Harta dua India (RM27.5 bilion) kambus jumlah harta sembilan Melayu

40 terkaya - 29 Cina, 2 India, 9 Melayu
Harta dua India (RM27.5 bilion) kambus jumlah harta sembilan Melayu
- TAN SRI ABDUL AHMAD
Manusia tidak boleh membawa kekayaan mereka ke kubur tetapi wang atau pitis, seperti kata pepatah Barat, bisa memuaskan segala nafsu; pitis adalah medicine (ubat). Tindakan seorang kaya semuanya betul. Keburukan pula antaranya: orang kaya tidak kenal siapa kawan. Banyak harta adalah sumber kejahatan. Yang saya suka sekali ini, khas untuk Muslim atau Muslimah – kain kapan tiada poket! Apa pun, saya kira, nama baik lebih penting dari harta benda. Kesihatan lebih berharga lagi.

Agama kita tidak melarang mengejar kekayaan asal caranya halal. Allah SWT kasih kepada mereka yang memberi daripada mereka yang menerima!

Senarai terbaru (2010) ahli Kelab Orang Kaya Malaysia telah disiarkan oleh majalah Malaysian Business (16 Februari), kepunyaan kawan saya, Datuk A Kadir Jasin. Seramai 40 tauke, 29 Cina, dua India dan sembilan Melayu. Mereka, mengikut status kekayaan, seperti dalam jadual di bawah.

Termuda antara terkaya ini ialah Lee Yeow Seng, 31, tertua Puan Sri Chong Chook Yew, 87; semua lelaki kecuali tiga wanita.

Jumlah harta 40 insan ini adalah RM156.7 bilion – dekat dengan jumlah harta yang dipunyai berjuta-juta pemegang saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan berjuta penyimpan Tabung Haji! Inilah ukuran kemajuan ekonomi Melayu semenjak merdeka.

Media Pakatan Rakyat Suara Keadilan, Harakah dan Siasah yang pro-Pakatan memberi sepenuh laporan pada Kelab Orang Kaya ini. Contohnya: ‘Lonjak Nazir (adik bongsu Perdana Menteri) ke dalam Kelab Orang Kaya, Datuk Mokhzani Mahathir...' Walaupun Datuk Kamaluddin Badawi (anak Badawi) tidak ada dalam senarai mahupun kuncu-kuncunya, penulis menyebut namanya – “...Kamaluddin diisytiharkan sebagai salah seorang 10 tokoh perniagaan Melayu dengan aset lebih RM320 juta sebaik saja ayahnya (Badawi) menjadi Perdana Menteri (Harakah muka 2 pada 22-25 Februari). Kamaluddin adalah tauke Scomi walaupun namanya tidak ada dalam Lembaga Pengarah Scomi yang berjumlah sembilan orang; menantu Tun Salleh Abas – Shah Hakim alias Shahzarim Zain – adalah Group Executive Officer atau CEOnya. Pengarah yang gaji tertinggi lebih kurang RM2.2 juta (lihat Malaysian Business, 16 Februari, muka 49).

Yang menghairankan seperti lazimnya kekayaan bukan Melayu yang berpuluh kali ganda tidak disentuh atau komentar oleh media PR langsung. Hanya kadar menyiarkan nama mereka sahaja dan sumber kekayaan itu.

Saya tumpang tanya apa sudah jadi dengan pelaksanaan dasar-dasar yang kononnya pro-Bumiputera yang dikecam bertahun-tahun saban saat itu? Pengkritik pula jelas manfaat lebih dari mereka yang menjadi matlamat atau target dasar itu.

Kata seorang bijak bestari: “Jangan iri hati dengan bukan Melayu, kita mengamal dasar ekonomi bebas atau kata mat salleh, laissez-faire (asal bahasa Perancis). Siapa bijak akan kaya. Dulu pun begitu, sekarang dan bila-bila pun begitulah. Kemerdekaan politik adalah kemerdekaan pertama. Tanpa penguasaan ekonomi, satu bangsa (dan negara) itu belum bebas sepenuhnya – akhir kemerdekaan ialah bebas bersuara dan bertindak. Setelah semua ini ada barulah benar atau itulah kebebasan sejati sebuah negara dan bangsa itu!

Apalah daya aku Melayu! Kata Zaid Ibrahim pula, (bekas menteri (enam bulan) yang dilantik Badawi, dan dibuang oleh Badawi yang satu ketika tidak benar Zaid bertanding dalam rebutan Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu) - ‘Aku juga Melayu’.

Apa ‘ukuran’ yang diguna untuk melarang, lepas itu menobatnya (Zaid) dan kemudian membuangnya – semua dalam masa enam bulan. Tuhan sahaja yang tahu.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks