloodline? atau juga dipanggil Astruar) melancarkan usaha mengembalikan agama Alemanic Pagan (Pagan Jerman) melalui Asatru Free Assembly yang diadakan di Amerika sebanyak beberapa kali sepanjang dekad 1970-an iaitu ketika masyarakat dunia tenggelam dengan trend hiburan melampau melalui budaya hippies. Astruar menyembah Odin The One-Eyed God of War, Thor (God of Thunder), Loki (God of Chaos) dan Freyja (Goddess of Sex). Asatru ada One-Eyed God…kebetulan?

Kebanyakan ritual dua agama ini pula mempunyai persamaan dengan komponen upacara Masonic dan Kabbalah yang mempunyai sejarah permulaan sejak zaman Babilon. Dalam kes ini, Wicca adalah agama yang mempunyai akar tunjang daripada sebuah agama dari Babilon yang terus berkembang sejak tiga millennium lalu di gugusan kepulauan Inggeris oleh orang Celt.



Imej Odin, The One-Eyed God of War


Konsep ketuhanan dalam agama ini mempunyai banyak pendefinisian yang tersendiri mengikut mazhab atau aliran berlainan:

Mazhab Monoteistik: Percaya bahawa penyelamat (disembah seperti tuhan) mereka adalah ‘The All’ atau ‘The One’dari kalangan manusia/syaitan.
Mazhab Duoteistik: Percaya bahwa penyelamat mereka adalah berpasangan Dewa dan Dewi. Imej Dewa dan Dewi ini lazim diterjemahkan melalui imej lelaki dan wanita berbogel dan termasuk yang sedang melakukan seks dalam karya-karya lukisan atau ukiran zaman Renaissance.
Mazhab Henoteistik: Percaya bahawa penyelamat mereka lebih dari satu, tetapi ada satu tuhan yang menjadi raja kepada tuhan-tuhan yang lain. (ada persamaan dengan agama-agama politeistik tertentu?)
Mazhab Satanism: Percaya bahawa tuhan hanya menghukum manusia, dan percaya bahawa syaitan lebih menyayangi manusia.
Mazhab Triteistik: Percaya bahawa tuhan itu berkeluarga, tiga sekeluarga, triniti


Bersambung

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks