Mahkamah: Bantahan Awal Pihak Responden Membatalkan Permohonan Anwar Agar Qazaf Dikenakan Terhadap Saiful Di Dengar 14 April

KUALA LUMPUR 10 Mac- Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di sini hari ini menetapkan 14 April ini bagi memutuskan sama ada bantahan awal pihak responden untuk membatalkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan mendakwa Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengikut qazaf dibenarkan atau sebaliknya. Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan qazaf bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain supaya mendakwa Mohd. Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Penasihat PKR itu. Beliau menamakan Shamsuddin; Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Jamil Khir Baharom sebagai responden pertama hingga ketiga. Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina. Pada 9 Februari lalu, Jamil bersama dua responden memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf tersebut.
[Terkadang kita naik hairan pula. Undang-undang Islam mahu dilaksanakan terhadap kes jenayah syariah seperti liwat ini dihalang pula oleh pemimpin agama orang Islam sendiri. Malah pemimpin itu pula yang berstatus menteri agama, pengarah jabatan agama dan pendakwa syarie. Apakah mereka semua ini tidak mahu melihat undang-undang Islam terlaksana dalam kes yang cukup kontroversi dan mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia ini. Kenapa mereka tidak mahu berpegang kepada undang-undang Islam apabila terdapat pertikaian yang wajar dalam kes tersebut. Sia-sia sahaja manusia seperti tiga tokoh agama ini kiranya mereka terpaksa tunduk atas desakan politik daripada mempertahankan kesucian agama Islam itu sendiri. Semoga Allah akan membalas perbuatan mereka ini dengan hukuman yang setimpal].

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks