UMNO GUNA EMPAT KAEDAH RAMPAS KUASA PERAK (Jaga-jaga negeri PR yang lain) - DS NIZAR

TELUK INTAN, 26 Februari - DS Haji Nizar Jamaluddin mendedahkan empat kaedah yang telah digunakan oleh UMNO/BN dala usaha merampas kuasa di negeri Perak dari Pakatan Rakyat. Beliau berucap dalam Majlis Makan Malam di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan semalam. Beliau berucap di hadapan lebih 1300 orang yang hadir dalam majlis tersebut yang melibatkan rakyat berbilang kaum.

Empat kaedah yang paling tidak demokratik yang telah digunakan oleh UMNO/BN ialah :

1. Kaedah ugutan iaitu dengna cara melakukan ugutan kepada wakil-wakil rakyat PR agar mereka melompat keluar dari parti PR. Namun bukan semua wakil rakyat PR terpengaruh dengan kaedah tersebut.

2. Kaedah culik iaitu (dalam kes rampasan kuasa di Perak) tiga orang wakil-wakil rakyat PR telah diculik dan disimpan di KL selama beberapa hari sehingga mereka mengisytiharkan lompat parti yang menyebabkan UMNO/BN berjaya merampas kuasa dari PR.

3. Kaedah rasuah. Kaedah ini digunakan kepada hampir kesemua wakil rakyat PR Perak termasuk beliau sendiri dengan rasuah melibatkan puluhan juta ringgit. Namun tidak semua wakil rakyat PR terpengaruh dengan kaedah tersebut. Contohnya ADUN Hutan Melintang YB Kesavan telah ditawarkan RM20 juta namun beliau telah menolaknya mentah-mentah dan berazam setia bersama PR.

4. Kaedah memberi imbuhan seks. Antara kaedah yang yang pernah digunakan oleh UMNO/BN kepada pimpinan PR Perak.

Beliau juga turut menyenaraikan beberapa serangan UMNO untuk melumpuhkan PR dengan melaga-lagakan pimpinan parti. Namun begitu setiap serangan terancang tersebut setakat ini gagal mengkucar-kacirkan perpaduan di dalam PR.

Pertamanya isu agenda kerajaan perpaduan yang bertujuan memecahbelahkan perpaduan dalam PAS sendiri. Namun ia telah gagal apabila PAS elah dapat menanganinya dengan baik.

Kedua, isu penggunaan kalimah Allah di mana UMNO/BN amat mengharapkan PAS akan terperangkap dan menyebabkan perpaduan dengan PKR serta DAP bergoncang. Namun, berkat kebijaksanaan dan keterbukaan pimpinan PAS, PKR dan DAP usaha tersebut tidak menjadi malahan ia memerangkap UMNO semula.

Akhir sekali, isu hukuman merotan tiga orang wanita Melayu yang berzina dengan UMNO berniat menunjukkan kepada rakyat khususnya orang Melayu bahawa UMNO melaksanakan undang-undang Islam. Tetapi isu ini juga kurang menjadi.

"UMNO adalah zalim dan kejam. Namun, peristiwa rampasan kuasa negeri Perak pada 5 Februari 2009 telah menjadikan UMNO/BN sebagai bapa kepada segala kezaliman dan kekejaman. Ini kerana, rampasan ini melibatkan kezaliman ke atas 2.4 juta rakyat negeri Perak, " tegas beliau.

Akhirnya, Menteri Besar Rakyat ini menyeru agar rakyat tidak cenderung atau minat kepada segala apa yang menuju kepada kezaliman kerana barangsiapa yang cenderung dan bersekongkol dengan kezaliman akan disambar api neraka.
oleh ar_rawa

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks