BN Cuba Rosak Reputasi Pemimpin Islam

OLEH : SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Taktik pemusnahan reputasi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah matlamat, elemen liwat digunakan dalam konspirasi kedua bagi meranapkan pengaruh Ketua Umun Parti Keadilan Rakyat (PKR) baik di mata rakyat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa.

Inilah strategi yang digunakan Umno Barisan Nasional bagi memusnahkan hayat politik Anwar dengan cuba memalukan beliau selaku pemimpin Islam tersohor.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yakin Umno BN berharap elemen itu adalah satu-satunya senjata ampuh bagi merobek imej Islam Anwar yang kuat terpasak sekian lama.

“ Satu lagi isu yang kalau kita baca secara teliti, dia (UMNO) punya pandangan, dia kata isu liwat digunakan sebab ini adalah satu cara untuk memburukkan nama baik Datuk Seri Anwar sebab Datuk Seri Anwar nampak di dalam negara dan luar negeri, sebagai seorang pemimpin Islam” kata Charles.

Kata-kata Charles itu merujuk kepada lebih 50 ahli Parlimen Australia yang mendesak kerajaan Malaysia supaya menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Ini menunjukkan strategi itu ibarat senjata makan tuan apabila konspirasi yang didalangi Umno BN itu hanya menonjolkan kelemahan sIstem kehakiman Negara di mata dunia.

“ Jadi itu juga merupakan motif kerajaan Barisan Nasional untuk menggunakan isu liwat. Jadi mereka fikir ini adalah fitnah kepada Datuk Seri Anwar. Oleh itu mereka katakan jangan gunakan saluran mahkamah untuk mematikan seorang pemimpin, yang merupakan pemimpin parti pembangkang” tambahnya lagi.

Charles senada pemimpin DAP, Lim Kit Siang betapa sidang tergempar berhubung konspirasi ini harus diadakan sebelum parlimen kembali bersidang pada 15 Mac ini.

“ Oleh kerana banyak pertikaian dan juga pandangan politik, dalam kes mahkamah Datuk Seri Anwar ada satu golongan yang mengatakan membawa dan golongan yang besar sekali mengatakan bahawa ini adalah satu reka cipta Barisan Nasional dan juga ada isu politik dan sebagainya” .

Rabu lalu satu protes anjuran pemuda UMNO dan gabungan beberapa NGO mengadakan protes di hadapan kedutaan Australia bagi membantah tindakan ahli parlimen dari Australia tersebut.
“ Saya fikir kalau kerajaan UMNO Barisan Nasional mahu membantah mereka ada hak untuk buat protes. Kalau mereka hendak protes, mereka boleh protes tapi bagi saya lebih penting daripada protes, saya rasa mereka harus baca apa yang dikatakan oleh ahli parlimen Australia”.
Read More

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks