Sistem Dajjal : Kompilasi Terpilih...Bah 3 (BahteraWawasan)

Kita masuk sebentar kepada bab agama sesat. Kita tidak akan menyentuh mengenai agama Baha’i atau pecahan-pecahan agama Islam yang sudah menjadi sesat dan bergerak secara global, kita tidak akan menyentuh ajaran sesat yang menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar dalam bab ini. Untuk maklumat mengenai Baha’i dan sebagainya, anda boleh rujuk melalui buku-buku dan sumber-sumber internet. Untuk memahami perkara fardhu dan ibadah Islam sebenar, rujuklah guru yang bertauliah dan diiktiraf badan-badan agama Islam, bukan berguru dengan Qadiani, bukan Hasan Anak Rimau, bukan Ayah Pin atau seangkatan dengannya.

Kami bukanlah ahli bijak pandai dalam menjawab persoalan fardhu atau ilmu tasawuf atau ilmu usuluddin, tetapi berasa bertanggungjawab untuk menyampaikan semua yang kami tahu kepada semua kerana kami akan terus berasa terbeban selagi semua yang kami tahu ini tidak disampaikan kepada semua saudara seagama. Semoga usaha ini dinilai sebagai amal soleh oleh Allah. Elakkan diri daripada terjerumus ke kancah ajaran sesat. Mereka itu sesat, lagi menyesatkan.

Kita akan menyentuh hal berkaitan pagan. Kenali pagan supaya tidak terus hidup dalam amalan pagan tanpa sedar. Bab ini hanya sebagai untuk menyampaikan info, kita hanya akan menyelongkar agenda rahsia agama ini dalam bab khas nanti hasil pengalaman seorang rakan di London, bab Tenaga Ritual. Ini kerana, pergerakan dan kefahaman terhadap pagan masih belum jelas disebabkan agama ini tidak ada manuskrip dalam memperjelaskan konsep kepercayaannya kepada umum.
1.1: Agama menyesatkan


Nota dari Admin: DITEGASKAN di sini bahawa maklumat bagi subjek agama pagan Wicca ini hanya diperoleh secara lisan dari sumber rakan sekerja di London, kerana tiada maklumat dalam bentuk teks keagamaan atau manuskrip mengenai Wicca. (mungkin kami gagal menemui sekiranya memang ada maklumat teks keagamaan mengenai Wicca)(berhubung Kabbalah, terdapat banyak sumber teks dan manuskrip keagamaan yang boleh dijumpai dengan membeli buku/kitab secara online atau download dalam format pdf sebagai rujukan saudara/saudari semua)
-------
1.2: New Pagan

Wicca ialah agama New Pagan terbesar di dunia hari ini. Ajarannya pula hanya disampaikan secara lisan, melalui lisan, melalui lagu-lagu dan puisi-puisi purba. Penganutnya dipanggil Wiccan, Covens, Groves (Bohemian Groves) dan sebagainya. Penganut agama ini (Wiccan) percaya bahawa wakil tuhan mereka adalah manifestasi manusia berkepala kambing, bertanduk dan mempunyai dwi-jantina (mempunyai payudara wanita). Wakil tuhan mereka adalah imej syaitan yang selalu digunakan pengikut muzik black metal dan pentagram (termasuk yang diterbalikkan) juga adalah simbol agama ini yang menjadi medium mistik yang digunakan dalam menjana tenaga ritual. Namun…siapa sebenarnya tuhan mereka? Kami ada teorinya dalam bab akan datang.



Malah, mereka ( Wiccan) mengiktiraf pengikut dan penggiat muzik black metal sebagai penganut (penganut pasif) agama mereka, inilah yang ramai tidak tahu. Pengiktirafan itu adalah berdasarkan lambang agama (pentagram, termasuk yang diterbalikkan) lazim digunakan oleh pengikut aliran muzik bingit ini. Kepada pengikut black metal, sedarlah bahawa anda adalah penganut pasif agama Wicca dalam anda tidak sedar walaupun anda tidak pernah melakukan ritual. Kami ada penjelasannya dalam bab akan datang. Kami seru anda mulakan langkah pertama untuk meninggalkan black metal. Jika memakai salib yang menjadi simbol agama Kristian sudah boleh menyebabkan kita murtad, samalah juga jika memakai simbol pentagram kerana ia adalah simbol agama Wicca.

Menurut maklumat lisan daripada sumber rakan sekerja kami di London, kemunculan agama ini bermula daripada amalan sihir sejak Zaman Babilon dan terus berkembang di Eropah yang dibawa oleh pecahan murid-murid rahsia (murid-murid Merlin) hingga Zaman Gelap di Eropah, dan terus berkembang ke seluruh dunia hingga hari ini. Malah, ia menjadi pegangan Illuminati, menjadi agama misteri dan ‘enggan’ mengiktiraf diri sebagai satu agama bagi menutup kerahsiaannya.

Wicca ialah agama yang diasaskan oleh sekumpulan ahli sihir di sekitar Eropah ketika Zaman Gelap (Dark Ages) dan bergerak secara rahsia. Walaupun bergerak dalam jejak rahsia, wakil Wicca tetap ada dalam barisan pembesar istana di kerajaan-kerajan pagan (Eropah). Sehingga dekad 1940-an, sebuah pertubuhan Wicca bernamaGardnerian Withes atau Gardnerian Witchcraft ditubuhkan di United Kingdom oleh kumpulan para pengamal sihir dalam agama Wicca ini yang dipanggil Witch (witches), Druid (druids) dan sebagainya yang wujud sejak zaman Celt purba. Masih ingat salah satu gelaran yang diberikan kepada Merlin dalam artikel Jejak-jejak Dajjal Dalam Pentas Sejarah? Merlin juga digelar ‘The Last Druid of Celt’ atau ‘Druid Celt Terakhir’.

Manakala agama Asatru yang turut berkembang seiring dengan Wicca juga adalah pecahan daripada komponen sumber doktrin yang sama. Gerakan Asatru dalam era moden direkodkan pada tahun 1970-an iaitu selepas para penganutnya (penganut Asatru dipanggil Astoruar,Astor Bloodline? atau juga dipanggil Astruar) melancarkan usaha mengembalikan agama Alemanic Pagan (Pagan Jerman) melalui Asatru Free Assembly yang diadakan di Amerika sebanyak beberapa kali sepanjang dekad 1970-an iaitu ketika masyarakat dunia tenggelam dengan trend hiburan melampau melalui budaya hippies. Astruar menyembah Odin The One-Eyed God of War, Thor (God of Thunder), Loki (God of Chaos) dan Freyja (Goddess of Sex). Asatru ada One-Eyed God…kebetulan?

Kebanyakan ritual dua agama ini pula mempunyai persamaan dengan komponen upacara Masonic dan Kabbalah yang mempunyai sejarah permulaan sejak zaman Babilon. Dalam kes ini, Wicca adalah agama yang mempunyai akar tunjang daripada sebuah agama dari Babilon yang terus berkembang sejak tiga millennium lalu di gugusan kepulauan Inggeris oleh orang Celt.

Wicca ialah agama New Pagan terbesar di dunia hari ini. Ajarannya pula hanya disampaikan secara lisan, melalui lisan, melalui lagu-lagu dan puisi-puisi purba. Penganutnya dipanggil Wiccan, Covens, Groves (Bohemian Groves) dan sebagainya. Penganut agama ini (Wiccan) percaya bahawa wakil tuhan mereka adalah manifestasi manusia berkepala kambing, bertanduk dan mempunyai dwi-jantina (mempunyai payudara wanita). Wakil tuhan mereka adalah imej syaitan yang selalu digunakan pengikut muzik black metal dan pentagram (termasuk yang diterbalikkan) juga adalah simbol agama ini yang menjadi medium mistik yang digunakan dalam menjana tenaga ritual. Namun…siapa sebenarnya tuhan mereka? Kami ada teorinya dalam bab akan datang.


Bersambung

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks